Sunday, August 30, 2015

Autisma - Tukar cara hidup

Nota Editor: Kisah ini dikongsikan oleh Puan Nor Hayati Mohamad Sulaimanyang mempunyai seorang anak penghidap Autisme. Untuk pengetahuan, Autisme adalah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan perhubungan sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan dan mempunyai tingkah laku terhad atau berulang-ulang.
Saya mahu berkongsi cerita tentang anak saya yang disahkan menghidapi Autisme tahap sederhana ke tahap teruk, gangguan komunikasi lisan, kelakuan berulang-ulang (tics), gangguan deria, gangguan tidur, cenderung mencederakan diri dan hiperaktif.
Anak saya bukan budak autistik yang ‘sweet’. Pernah suatu ketika sepupunya dan budak-budak lain takut dengannya. Sekali tantrum boleh berkekalan hingga 2 jam.
aus1
Saya nak yang terbaik untuk anak saya. Terapi yang dijalankan oleh pihak kerajaan mempunyai senggang waktu yang agak jauh. Saya mahu yang terbaik untuk anak saya. Lalu saya pergi ke pusat terapi swasta tetapi harganya terlalu mahal. Saya tidak mampu. Keadaan ni menyebabkan saya tertekan.
Sebagai alternatif, saya mencari ilmu. Duit yang ada saya habiskan dengan belajar daripada orang-orang yang berpengalaman dan menghadiri kelas ibu bapa. Saya belajar mengenali keperluan anak saya kerana Autisme ni mempunyai banyak spektrum. Mungkin apa yg berkesan untuk anak orang lain tetapi tidak sesuai untuk anak saya. Saya belajar cara-cara menjalankan terapi di rumah. Saya nekad tukar cara hidup kepada yang lebih aktif.
Saya lupa sebenarnya sayalah calon yang paling sesuai untuk menjadi ahli terapi. Sayalah orang yang memahami kehendaknya walaupun dia tanpa suara. Dahulu saya seorang yang obes. Disebabkan mahu anak berubah, saya tekad untuk turunkan berat badan dan menjalani cara hidup aktif.
Bila saya cergas, setiap minggu saya mampu penuhi waktu bersama anak dengan aktiviti fizikal. Kami berlari jarak jauh, berenang, mendaki dan berkuda. Bila saya meluangkan masa beraktiviti bersama anak saya, saya lihat perubahan yang ketara padanya. Sehinggalah dia mampu berkomunikasi dua hala walaupun sekadar sepatah dua kata.
aus2
Nasihat saya, kepada ibubapa terutamanya yang mempunyai anak Autisme, jangan sampai bergolok bergadai berlebihan kerana mahu kejar terapi, mahu beli makanan tambahan atau mahu bawa anak ke rawatan yang tidak tahu keberkesanannya.
Jangan perjudikan wang simpanan untuk usaha yang belum tentu hasilnya. Wang simpanan itu penting untuk masa depan anak syurga ini apabila kita tiada nanti. Kita dalam keadaan terdesak mahu anak sembuh, kita akan buat apa saja tanpa berfikir panjang. Di luar sana ramai orang yang suka menangguk di air yang keruh.
Percayalah Allah kurniakan anak-anak syurga ini kepada kita kerana Dia tahu, kitalah calon ibu bapa yang paling sesuai untuk anak ini. Selain rawatan yang disarankan oleh doktor dan ahli terapi, kitalah terlebih dahulu yang perlu berubah untuk perubahan anak kita. Saya percaya segala usaha kita ada ganjarannya.
Sumber - http://thevocket.com/

Saturday, August 29, 2015

Sukar disahkan OKU


Admin kerap didatangi oleh ibubapa yang menyatakan kekeliruan mereka apabila anak istimewa mereka yang sedang menjalani pemerikaan berkala di klinik pakar padeatrik. Anak mereka disahkan secara lisan merupakan OKU oleh doktor berkenaan. 

Tetapi tidak mahu membuat pengesahan secara bertulis yang membolehkan anak mereka ditempatkan di kelas pendidikan khas. 

Sedangkan pihak sekolah pula meminta ibubapa menghantar anak mereka ke kelas pendidikan khas berdasarkan pemerhatian pihak sekolah murid berkenaan mempunyai ciri-ciri murid istimewa. 

Sukar untuk menempatkan anak mereka ke kelas pendidikan khas tanpa pengesahan doktor. Jika kekal di kelas biasa, kemampuan murid tersebut untuk belajar adalah terhad. Guru di kelas biasa tiada kepakaran mengajar murid istimewa.

Diantara respon ibubapa dalam FB Kelab Anak Autisme kendalian Pak Yoep

  • Eda Anne Faheem terima rawatan dan pengesahan dr hsptl...mmg ssh utk pakar memberi pengesahan secara lisan..lbh2 lg jika ibu bapa x "menunjukkan" kesungguhan meyakinkan dktr niat pengesahan itu sendiri..ramai dktr yg berpendapat..apa yg dikejar cuma elaun oku..tp mereka ptt di yakinkan kemampuan ank kite dr pandangan kite sebagai parents.. xde parents yg nk ank di label oku..apetah lg nk tmpt kn ank di kelas khas jika ank tu mampu bersaing..
    Usaha tu perlu..trs yakinkan dktr ape yg baik utk ank2 kite..jgn prnh putus harapan..

  • Henrietta Indai Juanillo setuju sangat...utk temujanji jumpa pakar pun selang 4-6 bulan baru dpt jumpa..ini melambatkan pgesahan dibuat,sekaligus myukarkan ank mdapat tmpt di pend. khas awal...

  • Siti Rauddah Udin Masa cikgu skolah anak sy bg cadangan utk anak sy dimasukkan ke kelas PPKI, saya terus pergi berjump paed utk mendapat surat pengesahan. Doc musa from KPj damansara mmg terbaik. Skjap sj dia dh boleh diagnose & sediakan surat pengesahan..

  • Nurul Faddilah Saya pernah mengalami keadaan ini...saya berterus-terang dgn doktor ..sek biasa tidak dpt menangani masalah adhd dan pihak sek menyuruh membuat surat berundur kerana nampak kelainan pada anak saya..keluarga x mempercayai anak saya autisme..2 kali anak saya tidak di terima di sekolah biasa..saya berbincang dgn apa harus saya lakukan??doktor akur dan mencadangkan saya melengkapkan borang JKM sebanyak 4lampiran..1/2 tahun saya menunggu proses JKM dan pihak jabatan pelajaran..dalam tempoh 1/2lagi saya menempatkan anak saya di Nasom kerana tidak mahu keciciran pelajaran..akhirnya pada umur 8 anak menjejakkan secara bebas di sekolah biasa kelas intergrasi.(PKKI) ..google sekolah intergrasi... bukan sekolah pendidikan khas seperti yg kita gambarkan..dia bukan kelainan upaya dominasi..cuma autisme yg boleh berubah..sekarang al-hamdulilah

Saturday, August 22, 2015

Aku hanya ADHD

“NAMA SAYA RAYYAN…MAAF, SAYA ADA ADHD..”
APA YANG KITA NAMPAK
...............................................................................................
Umur saya 6 tahun, saya sekolah di pra-sekolah. Budak-budak takut kawan dengan saya sebab kata saya ‘jahat’. Ada yang tarik baju saya dan kata saya ‘budak tak betul’. Cikgu selalu marah sebab kata saya tak boleh duduk diam, tak nak ikut aktiviti macam murid lain dan selalu ganggu mereka. Saya tak boleh bagi tumpuan lama-lama. Kalau kerja sekolah susah saya tak nak buat sebab saya tak tahan tengok buku lama-lama.
Saya tak boleh duduk satu tempat lama-lama. Jadi saya tak tahan kalau kena berbaris, kena tunggu giliran atau kena duduk di kerusi melukis lama-lama. Ummi saya tak boleh bawa saya ke shopping mall sebab saya ‘buat benda bahaya’. Saya lari ke jalan dan tak pandang kereta atau motor lalu. Saya selalu kena marah sebab ‘buat’ adik. Kadang-kadang saya tengok ummi dan ayah geleng kepala tak larat kawal saya…
Dua minggu sekali saya pergi terapi, kemudian jumpa doktor dan kena makan ubat. Orang kata saya “tak normal”, saya budak “OKU”. Dulu ummi susah nak cari orang jaga saya sebab semua orang tak tahan jaga saya. Jiran-jiran pun tak bagi anak dia main dengan saya sebab saya ganas..
Saya pernah tengok ummi menangis..saya tak tahu kenapa..
APA YANG ORANG TIDAK NAMPAK
..................................................................................................
Doktor kata saya ada ADHD..maknanya ada masalah dengan aktiviti otak di bahagian inferior prefrontal cortex bahagian kanan dan kiri caudate menyebabkan fungsi eksekutif otak hadapan saya terganggu. Bahagian ini mengawal tumpuan dan tingkah laku. Bila bahagian ini terganggu, maka saya sukar mengawal tingkah laku dan tidak boleh fokus pada sesuatu seperti orang lain.
Doktor juga beritahu, ada kajian oleh NIMH menunjukkan otak kanak-kanak dengan ADHD 3-4% lebih kecil. Ada kes yang perlu ubat untuk stabilkan bahan kimia otak bernama dopamine dan serotonin. Doktor kata ubat ini bukan untuk buat saya jadi bodoh dan bukan juga ubat ‘gila’.
Selain ubat, doktor suruh ummi bawa saya ke cikgu OT untuk belajar ‘fokus’ dan ‘behavioural modification’. Saya tak tahu apa tapi saya seronok sebab cikgu ajar saya seorang sahaja. Tak ada budak lain buli saya.
Doktor kata ada budak yang boleh sembuh, ada juga yang ada ADHD sampai besar. Tapi apa pun, macam ummi kata, saya nak jadi anak yang soleh, berguna..walaupun saya ada ADHD.
Kalaupun saya tak dapat straight A macam budak lain, saya juga nak berjaya. Berjaya dalam definisi saya sendiri.
..sebab doktor, ummi dan ayah cakap, bukan salah saya. Saya bukan budak nakal, jahat, ganas atau budak 'hyper'...saya ada ATTENTION DEFICIT AND HYPERACTIVITY DISORDER

Sumber - FB

Sunday, August 16, 2015

Bila anak mengamuk - Jangan beri hadiah


Saturday, August 15, 2015

Tingkahlaku autisma sukar diduga

Friday, August 14, 2015

Bila anak mengamuk - Tempat awam


Thursday, August 13, 2015

Bila anak mengamuk - Peluk


Wednesday, August 12, 2015

Bila anak mengamuk - Alih perhatian


Tuesday, August 11, 2015

Peluang kerjaya murid OKU

 

PROGRAM BUYING SEATS

  • Program Buying Seats memberikan peluang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan serta memperolehi pengalaman belajar di institusi swasta dan industri selaras dengan Key Performance Indicator (KPI) Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV). 
  • Peluang ini perlu diberikan semasa MBPK dalam usia persekolahan. 
  • Selain itu MBPK juga dapat mengisi ruang kemahiran yang tidak diperolehi di sekolah dan menamatkan persekolahan dengan kelayakan kemahiran yang bersijil dalam bidang kemahiran yang diminati.
  • Pelaksanaan Program Buying Seats ini akan dapat memberikan latihan kepada MBPK dalam menguasai bidang vokasional serta akademik seterusnya menyediakan mereka peluang pekerjaan.
  • Program ini ditawarkan kepada MBPK yang berminat dan mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga serta memenuhi syarat yang ditentukan dalam Program Buying Seats oleh panel yang dilantik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). MBPK yang mengikuti program ini akan dinilai secara berterusan dan diberikan sijil mengikut bidang yang diikuti.
Sumber rujukan - http://www.moe.gov.my/v/Pengurusan-Program-PBS

Monday, August 10, 2015

Siapa suruh lahir anak autisma?

Saturday, August 8, 2015

Bila anak mengamuk - Asingkan anak


Thursday, August 6, 2015

Pusat Tuisyen yang Berjaya


Saya masih ingat lagi…
Selepas Seminar Tuisyen anjuran Master Yus, ada seorang peserta mengajak kami minum selepas selesai program.
Beliau merupakan Pegawai di sebuah syarikat korporat GLC yang terkenal.
Kemudian, beliau menceritakan bahawa beliau telah membuat pinjaman untuk ‘setup’ sebuah pusat tuisyen, dan sekarang beliau telah melaburkan lebih kurang RM25k untuk mula dari ‘scratch’. Sebelum ini ‘syok’ tengok saudara sendiri buat tuisyen, jadi beliau pun rasa nak buat pusat tuisyen.
Oleh sebab terlalu fokus untuk setup, renovation menyebabkan sehingga sekarang (pada masa itu bulan Mac), kelas tuisyen masih belum beroperasi. (Untuk pusat tuisyen sebaik-baiknya kelas harus dimulakan pada Disember atau selewat-lewatnya Januari).
Jadi saya cadangkan untuk beliau:
1. Fokuskan pada Branding pusat Tuisyen beliau; nama, logo, social branding, design yang profesional dan lain-lain
2. Belajar teknik Marketing: online; bagaimana nak gunakan social media sebagai social proof & offline untuk ‘tawan’ wilayah
3. Bina Niche sendiri: cari pengkhususan atau speciality yang menyebabkan klien akan mencari kita
4. Tentukan Positioning bisnes anda: survey pusat tuisyen lain dan apa yang mereka tawarkan. R&D untuk ‘position’kan pusat tuisyen beliau
5. Cari Unique Selling Point (USP): fikirkan keunikan yang boleh memberikan added value pada pelajar dan ibu bapa
6. Sediakan Freemium: Apa perkara percuma yang dia boleh offer pada klien. Contohnya: Free talk, free class for 1 hour month, free registration fee, free module, free starter-kit, free quran class dan lain-lain
7. Kenalpasti teknik untuk mencari tutor/cikgu tuisyen yang berkualiti untuk menjamin survival jangka masa panjang.
8. Sewakan bilik untuk pendapatan sampingan
Alhamdulillah, dia sudah nampak jalan dan bersedia untuk meneruskan perjuangan beliau
Dalam bisnes, kami sangat menekankan konsep ‘lean start-up’, iaitu bermula dengan apa yang ada di tangan. Modal ilmu, buku, kenderaan, bajet marketing (puluhan atau ratusan ringgit sahaja).
perjuangan belum selesai
Dapat profit, baru ‘rolling’ atau invest untuk perkara lain. Tidak perlu buat pinjaman untuk mengurangkan risiko.
Mengikut kiraan, jika ada 140 orang pelajar pusat tuisyen, anggaraan pendapatan ialah RM15k.
Jika bilangan pelajar yang sama untuk Home Tuition, anggaran pendapatan boleh mencapai rm40k atau lebih.
Modal awal untuk membuka pusat tuisyen biasanya dalam rm20k ke atas.
Namun, cabaran masing-masing adalah berbeza. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
‘Missing chapter’ dalam bisnes ini yang menyebabkan ada orang sukses, dan lebih ramai yang gagal.
‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’

Sumber - http://coachmohdnoor.com/

Monday, August 3, 2015

Result Exam PPT Faqihah di SMK


Tahun pertama Faqihah berada di sekolah menengah. Faqihah telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun buat kali pertama di sekolah menengah.

Keputusan peperiksaannya seperti berikut:

Bahasa Melayu - 70% (B)
Bahasa Inggeris -  51% (C)
Matematik - 88% (A)
Sains - 72% (B)
Pendidikan Islam - 92% (A)

Nilai GMP - 1.8
Kedudukan dalam kelas - 2

Amat memeranjatkan.

Kebiasaannya Bahasa Inggeris akan mendapat keputusan yang lebih baik manakala Matematik selalunya markahnya rendah.

Umminya yang hadir semasa menerima keputusan exam.

Sedih... Faqihah masih tidak dapat diinklusifkan. Masih terdapat tingkah lakunya yang tidak bersesuaian untuk Faqihah berada di kelas aliran perdana.

Walau apa pun, kami amat bersyukur terhadap perubahan yang telah berlaku pada Faqihah jika dibandingkan ketika usianya semasa kecil.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mendidik Faqihah.

Faqihah dengan umminya ...

Saturday, August 1, 2015

Bila anak mengamuk - Pujuk