Friday, December 29, 2023
Kongsi Pengalaman Cikgu Anas
Wednesday, December 27, 2023
Dunia Pak Yoep Autism
Info Page Blog yang tidak berfungsi
Dunia PAK YOEP autism
DUNIA - Pelbagai perkara dipostkan di laman blog ini.
PAK YOEP - Turut dipostkan berkaitan dengan diri dan keluarga.
AUTISM -Tumpuan utama post ialah berkaitan dengan pendidikan khas khususnya autisma.
Pengenalan
Blog ini membicarakan tentang pelbagai aspek kehidupan. Fokus utama adalah berkaitan AUTISMA. Di mana, anak kami yang ke-2, NOOR FAQIHAH IZZAH IWANI turut mengalaminya.
Sasaran utama laman blog ini adalah ibubapa/penjaga anak2 autisma atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan anak2 autisma.
Semoga maklumat yang diperolehi di laman ini akan dapat dikongsi bersama sbg panduan mendidik anak2 autisma supaya mereka mendapat didikan yang terbaik.
Laman blog ini tidaklah seindah @ secanggih laman blog yang ada, tapi ianya cukup untuk aku curahkan pengetahuan dan pengalaman yg ada agar dpt dikongsi bersama.
Laman blog ini diwujudkan pada 3/4/2010
Setakat ini (24/5/2013), laman blog ini telah layari oleh 88145 pengunjung. Jumlah follower seramai 135 orang. Manakala purata pengunjung antara 100-200 pengunjung sehari. Pengunjung terdiri drp 86 buah negara. Kini Sep 2019 dilayari 931,732 pengunjung daripada 117 buah negara.
9
Selain drp laman blog, pak yoep menwujudkan laman FB yang bernama Kelab Anak Autisma dengan matlamat yang sama. Jumlah like dah seramai 3100 orang. Kini Sep 2019 berjumlah 17,308 like.
Sumber rujukan utama ialah Semua Blogger, Autisma.My dan Akhbar2 Harian. Dengan IZIN..Terima kasih.
Slogan hidupku selamanya
"BE THE BEST BEAT THE REST"
Tuesday, December 26, 2023
Memori zaman kanak-kanak Faqihah
- Info drp Page Blog yg telah gagal berfungsi -
Dikesempatan ini, aku coretkan serba ringkas ttg pengalamanku dlm mendidik Faqihah. Semoga, pengalaman ini akan dpt dikongsi bersama terutama yang baru mengetahui anak masing2 adalah autisma. Banyak dugaan dan cabaran yg bakal ditempuhi. Berilah komitmen yg tinggi dlm mendidik anak2 autisma masing2.
Faqihah, anakku yang mengalami autisma dan hiperaktif sejak lahir. Gambar di atas Wajah Faqihah semasa berumur 4 tahun. Kini (2011) beliau sudah berumur 10 tahun. Bersekolah di SK Seri Mutiara Ipoh. Pada tahun pertama di SK Seri Mutiara, Faqihah berada dalam kelas pertama (PK Dinamik) ditempatkan bersama pelajar-pelajar berumur sehingga 14 tahun disebabkan keupayaannya dalam akademik. Banyak perubahan yang telah berlaku sehingga kini berbanding 10 tahun yang lepas. Faqihah berjaya menerima anugerah setiap tahun sempena Hari Anugerah Gemilang peringkat sekolah.
Dalam memberi pendidikan terbaik untuk Faqihah, cabaran bermula apabila pihak tadika yg sepatutnya Faqihah melapor diri selepas tamat tempoh taska, tidak mahu menerima kehadiran Faqihah kerana tingkahlakunya yg hiperaktif disamping ciri2 autismanya. Mereka mencdgkan kami mencari tadika lain. Banyak tadika yg kami tanya, setelah menceritakan keadaan Faqihah, mereka enggan menerima. Malah ada yg memberi tempoh pemerhatian sementara diterima. Ada juga tadika yg menerima, sanggup terima Faqihah tp sehari shj kami tempatkan Faqihah, lebam2 Faqihah dibuat mereka. Alasan menggangu kanak2 lain tidur tengahari. Bayaran telah dibuat RM220.00, tapi mereka tidak mahu pulangkan wang semula kami walaupun sehari sj kami letakkan Faqihah di situ. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melakukan suatu pengorbanan. Isteriku mengambil cuti tanpa gaji selam 6 bulan untuk uruskan Faqihah.
Dalam tempoh isteriku bercuti, kami hantar Faqihah ke Sekolah Semangat Maju, Tasek Ipoh tp tak lama krn memikirkan aktiviti yg diajar di sana tidak sesuai untuk Faqihah. Sekolah tsbt fokus kepada kemahiran. Selepas itu, kami hantar ke Nasom, juga tak mampu bertahan lama kerana tiada perubahan berlaku kepada Faqihah sebaliknya, Faqihah takut nak datang ke Nasom. Akhirnya, kami diperkenalkan Brighter Future yg dikendalikan oleh Pn Ruby Lee. Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku. kami terus tempatkan Faqihah di situ sehingga kini, walaupun Brighter Future telah berpindah sebanyak 3 kali. Mula2 dekat, kini dah jauh. Demi Faqihah, kami terus kekalka Faqihah di situ.
Dari segi kewangan, banyak wang telah dibelanjakan. Kadang2, mencecah ribuan juga untuk rawatan Attitude Therapy, Terapi Pertuturan, Nasom dan Brighter Future. Mujurkan Terapi cara kerja percuma sbb anjuran Yayasan Sultan Idris.Kesusahan, kepayahan amat dirasai dalam mendidik faqihah termasuk aspek kewangan untuk pendidikan dan rawatan Faqihah.
Faqihah mendapat rawatan utama di Pusat Rawatan Alternatif ATTITUDE THERAPHY sejak berumur 4 tahun sehingga kini. Alhamdulillah, setelah menjalani rawatan yg berterusan, Faqihah telah hampir pulih sepenuhnya walaupun masih terdapat ciri2 autisma. Sebelum itu, rawatan tradisional (bomoh) juga telah dilakukan untuk menjaga hati ibubapa/mertua tapi tiada sebarang perubahan.
Kami amat bersyukur, Allah beri kekuatan kepada kami sekeluarga menunaikan amanah menjaga Faqihah yang dikategorikan sebagai anak istimewa. Sehingga isteriku terpaksa bercuti tanpa gaji selama 6 bulan untuk mempastikan Faqihah mendapatkan pendidikan dan rawatan sewajarnya. Banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk tujuan rawatan Faqihah. Aku berkursus selama satu tahun di IPPM, Melaka dalam pendidikan khas bagi meningkatkan pengetahuan mengenai pendidikan khas. Bayangkan suatu pengorbanan isteriku membenarkan aku menimba ilmu pendidikan khas di mana beliau terpaksa menguruskan keluarga seorang diri selama setahun. Aku setiap mggu berulang-alik Ipoh-Melaka bagi memberi sokongan kepada keluargaku setelah seminggu tiada bersama mereka. Manakala, Aku dipaksa menukar kerjayaku drp guru biasa kepada guru pendidikan khas.
Demi Faqihah kami kena berkorban untuk masa depannya. Jika kami telah tiada...bagaimana kehidupan Faqihah. Maka kami perlu membuat pengorbanan. Terima kasih kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang terus memberi sokongan dan dorongan.
Berkat usaha yang berterusan, suatu yang amat mengembirakan kami, dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, mulai tahun 2012. Faqihah akan ditempatkan bersama2 dgn murid normal untuk mengikuti pelajaran seperti kanak2 normal yang lain.
Kunci Utama dlm usaha kami mendidik Faqihah ialah:
1. KERJASAMA AHLI KELUARGA
2. KETEGASAN IBUBAPA
3. KASIH-SAYANG
4. SOKONGAN MASYARAKAT (Pusat Jagaan, Pusat OT/Terapi, Brighter Future, SK Seri Mutiara.
Alhamdulillah...Segala Puji bagiMU Allah
Di antara senarai barangan yang telah dimusnahkan Faqihah
1. TV - Pecah berderai.
2. Kabinet TV - Cermin pecah
3. Wall paper - Ditarik, musnah semuanya
4. Kereta - Tempat duduk digigit
5. Peti ais - Tak berfungsi sbb dibuka kerapkali
6. Peti ais - Tempat letak brg2 musnah
7. Katil besi - Bengkok
8. Katil kayu - Patah
9. Komputer - Tidak berfungsi
10. Misen basuh - Musnah
11. Basikal - Rosak
12. Tangga rumah - Pemegang
13. Buaian bayi - Patah
14. Kipas - Rosak
15. Sofa - Rosak
16. Kerusi makan - patah
17. Pagar rumah - Hampir patah
18. Handphone - Musnah (masuk akuarium)
Penceritaan pengalaman dalam blog terhenti pada tahun 2012. Umur Faqihah ketika itu 11 tahun. Boleh dapatkan pengalaman mendidik anak autisme dalam post-post yang Pak Yoep hantar secara berkala.
Rumusan Perlaksanaan Program Disleksia
Latarbelakang.
Memberi kefahaman cara mentadbir program disleksia di sekolah.
Definisi dan Istilah.
1. Kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis.
2. Kebiasaannya mempunyai aras kognitif setara dengan murid-murid biasa.
3. Tidak mengalami kerencatan akal atau kecerdasan mental rendah.
4. Perlu pendekatan khusus untuk menanganinya.
Falsafah Pendidikan Disleksia
Melahirkan murid disleksia berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan diri sendiri selari dengan falsafah Pendidikan Negara.
Matlamat
1. Mengetahui aspek keperluan semasa menangani masalah pembelajaran murid disleksia.
2. Memahami prosedur mentadbir dan mengurus program disleksia
Objektif
- ISD
- Instrumen
- Program Pemulihan
- Kurikulum
- Pedagogi
- Pencapaian
- Alatan
- Keadah Perlaksanaan
- Keberkesanan Penempatan
- Keberkesanan Organisasi
- Peruntukan
- Pengesahan Disleksia
- Perkembangan Pendidikan Khas
- Kursus 14 minggu (Guru)
- Perkembangan Bidang Pendidikan Khas
- Program Disleksia di Perak - SK Sultan Yusuf dan SK Seri Kepayang.
- Guru Disleksia melaksanakan Program Disleksia.
- Peranan guru disleksia - ISD, simpan dokumen dan PdP murid disleksia.
- Penempatan murid - diurus guru disleksia.
- Keadah kelas - satu kelas khas dan separa inklusif.
- Pengoperasian ISD.
- Ujian Diagnostik Disleksia.
- Penempatan murid - Kelas Khas Disleksia/Separa Inklusif Disleksia.
- PdP Pemulihan Disleksia.
- Peralatan dan kemudahan.
- ISD
- Pencalonan Guru
- ISD Guru BM
- Rumusan Guru Disleksia
- GB
- Ibubapa
- Pengamal Perubatan
- Program Disleksia
- Pencalonan Ibubapa
- Guru Besar
- ISD Guru BM
- Rumusan Guru Disleksia
- Pengamal Perubatan
- Program Disleksia
Rumah Transit Opah
Dibeli pada tahun 2011.
Tujuan dibeli adalah untuk diduduki oleh ibu mertua atas faktor untuk memudahkan penjagaannya yang telah lanjut usia. Tidak sesuai beliau bersendirian di kampung. Tiada siapa yang akan menguruskan keperuaannya di kampung.
Pada awalnya berpakat dikalangan adik beradik disebelah isteri untk membuat pembayaran bulanan yang berjumlah RM280 sebulan.
Ibu mertua kekal tinggal di rumah tersebut sehingga bulan Ogos tahun 2021 di mana beliau telah meninggal dunia akibat kanser hati.
Selepas kematiannya, rumah tersebut telah digunakan untuk homestay dan disewa kepada seorang jururawat Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Rumah tersebut kembali tidak berpenghuni sejak awal Disember 2023.
Monday, December 25, 2023
Faqihah VS Lana
Mohon kebenaran Pn Syahirah Omar untuk berkongsi kisah yang sama.
1. Seawal jam 5.30 pagi dia ketuk pintu bilik untuk kejutkan saya. Setiap kali azan dia yang paling awal wudhu dan solat awal waktu.

Terima Kasih Teacher Ruby.
Ragam REMAJA Autisme - Kasut
Waktu balik, apabila sampai di rumah tanpa sempat umminya keluar kereta terus dia ambil kasutnya di kaki umminya.
Sunday, December 24, 2023
Cabaran membesarkan anak autisme.
Saturday, December 23, 2023
Tips untuk ibu kepada anak autisme
Saya berikan juga bbrp tips utk memudahkan hidup dan mengurangkan stres bila ada anak berkeperluan khas...sementelah saya ada 2 org anak autisme.
1. Buat short cuts dalam hidup
- beli baju dan tudung yang tak perlu gosok, ringkaskan menu makanan setiap hari - di rumah kami setiap minggu ada menu ayam bakar, sambal beli yang botol sahaja, tak perlu tumis sayur...makan salad sahaja.
2. Minimize contact dgn individu2 yg toxic.
Eg kalau mereka dekati kita...dengan sopan bergerak ke tempat lain. Saya pernah, dengar bunyi tapak kasut manusia toxic pun saya pusing ikut jalan lain. Dengan manusia toxic ni tak perlu engage langsung. Kalau dia komen, dengar sahaja... tak perlu bangkang... tak perlu beri hujah kita. Jangan sekali-kali cuba buat dia faham akan keadaan kita. Mereka takkan faham. Lebih baik jaga kesihatan mental kita.
3. Jangan sekali-kali overthinking.
Komen tentang anak kita ni...ramai org yg fikir mereka terpaling arif. Belum kena hidung mereka kan. So komen mereka...sebaiknya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
4. Jaga hubungan kita dengan Allah.
Kita mungkin takkan faham kenapa Allah kurniakan anak2 yg sihat kepada semua org di sekeliling kita TAPI anak istimewa kepada kita. Sentiasa bersangka baik dgn Allah dan percaya He is the best planner
Bila fikir balik, ada 2 petua yg saya terlupa share:
5. Jaga hubungan dgn suami
Ini kerana nak besarkan anak istimewa...lebih mudah berdua drpd keseorangan.
6. Adakan Me Time bila perlu.
Jangan fikir kita boleh jadi superwoman 24/7. Me Time saya: urut badan 2 jam...sebulan sekali, lunch/breakfast dgn teman yg memahami.
Sumber - FB Dr Hasnah Toran
Team yang hebat.
Watak penting yang mengerakkan PPKI SK Tasik Damai awal tahun 2019.
1. Pn Nur Ain Asyikin - telah bertugas sbg PKPK di SK Pasukan Polis Hutan.
3. En Abdul Karim - berkelayakan untuk dilatih menjadi SU Kokurikulum.
Diucapkan jutaan terima kasih atas komitmen membantu pengurusan PPKI SK Tasik Damai.
Kenangan Terindah di SK Tasik Damai
Tamat Tugas di SK Tasik Damai Ipoh
9 Nov 2023 (Rabu) - Dipanggil ke PPD Kinta Utara.
10 Nov 2023 (Khamis) - Lapor diri ke KSpeed.
11 Nov 2023 (Jumaat) - Mula bertugas di KSpeed.
11 Nov 2023 (Jumaat) - Atas permintaan diraikan Majlis Perpisahan bersama guru/murid PPKI SK Tasik Damai.
23 Nov 2023 (Khamis) - Diraikan Majlis Perpisahan diperingkat sekolah.
24 Nov 2023 (Jumaat) - Bertugas sepenuhnya di KSpeed.