Tuesday, September 20, 2016

Pendidikan Khas Malaysia Low Class

BENARKAH BEGITU...


Hasil temubual dalam sebuah majalah yang membicarakan tentang pendidikan khas di Malaysia yang tidak mampu memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang disediakan di luar negara.

Pengalaman kalian dalam mencari sekolah yang akhirnya membawa kepada penemuan St Claire School For Special Education, kongsikan cerita di sebaliknya? 


Encik XYZ: Masih segar dalam ingatan, saya hampir bertumbuk dengan salah seorang Pegawai Pendidikan kerana dia tidak membenarkan kami menangguhkan permohonan kemasukan ke darjah satu. Saya membuat permohonan penangguhan selama setahun kerana xxxxxxx adalah anak istimewa. Namun pegawai tersebut enggan menerima alasan yang diberi dan katanya mengapa tidak saya masukkan anak ke sekolah pendidikan khas atau kelas pendidikan khas.

Apabila saya lihat sendiri kelas pendidikan khas ini, saya terkejut kerana semua kanak-kanak yang terdiri daripada masalah berbeza ditempatkan di dalam kelas yang sama. Di situ adanya pelajar down syndrome, autisme dan lain-lain sedangkan anak saya cuma bermasalah dalam pertuturan dan tidak boleh berjalan dengan betul.

Lalu kami menghantarnya ke sekolah swasta sekadar untuk mencuba dan lihat perkembangan 
xxxxxxx. Enam tahun di sana, selepas mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kami mendapati xxxxxxx tidak boleh belajar seperti murid yang lain. Sehinggalah kami kenal pasti ada sebuah sekolah swasta di Singapura yang mempunyai kurikulum lengkap khusus untuk kanak-kanak khas. Isunya bukan kami tidak mahu menghantar xxxxxxx mendapatkan pendidikan khas di Malaysia tetapi kami masih belum nampak ada sekolah yang mempunyai sistem sukatan pelajaran, modul dan kurikulum khusus untuk kanak-kanak ini.

Di Singapura, industri pendidikan kanak-kanak khas jauh lebih matang dan maju berbanding negara kita. Selama ini kita sedia maklum ada sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa ini tetapi kebanyakannya tiada structured curriculum. Di sana, modul dan sukatan pelajaran untuk kanak-kanak istimewa ini lebih terperinci dan diperhalusi setiap satu daripadanya. 

Pn ABC: Hampir semua sekolah pendidikan khas baik kerajaan mahupun swasta sudah kami cari tetapi kerana mereka tidak mempunyai structured curriculum yang diiktiraf membuatkan kami bertindak untuk menghantar xxxxxxx ke Singapura. 

No comments:

Post a Comment