Tuesday, June 6, 2017

Ragam berpuasa Faqihah


Dah masuk hari ke-12 berpuasa. Faqihah masih tak tinggal puasa. Memang dah wajib berpuasa. Tiada bermasalah Faqihah untuk berpuasa sejak kecil lagi.

Aktiviti di bulan puasa. Awal pagi...tidur. Pagi... bangun terus menghadap komputer. Kebetulan bulan cuti sekolah, abah benarkannya menggunakan komputer. Jika hari persekolahan, hanya bermula petang jumaat, sabtu dan ahad sahaja.

Selain menghadap komputer, Faqihah akan melakukan kerja-kerja rumah yang telah menjadi rutinnya seperti menjemur kain, membasuh pingan-mangkuk, melipat kain diselang-selikan dengan aktiviti menonton tv dan melukis termasuk membuat kerja sekolah yang disediakan oleh gurunya.

Bermasalah sikit... semasa time berbuka dan bersahur. Tingkah-laku Faqihah yang ingin membolot semua makanan kegemarannya. Terjadi riuh-rendah ... teguran daripada adik-beradik yang lain. Macam nak bergaduh pun ada. Adat adik-beradik.

Selesai azan berbuka. Suasana reda... semua menikmati makanan masing-masing.

Faqihah banyak makan. Nasi menjadi perkara wajib. Menu tetap sama. Hanya yang bergoreng sahaja yang disukainya. Makan dalam tempoh yang lama. Air minuman jangan cakap. Entah berapa gelas. Biasanya lebih daripada 5 gelas diminumnya. 

Semua dah selesai makan, Faqihah masih belum habis makanan lagi. Kebiasaannya begitu. Jam 8 malam masih belum habis makan.

Lepas makan bergilir dengan adik-beradik yang lain membasuh pingan-mangkuk. Tiada masalah apabila tiba gilirannya. Kebiasaanya dilakukan selepas solat maghrib.

Akhirnya...terbaring kekenyangan.

No comments:

Post a Comment