Saturday, September 30, 2017

Tapi kan DR.....

Suka sangat bila Dr Hasnah Toran menulis. 

X: Doktor, anak saya 4 tahun. Tak boleh cakap, tak boleh duduk diam, masih pakai pampers. Apa saya perlu buat?

Jawapan: Bawa jumpa doktor untuk diagnosis

X: Tapi kan dr .....


Y: Doktor, anak saya 3.5, masih tak boleh bercakap dan masih pakai pampers. Tapi dia tak hyper, dia faham arahan. Apa saya perlu buat?

Jawapan: Bawa jumpa dr untuk diagnosis

Y: Tapi kan dr.....


Z: Cucu saya 4 tahun, boleh bercakap, dah toilet trained, dah boleh baca a few words, tapi SIKIT hyper. Saya nak hantar dia ke tadika biasa, rasanya dalam beberapa bulan dia akan belajar ikut arahan cikgu.

(Dr H tengok sangat hyper), so
jawapan: Saya rasa dia perlukan intervensi yang intensif, hantar ke tadika biasa sahaja tak cukup.

Z: Tapi kan dr....


A beri anak sarapan biskut Oreos dan smarties

Dr H: tak boleh biarkan anak makan benda2 yg tak berkhasiat

A: Tapi kan dr, anak saya tak makan benda berat2, tak makan nasi atau 
roti..


B: Anak saya 9 tahun, masih tak boleh membaca

Dr H: cubalah modul kami...

B: Tapi kan dr...


Anak C sangat hyper dan tak boleh ikuti arahan

Dr H: perlu exercise setiap hari, boleh kurangkan hyper

C:
Tapi kan dr, saya tiap2 hari sampai rumah pkl 9 malam..


Aduuuuuusssss, TAPI KAN ini sangat melemahkan semangat saya.... Don't blame me bila saya skrg hanya senyum dan switch off bila parents mula TAPI KAN...

Dah tua2 ni saya nak conserve energy dan emosi, dah continue bagi nasihat kepada yang nak dengar nasihat. Yang geng TAPI KAN, biarlah mereka bertapi-tapi. Saya doakan moga Tuhan buka hati mereka. Dan pada masa tu saya akan cuba kongsi nasihat sekali lagi.

#Sikap ibubapa yang sering memberi alasan.

No comments:

Post a Comment