Wednesday, June 14, 2017

Elaun OKU punya hal.


Dikejutkan dengan panggilan daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Bertanyakan hal berkaitan dengan elaun OKU. Prosedur pengeluaran elauan OKU PPKI SKPI. Maklumkan kepada beliau prosedur yang kami amalkan. Katanya untuk tinjauan sahaja. Dalam hati berkata MUSTAHIL.

Ya... TEPAT jangkaan. Ada sesuatu yang tidak kena.

Rupa-rupanya pada pagi tadi ada ibubapa yang mengadu hal pada JPN berkaitan elaun OKU di sekolah pak yoep. Isunya...

Ada seorang ibu ingin membuat pengeluaran wang pagi tadi (RABU). Kami tidak benarkan. Peraturan telah dibuat dengan persetujuan ibubapa semasa mesyuarat komuniti PPKI diawal tahun hanya membenarkan pengeluaran dibuat pada hari SELASA sahaja. Tujuan untuk tidak menganggu PdP cikgu yang bertanggungjawab elaun OKU.

Bla..Bla...Bla...

Dengan kerjasama Guru Besar, Isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Penjelasan telah diberikan kepada pihak JPN.

Ibu berkenaan sering menimbulkan masalah kepada PPKI. Hanya mahu kehendaknya sahaja dituruti. Tidak mahu mematuhi peraturan sekolah. Anaknya ada dua orang di PPKI. Walaupun ibunya sering menimbulkan masalah, tiada diskriminasi dilakukan oleh guru-guru PPKI terhadap anak-anaknya. Dilayan dengan sebaik mungkin seperti murid-murid yang lain.

Bla...Bla...Bla...

Bersabar untuk menghadapi kerenah ibubapa.


No comments:

Post a Comment