Tuesday, June 30, 2015

BAGAIMANA IBU-IBU ANAK AUTISMA KEKAL BERKERJAYA:


1. Mempunyai seseorang untuk membantu anda dalam situasi krisis: Keluarga yang menghadapi krisis dengan bagus biasanya mempunyai ahli keluarga (ataupun kawan-kawan) sebagai sokongan.
2. Pusat penjagaan kanak-kanak, dan penjagaan selepas sekolah yang akan bekerjasama keluarga dan akan menghubungi anda jika ada sebarang masalah.

3. Mencari pekerjaan yang fleksibel seperti telekomunikasi, atau mempunyai waktu kerja yang dikurangkan.
4. Bekerja sambilan dengan manfaat dan pilihan untuk bekerja sepenuh masa di kemudian hari.
5. Mempunyai pilihan untuk meninggalkan kerja dan menampung jam-jam bekerja jika berlaku sebarang krisis dengan anak anda.
6. Mampu berterus-terang mengenai anak anda di tempat kerja.
7. Mempunyai penyelia dan rakan-rakan sejawat yang mampu bekerjasama dengan anda.

Sunday, June 28, 2015

Autisma - ibubapa wajar diketahui

I Have Autism. Here Are the 5 Things I Want Parents to Know.

I was diagnosed with classic autism when I was 4. I found the word a terrifying place. In some ways, it’s still a frightening place for me. But I have reached a point where I am a professional public speaker on autism.
Parents often ask me to give them advice for their children who are on the autism spectrum. There are many things parents don’t understand about their children with autism. Here are things I wish parents of children with autism would understand.

1. Autism doesn’t mean their child is lost.
This would probably apply more to parents who have younger children with severe classical autism. I’ve heard some parents say they feel like autism has taken away their child’s mind and soul and left their body behind. I’d like to help all the parents understand that their child’s mind is still in there.
When I was about 4, I mainly spoke in my own language, but I had a level of understanding to a degree. I found the world to be a terrifying place with heightened senses and frightening people. I go into more details about this in my book about my life, “Thinking Club: A Filmstrip of My Life as a Person With Autism.”

2. Don’t assume because a child can’t talk, he or she also can’t think.
This is closely related to my previous point. Some children with autism can’t talk, and there are some who will never learn to talk. However, just because they can’t talk doesn’t mean they have nothing to say. It’s important to find any way you can to communicate with them whether it’s using sign language or getting them to type out their feelings. There are also non-verbal people with autism who show extreme intelligence when they type out their words onto a keyboard.

3. You can’t predict the future.
When some parents find out their child has autism, they feel like all their hopes and dreams are shattered. They say things like, “He’ll never be independent,” “He’ll never go to college,” “He’ll never get a job” and “He’ll never get married.” They say their child is never going to have a future.
I’d like to say to parents of young children with autism that the future isn’t set in stone. If you fight for your child and give them the right support they need, you may be surprised at what they can achieve in life.

At 21, I still haven’t achieved all of my ambitions in life yet, and I still need a lot of support. But I have achieved more than I thought I would. I now have a job in public speaking to raise awareness of autism spectrum conditions. I have a lot of support from my family, but my parents never thought I’d be able to do all the things that I’m doing now when I was a 4-year-old. I just want to tell parents not to give up hope on their children’s future.

4. People with autism shouldn’t always be held back.
This doesn’t just apply to people with autism, but to people with special needs in general. I’ve known parents of children on the spectrum who do everything for them and don’t teach them to do things for themselves. They may not teach them the skills they need to succeed in life. I’ve seen teenagers or adults with autism who don’t dress themselves but clearly could if they were taught to.
Now don’t get me wrong: There are people who are profoundly autistic who may also have a profound intellectual disability, which will require them to have 24-hour care for the rest of their lives. It may be hard for people at this level to learn basic skills, but I think any child with autism should be taught the most they can be taught no matter what level they’re at.
I don’t think learning should end there, either. I think people with autism should be taught skills that will help them cope in the real world. I’m still learning to cope in the real world. I’ve been learning to get public transport by myself to places I’m familiar with. I believe that with the right level of support, the majority of people with autism can lead successful lives.

5. People with autism don’t reach a set age and stop making progress.
A lot of people think that those with autism will have reached their potential by the time they’re 16 or so. This is incorrect. Many people with autism continue to make progress way into adulthood. People on the spectrum could even get to 30 and continue making progress. Many people with autism keep on learning throughout all their lives. This is an important message for parents who feel it’s too late to help their children.
Alex Lowery the mighty
Sumber - http://themighty.com/

Friday, June 26, 2015

Tabah didik anak autisma


Saya ni tak kisah pun jika sesiapa nak tanya pasal ke'Autisme'man anak saya. Taklah sensitip.takut nanti orang risau nak tanya takut saya kecil hati. Takdelah..mana ada.
Cuma bila dah bertahun hidup dalam pengertian Autisme yang sebenar ni, sebenarnya saya jadi tak tahu nak jawab bila orang tanya 'Apa punca dia dapat Autisme ya?' 
Katakanlah saya kelentong, oh sebab kelapa parut, sebab KFC dan lauk raya. Habislaaaa semua taubat nak makan semua tu.lebih parah lagi bila kita hilang kebergantungan dan percaya apa-apa yang jadi adalah atas kehendak Allah.
Saya pernah tidur sebelah hamba Allah yang kena chicken pox tahun 2001 but kuasa Allah saya kena sedas tapi tahun 2010.
Ya, saya bertanggungjawab memperkenalkan A to Z pada anak saya... all the numbers with calculation and bla bla bla. Besok Allah tak tanya saya anak saya dah hafal sampai sifir berapa.
Allah kirim dia untuk ajar saya berusaha ubah diri, keyakinan, kekuatan dan banyak lagi yang mana hanya saya dan Dia saja yang tahu. Saya dan Allah saja yang tahu buruk baik saya, terang gelapnya jalan saya. Saya tak larat hidup dengan cakap-cakap orang. 
Percayalah doa itu senjata kita. Jika kita tak doa mintak tolong Allah untuk tolong kita....macamana?cakap dengan saya macamana? Kita la kena doa mintak Allah petunjuk dan hidayah.
Saya belajar. Saya belajar bagaimana berhadapan dengan situasi yang saya hanya ada diri saya dan anak yang tengah loose control..tak pasal-pasal aku menapak pukul 10 malam 11 malam 12malam.Tapi sepanjang jalan dia berzikir. Saya dongak ke langit dengan airmata bergenang. Saya lupa balai polis berdekatan.. yang saya tahu Allah nampak aku dengan anak aku. Allah yang tentukan sama ada aku selamat atau tak sampai rumah. Ya memang aku basah kuyup kena hujan, tapi Allah yang tentukan esok aku demam ke tak. Allah nak aku kuat. Aku bersyukur aku atasi banyak kelemahan aku melalui teguran Dia.
Saya fikir...ujian demi ujian buat saya tak lagi menangis sebab mengenang nasib kecuali bila 'berbicara'dengan Allah sebab sebak bila Allah pilih kita..dahla banyak dosa..tapi Allah dengar doa kita...tolong kita....ujian buat saya gigih terpacak tengah kilat ke petir..macamana nak lari masuk rumah?no.saya akan tetap bersama anak saya 
walauapapun jadi.walaupun langit berdentam dentum. Saya ikut dia sampai bukit dia main tanah,selipar putus...kahkahkah kitorang balik rumah kaki ayam..muka toya je bimbit selipar penuh tanah,kaki dah macam pakai kasut kena salut tanah lumpur..orang amik anak sekolah agama tengok je.sorilah saya memang bukan spesis control cun. Aqil dah macam balik dari keje kontrak je. Ahhhhh apeadehal.
Harap-harap tak ke laut la apa yang saya nak sampaikan ni. Maksud saya, serius saya memang tak tahu nak jawab orang tanya Autisme punca apa. Tapi yang saya tahu dia ni memang Allah kirim untuk betulkan jalan saya. Entah-entah jika saya tak di ajar dan 'belasah' dengan ujian-ujian sebegini entah-entah saya tengah joli katak kat mana-mana ke kan..kat kelab ke..eh Nauzubillah.so lebih baik Allah ikat saya dengan tumpukan perhatian kat anak syurga saya. Kalo dah diajak baca Yasin sampai empat lima kali sehari tak terasa jugak tengah datangnya hidayah, ai parah laaaaa....
Allah tak bagi kita ujian sia-sia. Hikmah tu satu perkara santun yang mendatangi kita bersama mesej yang baik. Setiap ujian ada hikmahnya.

Sumber - FB

Tuesday, June 23, 2015

Faqihah 2015


Faqihah bakal menghampiri usia 14 tahun pada hujung tahun ini.

Pelbagai pengalaman kami tempuhi.

Alhamdulillah, Allah telah berikan kekuatan kepada kami dalam mendidik faqihah.

Cabaran dan dugaan ditempuhi dengan tenang.

Kini, faqihah telah berada ditahap yang boleh umpamakan seperti kanak-kanak normal yang lain. Mudah diuruskan. Boleh mengurus diri sendiri. Malah boleh membantu membuat kerja-kerja rumah.

Dalam akademik, faqihah boleh menguasai asas 3M. Walaubagaimanapun, faqihah masih tidak boleh diinklusifkan iaitu ditempatkan di aliran perdana kerana ada masalah tingkah laku.

Ciri-ciri autismanya juga dah banyak  yang hilang. Semuanya tidak berlaku dengan semulajadi. Pelbagai usaha telah dilakukan.

Tiada yang mustahil. Usaha tanpa jemu perlu dilakukan dalam mendidik anak autisma. Hasil mungkin memakan masa. Yang penting terus berusaha.





Monday, June 22, 2015

Hari Bertemu Waris


Kebiasaan pada pertengahan tahun ini, ibubapa anak-anak autisma akan menerima surat jemputan untuk hadir ke sekolah dalam majlis Program Bertemu Waris. Aktiviti yang bakal berlangsung seperti menerima rekod pencapaian akademik murid dan menandatangani borang RPI. Dikesempatan ini wajar semua ibubapa berbincang mengenai perkembangan anak masing-masing dengan guru kelas dan pentadbir PPKI. Jangan berpuashati apabila melihat markah peperiksaan anak masing-masing. Markah tidak menunjukkan kecemerlangan anak-anak anda kerana mereka diuji berdasarkan tahap kemampuan masing. Perbincangan ibubapa dan guru mampu meningkatkan tahap kemajuan anak masing-masing. Kerjasama kedua-dua pihak amat diperlukan.

Sunday, June 21, 2015

LINUS


PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) NKRA 

APA ITU LINUS?  

LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening" 

LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasa di Tahap1 sekolah rendah. 

LINUS disasarkan kepada murid2 yang mempunyai masalah 3M,(membaca,menulis,mengira) 

Matlamat Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS. 

Faktor2 Utama Untuk Memastikan Kejayaan LINUS 

1.Guru pemulihan LINUS (1:15 murid) 
2.Mewujudkan jawatan Fasilinus di PPD (1:30) 
3.Semua sekolah mesti menyertai Program LINUS ini. 
4.Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan pra-perkhidmatan. 
5.Pemantauan berterusan oleh pihakKPM/JPN/PPD/SEKOLAH. 

Definisi Asas Literasi. 
Keupayaan membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dalam Bahasa Malaysiadan mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. 

Definisi Asas Numerasi 
Keupayaan untukmenyelesaikan operasi asas matematik, memahami idea matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. 

Saturday, June 20, 2015

Sokongan bapa diperlukan



21 Jun 2015
Sokongan kaum bapa amat diperlukan dalam mendidik anak-anak autisma. Tanpa sokongan anda amat sukar untuk kaum ibu memberikan didikan terbaik kepada anak-anak auisma ini.

Lucu berbuka dimasjid


Hari ke-2 berbuka puasa di masjid al-hidayah pengkalan pegoh seberang ipoh. Hari pertama berbuka di rumah.

Hadir dengan anak, hadif dan haziq. Suatu yang melucukan telah berlaku.

Pertama. Datang awal. Terus ambil tempat depan sekali. Tanpa diduga. Tempat duduk tersebut merupakan tempat duduk oang-orang besar masjid. Terpaksa berpindah ke tempat duduk lain.

Kedua. Selesai berdoa terus makan setelah dengar azan surau berhampiran. Orang sekeliling masih tak makan lagi. Rupa-rupanya mereka menunggu azan masjid baru makan. Patutlah mereka tengok semacam semasa pak yoep makan.

Tiada sesiapa yang tegur.

Kemenjadian Murid SKG


Bermula era pak yoep berusaha membudayakan ppki supaya cemerlang dalam kokurikulum.. Walaupun bilangan murid yang boleh diketengahkan terhad, usaha perlu dilakukan sebagaimana usaha yang telah pak yoep lakukan di sekolah lama.

Thursday, June 18, 2015

Kesedaran autisma

Tahukah kita semua bahawa bulan April setiap tahun adalah merupakan Bulan Kesedaran Autisme? Dari segi sejarahnya, inisiatif ini telah dimulakan secara bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan sebuah persatuan kebangsaan autisme di Amerika Syarikat yang telah mengiktiraf bulan ini sebagai satu bulan yang khusus memfokuskan topik autisme semenjak dari tahun 1970 lagi. Senarionya ialah ia telah menjadi satu sambutan di peringkat global dan disambut di mana-mana sahaja di seluruh dunia, termasuklah di negara kita sendiri. Namun bagi sesetengah masyarakat di negara ini, ia mungkin sesuatu yang amat asing dan tidak pernah didengari sama sekali sebelum ini. Namun ketahuilah bahawa kes berkaitan autisme semakin meningkat saban hari dan tahun di serata dunia, termasuklah negara Malaysia.

Berhubung insiden ini, pada tahun 2004, data yang ada di negara maju seperti Amerika Syarikat menunjukkan dalam setiap 10,000 orang kanak-kanak, di antara 1 hingga 20 dari mereka adalah penghidap autisme. Data terkini menunjukkan dalam setiap 1, 000 orang kanak-kanak, antara 2 hingga 7 orang adalah penghidap autisme. Manakala di negara Eropah pula, dalam setiap 1, 000 orang kanak-kanak, 12 orang adalah penghidap autisme. Di negara Malaysia pula, adalah dianggarkan oleh NASOM (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia di peringkat NGO) bahawa terdapat sekurang-kurangnya 47, 000 orang kanak-kanak yang menghidapi autisme sehingga kini.

Bagi memahami hakikat sebenar, terdapat beberapa perkara dan isu yang berkaitan dengan autisme di sebalik kewujudan bulan April sebagai bulan kesedaran autisme. Apa yang masyarakat perlu miliki ialah tahap kesedaran yang tinggi terhadap autisme, memahami apakah keperluan yang berkaitan yang perlu dikuasai oleh individu autisme, serta mengetahui apa yang boleh mereka lakukan untuk memperbaiki kehidupan dan meningkatkan potensi individu yang memiliki ciri-ciri autisme. Mereka juga perlu menyedari bahawa autisme adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan menerima ia sebagai satu anugerah dan kurnia dari Tuhan. Pemahaman yang tepat akan mendorong penerimaan dengan hati terbuka dan menghalang sikap diskriminasi, stigma dan penyisihan dalam masyarakat.

Autisme adalah merupakan sejenis gangguan perkembangan saraf otak yang berlaku di kalangan individu manusia yang bermula seawal usia antara 1 hinggsa 3 tahun dan diklasifikasikan sebagai gangguan neuropsikiatri. Autisme, seperti juga Asperger, adalah sebahagian daripada beberapa gugusan gangguan yang lebik kompleks lagi dikenali sebagai Autisme Spectrum Disorder atau ASD. Gangguan ini telah mula mendapat perhatian dalam dunia sains perubatan sejak pada tahun 1943 apabila seorang pakar psikiatri kanak-kanak dari negara Austria yang dikenali sebagai Leo Kanner telah cuba memberi satu diagnosis dan rawatan terhadap masalah berkaitan perkembangan tingkahlaku dan komunikasi di kalangan pesakit kanak-kanak.

Secara umumnya, autisme ini dapat dikenali berdasarkan kepada beberapa kriteria yang paling utama seperti gangguan pada fungsi komunikasi dan pertuturan serta ada masalah dalam interaksi sosial, memiliki kesukaran dalam mentafsir reaksi emosi, gangguan pemikiran serta memiliki ciri-ciri spektrum tingkahlaku dan perangai yang amat terhad, dan berulang-ulang atau streotype. Mereka akan dianggap sebagai seseorang yang terasing atau hidup dalam dunia mereka yang tersendiri. Seterusnya, di kalangan mereka juga mempunyai tahap atau darjah keterukan yang tersendiri dan berbeza dengan individu lain walaupun masih dalam kategori autisme. Di kalangan mereka, ada yang mempunyai tahap autisme yang teruk, sederhana ataupun ringan. Oleh yang demikian, terdapat di kalangan mereka yang masih boleh bersekolah dan menjadi golongan terpelajar, seterusnya berkerjaya dan juga berkeluarga. Dari segi fizikal pula, mereka tiada sebarang masalah, malah masih kelihatan normal, sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Maka itu, masyarakat umum tidak akan nampak wujudnya sebarang kelainan atau kecacatan pada diri mereka.

Keadaan ini pada akhirnya akan menambahkan kerumitan, bukan sahaja kepada penghidap, tetapi juga kepada ibubapa dan keluarga serta anggota masyarakat yang lain. Kerumitan yang ada akan menyebabkan kekeliruan, malah mereka yang tidak memahami akan terus menganggap si penghidap sebagai seorang yang degil, pemalas, lembab dan sebagainya. Seterusnya, ia akan menyebabkan si penghidap terbiar tanpa sebarang usaha untuk dirujuk kepada golongan pakar bagi tujuan rawatan dan intervensi yang sewajarnya. Akhirnya, mereka akan berterusan ketinggalan dalam dunia mereka yang penuh kekeliruan dan keterasingan. Lebih malang apabila mereka mula memasuki alam persekolahan. Ada di antara penghidap yang keliru mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila diri mereka turut tidak difahami warga sekolah, tidak diterima dan akhirnya disisihkan.

Di samping itu, isu utama berkaitan autisme setelah memahami ciri-ciri dan keupayaan mereka ialah mengenalpasti segala bentuk keperluan mereka dan seterusnya melaksanakan agar keperluan mereka dapat dicapai. Individu yang memiliki ciri-ciri autisme sebenarnya adalah golongan individu yang mempunyai pelbagai keperluan yang khusus dan tersendiri. Ini bergantung kepada tahap perkembangan dan kesukaran yang mereka miliki. Oleh itu, ibubapa, keluarga dan masyarakat perlu memahami bahawa individu ini juga berhak untuk menerima pelajaran dan latihan yang bersesuaian agar mereka akan menjadi lebih berdikari nanti. Bagi memenuhi keperluan ini, satu kaedah pendidikan yang sistematik untuk mereka perlu diwujudkan, khususnya di peringkat kementerian dan kebangsaan. Memang betul kini telah ada sistem pendidikan khas dalam kementerian, tetapi kesesuaian dan keberkesanannya untuk golongan ini perlu dikaji.

Golongan istimewa dari kategori autisme ini bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik, tetapi juga pendidikan yang mengajar mereka kemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial dengan cara yang sepatutnya. Itulah keperluan mereka yang perlu digilap kerana penyakit autisme yang mereka alami amat menyukarkan  mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial. Namun masalah yang ada ialah apabila sistem persekolahan lebih menumpukan kepada aspek akademik sahaja. Hakikatnya memang itulah matlamat persekolahan sejak dulu lagi, namun kewujudan bahagian pelajaran khas dalam kementerian dan di sekolah boleh dan amat perlu untuk dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan golongan individu autisme. Sudahkah kajian keberkesanan pendidikan khas berkaitan autisme ini dilakukan oleh pihak berkaitan dan jika ada apakah hasilnya? Masyarakat, khususnya para ibubapa amat memerlukan hasil dan dapatan kajian seperti itu.

Begitu juga, satu jawatankuasa, agensi atau jabatan di peringkat kementerian dan pemerintah yang berkaitan khusus bagi mengemaskini dan memantau kebajikan bagi individu autisme perlu diwujudkan. Ia boleh bertindak dalam menganalisa keperluan pendidikan dan latihan serta kerjaya, kebajikan, maklumat terkini berkaitan kajian dan penyelidikan serta kemaskini pengkalan data untuk kemaslahatan mereka dapat dilakukan secara sistematik, yang mana ia belum lagi wujud buat masa ini.


Sumber - IKIM

Tuesday, June 16, 2015

Faqihah - Terapi di Pusat Membeli-belah

Bersama Pn Roslinda, Pen Kanan Pendidikan Khas
Faqihah di kaunter bayaran

Urusniaga selesai...misi berjaya

Pn Wani yang sentiasa memantau Faqihah

Makan setelah penat membeli-belah

Sunday, June 14, 2015

Back to School


Cuti sekolah tamat hari ini. Esok semua anak-anak autisma akan ke sekolah. Rutin mereka akan berubah mulai esok setelah bercuti selama dua minggu. Kebanyakannya anak-anak autisma pasti tak selesa untuk menghadapi sesi persekolahan esok. Mereka tidak suka rutin harian mereka berubah. Ibubapa perlu melakukan pendekatan terbaik untuk menghadapi hari esok bagi membolehkan anak-anak autisma mereka ke sekolah tanpa sebarang masalah.

Saturday, June 13, 2015

Profil PBPPP Individu



Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru


Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu

Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab


1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan



B. Pelan Pembangunan Profesional


1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB



C. Sumbangan Kepada Organisasi


1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan



D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan


1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja



E. Anugerah /Pencapaian


1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain



F. Penilaian PdP/Kepimpinan


1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

Tajuk blog baru pak yoep


Berkuatkuasa 13 Jun 2015, tajuk blog pak yoep ditukar DUNIA AUTISM PAK YOEP kepada BLOG PAK YOEP. Hampir 6 tahun pak yoep telah wujudkan laman blog ini yang bertujuan untuk memberi maklumat mengenai autisma.

Pelbagai maklumat telah pak yoep postkan berkaitan autisma yang serba sedikit boleh membantu keluarga yang mempunyai anak autisma untuk memberi didikan terbaik kepada anak autisma mereka. Pengalaman kami yang tiada maklumat terkumpul telah memberi kesukaran kepada kami mendidik anak autisma kami. 

Disamping blog, pak yoep juga telah wujudkan laman FB - KELAB ANAK AUTISME untuk kemudahan ibubapa yang mempunyai anak autisma. Laman FB ini akan membolehkan ibubapa yang mempunyai anak autisma berinteraksi secara terus dengan pak yoep dan ibubapa yang mempunyai anak autisma dalam laman tersebut. Jumlah yang like dah menjangkau 7000 orang. Boleh diakses terus melalui laman blog ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung laman blog pak yoep ini. Skop penulisan blog pak yoep selepas ini akan dibuat secara umum walaubagaimanapun keutamaan masih berkaitan dengan autisma.

Friday, June 12, 2015

Lawatan ke Penang

28 Mei 2015 - Haziq ikuti rombongan sekolah ke Penang

Wednesday, June 10, 2015

Kerjaya atau anak autisma?

Working-mum-with-child
Mengimbangi pekerjaan dan menjagai anak yang ada autisme boleh menjadi suatu cabaran. Berikut adalah tips yang diambil daripada artikel menarik yang ditulis oleh Amy Baskin untuk membantu anda mengimbangi kedua-duanya.

Anda berada dalam mesyuarat di tempat kerja apabila anda mendapat suatu panggilan. Anak anda mempunyai satu lagi “melt-down” di sekolah dan perlu mengambil seketika.

Jika anda menghadapi masalah untuk mengimbangi kerja dan menjagai anak-anak berpendidikan khas, kajian telah menunjukkan bahawa anda tidak bersendirian. Alice Utama, Profesor Emeritus dari jabatan Kerja Sosial di Universiti Ottawa menyelidik 197 ibu bekerja yang mempunyai kanak-kanak dengan ADHD. Beliau mendapati bahawa 40 peratus daripada ibu-ibu tersebut sering bertukar pekerjaan, mengurangkan jam bekerja atau enggan menerima promosi kerana tanggungjawab yang sengit sebagai ibu kanak-kana berpendidikan khas.

Sering kali, mempunyai kerjaya sama sekali adalah mustahil. Baru-baru ini, 326 ibu kanak-kanak dengan autisme ditinjau dalam kajian di Washington State University. Hampir tiga daripada lima ibu-ibu ini tidak bekerja kerana keperluan khas anak-anak autisme mereka.

Cara-cara ibu kanak-kanak dengan keperluan khas boleh kekal bekerja:

  • Mempunyai seseorang untuk membantu anda dalam situasi krisis: Keluarga yang menghadapi krisis dengan bagus biasanya mempunyai ahli keluara (ataupun kawan-kawan) sebagai sokongan.
  • Pusat penjagaan kanak-kanak, dan penjagaan selepas sekolah  yang akan bekerjasama keluarga dan akan menghubungi anda jika ada sebarang masalah.
  • Mencari pekerjaan yang fleksibel seperti telekomunikasi,  atau mempunyai waktu kerja yang dikurangkan.
  • Bekerja sambilan dengan manfaat dan pilihan untuk bekerja sepenuh masa di kemudian hari.
  • Mempunyai pilihan untuk  meninggalkan kerja dan menampung jam-jam bekerja jika berlaku sebarang krisis dengan anak anda.
  • Mampu berterus-terang mengenai anak anda di tempat kerja.
  • Mempunyai penyelia dan rakan-rakan sejawat yang mampu bekerjasama dengan anda.

Cara ibu boleh menguruskan kerjayanya dan menjaga anak bekerperluan khas mereka:


  • Menyesuaikan jangkaan anda.
Bergantung kepada autisme anak-anak anda, anda berkemungkinan besar tidak akan dapat untuk maju ke tahap yang dijangka dengan anak anda. Sebagai ibu bapa, kami kerap berasa seperti kami perlu melakukan lebih. Daripada memikirkan bahawa anda sentiasa perlu melakukan lebih, anda boleh melihat kerjaya anda sebagai satu cara untuk mencapai keseimbangan hidup.

  • Anda tidak perlu menjadi “Supermum”.
Gunakan semua sumber yang sedia-ada untuk anda. Jika anda mempunyai pilihan untuk mengurangkan beban, gunakannya.

Tips untuk ibu-ibu yang kini tidak bekerja tetapi mahu kekal dalam pekerjaan:


  • Hadiri bengkel-bengkel kerjaya untuk kekal berkaitan dan bersemasa dengan kerjaya anda.
  • Mengambil kursus – banyak kursus sekarang boleh dilakukan sebahagiannya atau sepenuhnya atas internet jika anda tidak boleh meninggalkan anak anda.
  • Terus belajar – ketepikan masa setiap hari untuk pembangunan peribadi dan profesional anda.
  • Jika anda bersukarela dengan sebuah organisasi, hadkan jumlah masa anda di organisasi tersebut.
  • Fikirkan kerja sukarela anda sebagai pekerjaan – dapatkan surat yang menyokong dan mensahkan keraja sukarela anda. Dokumenkan kerja sukarela yang anda lakukan. (Sesetengah wanita selepas membina kredibiliti mereka sebagai sukarelawan, dapat bekerja sambilan di tempat kerja yang dibayar dengan organisasi).

Nasihat untuk ibu beralih balik semula kepada pekerjaan:


  • Dengan pasangan atau suami anda, adakan perbincangan yang jelas tentang pembahagian kerja-kerja rumah. Wanita kerap membawa muatan yang besar, sama ada mempunyai anak keperluan khas atau tidak.
  • Tulis tanggungjawab rumah dan jejaki apa yang telah dilakukan – dengan cara itu, jika sesuatu tanggungjawab tidak dapat diselesaikan, ia menjadi tugas pasangan anda.

Mengapa ibu kanak-kanak berkeperluan khas  bermanfaat daripada bekerja:

Suatu kerjaya menghalang wanita daripada menghilangi diri mereka dan harga diri mereka. Ia membantu mereka menyedari identiti mereka selain daripada menjadi “ibu anak berkeperluan khas”. Banyak wanita bermanfaat daripada mempunyai kerjaya tersendiri atas sebab-sebab kesihatan mental – untuk sedikit sebanyank mempunyai keseimbangan dalam kehidupan mereka.

Sumber -  http://www.autismmalaysia.com

Hadif Tuisyen BM..cikgu Lily




Monday, June 8, 2015

Boling Tenpin - SKG Cemerlang


Berkat kerjasama semua guru/ppm dan murid, PPKI SKG cemerlang dalam pertandingan Tenpin Boling peringkat daerah Kinta Selatan pada 27 Mei 2015. Menyertai 2 acara daripada 3 acara yang dipertandingkan.

Keputusan:
Kategori Berpasangan Lelaki - Naib Johan
Kategori Berpasangan Campuran - Johan


Berusaha untuk meneruskan kecemerlangan kokurikulum dalam pertandingan petanque peringkat daerah Kinta Selatan yang akan diadakan pada Julai 2015.

Setelah berjaya memperolehi 4 pingat daripada 7 acara yang disertai dalam kejohanan balapan dan padang peringkat daerah Kinta Selatan pada April 2015 yang lepas.

Cemerlang dalam Kejohanan Bolin Tenpin peringkar daerah Kinta Selatan

Johan - Fikhri Dinie dan Balqis Humaira

Naib Johan - Hafiz dan Hakimi

Berjaya memenangi 2 acara daripada 3 acara dipertandingkan.

Saturday, June 6, 2015

Cabaran ibu didik anak sulung autisme

KELAINAN dirasakan ketika anak lelaki sulungnya berusia dua setengah tahun apabila tidak lagi mengeluarkan suara untuk bercakap malah, jika dipanggil tetap tidak memberikan reaksi ­menyebabkan dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya itu.
Bagi Zuairiyah Md Noor, 49, naluri seorang ibunya kuat mengatakan anaknya ada masalah kesihatan walaupun kebanyakan doktor yang ditemui tidak mengakuinya. 
Malah, dia dikatakan terlalu gemuruh kerana mengikut­kan perasaan dan diminta tidak terlalu memikirkan perkara itu.

Bagaimanapun, apa yang ditakutinya menjadi realiti apabila anaknya Mohamed Danial Zulkifli kini berusia 22 tahun disahkan mengalami autisme di usia enam tahun. 
Katanya, dia tidak mengetahui apa itu autisme tapi tetap menerima ketentuan-Nya dengan hati terbuka dan mendapatkan maklumat berkaitan untuk lebih memahami permasalahan itu.

“Ketika itu tidak seperti hari ini segala maklumat berada di hujung jari, saya mulakan dengan mencari buku berkaitan autisme dan membuka minda mengenai apa yang sebenarnya dihadapi oleh anak.

“Saya mula menghantar anak berjumpa pakar sama ada untuk melakukan terapi pertuturan, tingkah laku dan pekerjaan dalam usaha membantunya,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Nasom di Damansara Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Namun, masalah mula timbul apabila Danial memasuki alam persekolahan kerana dia inginkan anaknya berada di sekolah biasa bukan di sekolah khas. 

Zuairiyah berkata, disebab­kan gangguan perkembangan Danial, dia tidak dapat bergaul dengan rakan sekelasnya seperti kanak-kanak normal lain. Di sekolah dia tidak bercakap, tidak bergaul dengan sesiapa serta sangat hyper. 

“Ini menyebabkan guru kelasnya serta sekolah meminta saya memasukkan Danial ke kelas khas tetapi saya tetap nekad dan tidak menghiraukan semua itu. 

“Untuk membolehkan Danial lebih terjaga saya menyediakan pembantu mengawasinya di dalam kelas dan meredakan ketegangan antara guru dan Danial,” katanya. 

Menurutnya, pada waktu itu dia tidak mengetahui mengenai Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) dan perkhidmatan disediakan untuk kanak-kanak yang autisme seperti Danial. 

“Tetapi apabila Danial mula memasuki sekolah menengah, saya mula mempertimbangkan mengenai keselamatannya kerana bimbang akan menjadi mangsa buli rakan yang tidak memahami golongan sepertinya dan mula mencari alternatif lain. 

“Dia dimasukkan ke sekolah menengah pendidikan khas tetapi semua program berkaitan pembelajarannya saya sediakan sendiri dan ia amat berkesan untuk Danial,” katanya. 

Hanya pada 2005 barulah dia menghubungi Nasom kerana pendekatan cara lama sudah tidak boleh diguna pakai untuk Danial kerana dia makin dewasa dan keperluannya berlainan dengan perkembangannya. 

“Dia mula menunjukkan tanda agresif seperti suka menjerit, menangis, menendang pintu dan selepas melakukan pemeriksaan barulah saya mengetahui bahawa dia menghidap sawan. 

“Semua gejala itu berlaku disebabkan rasa sakit yang dialaminya dan ia juga cara dia menyatakan kesakitannya,” katanya. 

Dalam pada itu, Zuairiyah terpaksa berkorban masa berulang alik dari rumahnya di Kuantan ke Kuala Lumpur untuk memenuhi keperluan terapi yang diperlukan Danial setiap minggu. 

Kemudian Zuairiyah memutuskan untuk menghantar Danial memasuki pusat vokasional remaja dan dewasa di Bandar Puteri, Klang yang disediakan Nasom. 

Tetapi untuk melepaskan Danial pergi amat berat untuk dilakukan kerana dia tidak mempercayai sesiapa menjaga anaknya hinggakan Zuairiyah dan Danial perlu menghadiri terapi bagi melengkapkan diri secara mental dan fizikal. 

“Ternyata keputusannya melepaskan Danial adalah sesuatu yang memberangsangkan kerana anaknya lebih gembira berada bersama rakan dan guru yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya. 

“Setiap hujung minggu apabila Danial pulang ke rumah dia terus bertanyakan bila dia akan kembali ke pusat berkenaan. Walaupun sekejap tapi saya tahu Danial amat merindui rakan dan gurunya di sana,” katanya. 

Namun, tidak dapat dinafikan tekanan menjaga anak autisme amat tinggi dan ibu bapa serta ahli keluarga akan merasai ketegangannya secara menyeluruh. 

“Saya turut mengalaminya kerana ada satu tahap di mana saya berasa cukup tertekan dan hampir putus asa tetapi saya bertanya pada diri jika tidak melakukan sesuatu sekarang apa akan jadi padanya sekiranya saya tidak kuatkan semangat. 

“Jangan terlalu fikirkan masa depan yang belum tentu dan mengabaikan masa kini kerana apa yang dilakukan untuk mereka kini lebih penting berbanding cuba mencapai sesuatu yang mustahil yang belum pernah dirasakan,” katanya. 

Namun berlainan pula dengan guru yang perlu sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah kanak-kanak autisme berkenaan, Saffiza Anuar, 30, kerana mungkin ramai beranggapan apabila menjaga anak autisme perkara utama yang akan dirasai adalah tekanan. 

Walaupun, tidak dapat dinafikan pada mulanya dia berasakan susah untuk berhadapan dengan kanak-kanak ini kerana tidak tahu cara untuk menangani mereka tapi baginya, apabila berhadapan dengan perangai kanak-kanak ini ia seperti satu terapi untuk menghilangkan tekanan. 

“Kebanyakan kelakuan serta perangai yang mereka lakukan ada kalanya amat menghiburkan kerana kita sendiri tidak boleh menyangka apa yang akan mereka lakukan kerana tidak seperti kanak-kanak normal lain. 

“Saya cukup terhibur dengan gelagat dan keletah mereka dan tidak pernah sesekali menganggap ia sebagai bebanan,” katanya. 

Bagaimanapun, sekiranya kanak-kanak ini menunjukkan tindakan kurang menyenangkan dan mula bertindak agresif apa yang boleh dilakukan ialah berundur dan jangan bertindak serta melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan lagi ketegangan yang dialami mereka.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Cabaranibudidikanaksulungautisme/Article/#sthash.mFVip6O5.dpuf

Thursday, June 4, 2015

Parenting Advice Tips from Autism Adults

1.  Understand that your children are not you.

“Ethnocentrism is judging another culture solely by the values and standards of one’s own culture.” en.wikipedia.org/wiki/Ethnocentrism
As a parent, if I’m not aware of the values and standards of the autism community, I can expect that my child turn out to be a little carbon copy of me.
It’s like the high school jock who grows up, has an artistic son, and expects that son to be a professional baseball player.
Pushing our children to be who they are not can only result in discouragement and disappointment

2.  Understand their sensory issues.

Aspeger Experts explain this far better than I can, so check out the following video:
Also check out Cynthia Kim’s series of articles about sensory processing.

3.  Be open to the fact that you can learn as much from your child as s/he can learn from you.

If you adopt a humble and open attitude toward your children, you’ll find them returning respect to you.
In my article, “What My Son Has Taught Me About Autism and Parenting”, I share my own journey.
I hope you’ll be open to learning from your child as well.

4.  Be aware of the positive characteristics of the autism spectrum

In her article, 10 Positive Traits of Asperger’s, Seventh writes about AS people being honest, living in the moment, seldom judging others, passionate, not tied to social expectations, having good memories, tending not to be materialistic, having few hidden agendas, and teaching life lessons to neurotypicals.
You can read about more positive autism characteristics here and here.

5.  Believe in their abilities

Study their special interests and their strengths.
Honor their special interests by learning about them.  Let them teach you about them.
As you honor their interests, they will then be open to learning about yours.
Give them opportunities to develop their abilities.  If they’re great at art, enroll them in art classes.  If they are musically talented, enroll them in a music class.
And so on….

6.  Go to work on yourself

It’s not only children who grow. Parents do too. As much as we watch to see what our children do with their lives, they are watching us to see what we do with ours. I can’t tell my children to reach for the sun. All I can do is reach for it, myself. ~Joyce Maynard
As you and I work on personal growth, we become more self aware, and more responsible for our own strengths and weaknesses.  As we grow, we will strive to increase our knowledge about autism and aboutparenting.  And as we become better people and parents, our children will benefit from our efforts.

7.  Affirm your child as a person

Always aim to ‘see’ the person/child first, whilst respectfully acknowledging the additional perspective of our being; being Autism, Aspergers or other differing ability/ies. For we will or do wish for others to see us as an individual and not seen only for our differing ability. —Louise Page

8.  Take responsibility for your child’s development.

For parents the first thing is not the most important, but it is absolutely essential. Parents must accept direct responsibility for their child’s development. It cannot be left to the school system or one hour weekly visits to a therapist.  
Knowledge and understanding must follow, but there is no “start” without this commitment.
-Anonymous

9.  Remember that communication comes in many forms.

As far as basic communication. Being able to relate to anyone including family. Can and usually is difficult for many on the spectrum. If one discovers what ones child enjoys or excels in, or even just does a lot. Then an opportunity for the child to have something to relate to with a parent. For example I studied things for hours looking and staring every angle. One day I was given pencil and paper I knew a drawing was wanted. A relative connection was formed. Communication comes in many forms.  -Anonymous

10.  Control your emotions during a meltdown.

Regarding meltdowns: Before responding (unless there is an immediate safety risk) get your own emotions under control. Instead of demanding explanations and promises that it will never happen again, say something like “I see you broke the lamp. Let’s talk about what happened.”
A calm discussion will help the child understand what happened. Demanding promises only magnifies the shame when the next meltdown occurs. Consequences should be related to the incident, like helping to repair or pay for the damage… not arbitrary like confinement or extra chores.
Learning to take responsibility for one’s actions in a supportive and non-shaming environment is much more beneficial than receiving punishment.
-Anonymous

11.  Set Goals While Being Aware of Boundaries

Push them, but beware of their boundaries. If they are allowed to stay in their comfort zone, they do not grow.
Also, remember the ultimate goal is to nurture a child into a self-sustaining adult. Let them fail, and be aware of it, and call them out when you know they aren’t doing their best, its a hard lesson when they hit the real world without their parents’ goggles.  
-Anonymous