Wednesday, September 27, 2017

Result Percubaan SPM Kak Long

Dah masuk tahun terakhir Kak Long berada di alam persekolahan.

Masa begitu cepat berlalu. Rasanya baru sahaja selesai Kak Long berada di tahun 1.

Tahun 2017 adalah tahun terakhir Kak Long di alam persekolahan. Bakal menduduki SPM pada awal November 2017.

Kak Long baru sahaja selesai menduduki peperiksaan percubaan SPM di SMK Convent Ipoh.

Selepas sahaja PT3. Masuk tingkatan 4, komitmen Kak Long terhadap akademik amat membanggakan.

Sanggup balik lewat petang untuk belajar di sekolah.

Sanggup berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.

Hampir setiap hari siang/malam menghadiri tuisyen di pusat tuisyen.

Hasilnya....

Dalam percubaan SPM baru-baru ini....

Kak Long berjaya mendapat straight A... Tahniah! Kak Long.

Abah, Ummi, Opah dan adik-adik Kak Long bangga dengan pencapaian Kak Long dalam peperiksaan tersebut.

Walaupun dah berjaya mencapai keputusan terbaik, Kak Long masih istiqamah belajar dengan bersungguh-sungguh.

Dalam pelajar berjumlah 14 orang straight A, Kak Long merupakan satu-satunya pelajar melayu yang mendapat straight A.

Mohon semua pengunjung laman blog pak yoep ini turut mendoakan kejayaan Kak Long dalam peperiksaan sebenar SPM nanti. Jutaan terima kasih atas doa anda semua.

In Shaa Allah.


1 comment:

  1. Ahamdulilah...tumpang bangga. Ramai yg kata anak cikgu ni kebanyakannya 'menjadi'.InshaAllah

    ReplyDelete