Thursday, January 19, 2017

Bapa pak yoep masuk hospital




Dikejutkan dengan panggilan talipon daripada adik ipar. Mohon pak yoep segera datang ke rumahnya. Bapa pak yoep kekejangan katanya.

Sehari sebelum itu dah dibawa ke wad kecemasan akibat munta-muntah dan sakit telinga. Adik juga memaklumkan bapa pak yoep terbaring di dalam bilik air ketika dia datang ke rumah pak yoep di kampung. Pada hari yang sama di bawa ke Ipoh. Tinggal di rumah adik pak yoep (suri rumah).

Dibenarkan balik daripada wad kecemasan kerana wad penuh. Keadaannya nampak stabil tapi perlu datang semula keesokan harinya ke hospital untuk rawatan susulan pada jam 2 petang.

Pagi semalam, bapa pak yoep kekejangan akibat sawan pada jam 9 pagi. Ambulan dipanggil untuk dibawa ke hospital dengan segera. Bapa pak yoep tidak sedarkan diri.

Dimaklumkan oleh doktor, bapa pak yoep ada jangkitan kuman di dalam lapisan berhampiran otak akibat jangkitan kuman yang berlaku pada telinga kanannya. Bapa pak yoep juga berisiko tinggi jika berlaku sawan lagi.

Sepanjang berada di wad, bapa pak yoep masih tak sedarkan diri.

Alhamdulillah. Pada sebelah malam, keadaan bapa pak yoep bertambah stabil. Dah sedarkan diri, ada respon dan mampu bercakap dengan doktor.

Pada jam 3 pagi tadi, bapa pak yoep telah dipindahkan ke wad biasa 7A. Keadaannya dah lebih stabil.

Sama-sama kita berdoa agar bapa pak yoep pulih seperti sedia kala.


1 comment:

  1. Ya Allah sembuhkan bapa tuan punya blog ni... kumer dapat berdoa je ler..

    ReplyDelete