Saturday, August 22, 2015

Aku hanya ADHD

“NAMA SAYA RAYYAN…MAAF, SAYA ADA ADHD..”
APA YANG KITA NAMPAK
...............................................................................................
Umur saya 6 tahun, saya sekolah di pra-sekolah. Budak-budak takut kawan dengan saya sebab kata saya ‘jahat’. Ada yang tarik baju saya dan kata saya ‘budak tak betul’. Cikgu selalu marah sebab kata saya tak boleh duduk diam, tak nak ikut aktiviti macam murid lain dan selalu ganggu mereka. Saya tak boleh bagi tumpuan lama-lama. Kalau kerja sekolah susah saya tak nak buat sebab saya tak tahan tengok buku lama-lama.
Saya tak boleh duduk satu tempat lama-lama. Jadi saya tak tahan kalau kena berbaris, kena tunggu giliran atau kena duduk di kerusi melukis lama-lama. Ummi saya tak boleh bawa saya ke shopping mall sebab saya ‘buat benda bahaya’. Saya lari ke jalan dan tak pandang kereta atau motor lalu. Saya selalu kena marah sebab ‘buat’ adik. Kadang-kadang saya tengok ummi dan ayah geleng kepala tak larat kawal saya…
Dua minggu sekali saya pergi terapi, kemudian jumpa doktor dan kena makan ubat. Orang kata saya “tak normal”, saya budak “OKU”. Dulu ummi susah nak cari orang jaga saya sebab semua orang tak tahan jaga saya. Jiran-jiran pun tak bagi anak dia main dengan saya sebab saya ganas..
Saya pernah tengok ummi menangis..saya tak tahu kenapa..
APA YANG ORANG TIDAK NAMPAK
..................................................................................................
Doktor kata saya ada ADHD..maknanya ada masalah dengan aktiviti otak di bahagian inferior prefrontal cortex bahagian kanan dan kiri caudate menyebabkan fungsi eksekutif otak hadapan saya terganggu. Bahagian ini mengawal tumpuan dan tingkah laku. Bila bahagian ini terganggu, maka saya sukar mengawal tingkah laku dan tidak boleh fokus pada sesuatu seperti orang lain.
Doktor juga beritahu, ada kajian oleh NIMH menunjukkan otak kanak-kanak dengan ADHD 3-4% lebih kecil. Ada kes yang perlu ubat untuk stabilkan bahan kimia otak bernama dopamine dan serotonin. Doktor kata ubat ini bukan untuk buat saya jadi bodoh dan bukan juga ubat ‘gila’.
Selain ubat, doktor suruh ummi bawa saya ke cikgu OT untuk belajar ‘fokus’ dan ‘behavioural modification’. Saya tak tahu apa tapi saya seronok sebab cikgu ajar saya seorang sahaja. Tak ada budak lain buli saya.
Doktor kata ada budak yang boleh sembuh, ada juga yang ada ADHD sampai besar. Tapi apa pun, macam ummi kata, saya nak jadi anak yang soleh, berguna..walaupun saya ada ADHD.
Kalaupun saya tak dapat straight A macam budak lain, saya juga nak berjaya. Berjaya dalam definisi saya sendiri.
..sebab doktor, ummi dan ayah cakap, bukan salah saya. Saya bukan budak nakal, jahat, ganas atau budak 'hyper'...saya ada ATTENTION DEFICIT AND HYPERACTIVITY DISORDER

Sumber - FB

1 comment:

  1. anak saya speech delay. ada masalah fokus & sensory.. Therapist cakap boleh hilang tapi perlukan terapi. So, saya buat jugak la terapi2 yang di suggest di samping hantar occ therapy & speech therapy. tahun depan dah nak hantar tadika.. Saya selalu bawak dia main pasir, atas rumput.. Alhamdulillah membantu jugak meransang perkembangan otak & masalah sensory dia. sekarang dia tak geli lagi nak pijak pasir @ rumput atau berjalan tanpa kasut. Dulu kalau dia berlari memang tak toleh belakang tapi sekarang dia nak kemana atau buat apa dia pastikan orang ada temankan dia. So, takde la kalau dalam mall tu macam lipas kudung sangat. Dia mula alert dengan persekitaran. Speech pun dah banyak ayat tapi maybe lebih banyak echo sebab dia suka sangat meniru dialog kartun & mula cuba guna dalam perbualan even conversation tu takde la macam budak umur 4 tahun yang lain. Orang takkan faham.. Suka compare sedangkan jika di beri pilihan kita juga nak anak kita berkembang seiring umur dia. Tapi sekarang saya tak kisah yang saya tahu saya cuba membantu anak saya.

    ReplyDelete