Sunday, May 31, 2015

Cabaran mendidik anak


Sesetengah ibu bapa mungkin mengambil jalan mudah dengan membiarkan sahaja anak remaja berterusan berkelakuan mengikut sesedap hati mereka kerana tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan.
Mungkin juga ada ibu bapa yang mencari jalan untuk berkomunikasi dengan anak melalui pembacaan tetapi apa yang dibaca mungkin tidak sesuai untuk diterapkan.
Kebanyakan buku mengenai keibubapaan adalah dari Barat, justeru cara mereka melihat isu ini mungkin berbeza daripada cara masyarakat tempatan khususnya orang Islam.
Menyedari keperluan ini, Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia atau ringkasnya PPLI mengadakan bengkel sehari mengenai keibubapaan pada 13 Oktober lalu.
"Kita mengandaikan ibu bapa yang ada anak remaja sedang mencari-cari apa formula sebenarnya untuk mendidik anak remaja supaya masalah yang timbul antara mereka sekurang-kurangnya dapat diminimumkan," Pengarah PPLI, Siti Fatimah Abdul Rahman memberitahu Bernama mengenai matlamat bengkel keibubapaan itu.
Ibu bapa sepatutnya mendapat tempat di hati anak dan menjadi model contoh atau idola.
Bagaimanapun, dalam kebanyakan keadaan, ia hanya berlaku ketika anak itu masih kecil.
"Bila mula pandai bercakap, emak bapa dialah segalanya. Emak dialah yang paling cantik. Emak dialah yang paling pandai.
"Apabila anak mula bersekolah, idolanya bertukar kepada guru. Kalau kita cakap tentang sesuatu, dia akan merujuk kepada gurunya. Bagi anak ini, guru dia lebih menyakinkan.
"Masuk usia remaja, anak ini berubah arah. Idolanya ialah rakan sebayanya. Kalau ibu bapa tidak mengambil langkah selanjutnya, anak itu akan kekal begitu. Cakap ibu bapa tak dengar. Cakap guru pun tak diendahkan," kata Siti Fatimah yang mempunyai banyak pengalaman dalam isu wanita dan kekeluargaan sebelum menyertai PPLI.
Beliau menegaskan, keadaan tersebut perlu diubah di mana ibu bapa patut kekal menjadi idola anak serta menjadi rujukan mereka.

Saturday, May 30, 2015

Rawatan Hati Tertutup - Autisma



Tak nak pergi sekolah
Tak nak pergi kerja
Malas nak berfikir
Malas belajar
Pekerti tidak memuaskan
Tidak suka bergaul
Lambat bercakap
Lambat berjalan
Dan macam2 lagi yang dinamakan 'masalah'


CARA MENGATASI - Minum AIR AL KAUTHAR beralkali dan bergelombang, mandi dengan SHOWER POWER dan mengambil rawatan minda dan sikap JERI QUOTIENT keluaran Attitude Therapy

Boleh digunapakai untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak autisma dalam usaha untuk membantu proses pemulihannya.


Ramai yang telah dapat manfaatnya..

Hubungi - alkindi5919@yahoo.com (DUTA Attitude Therapy) atau PM dilaman Rakan Pengguna Attitude Therapy

Umar dah berjalan




Genab setahun dua bulan dan mula berjalan. Umar diberi meminum susu kambing berbeza dari adik beradiknya yang lain yang hanya diberi susu lembu. Ketika itu agak sukar untuk memperolehi susu kambing untuk bayi. Umar juga diberi makan JERI Quatient. Perwatakannya amat berbeza.

Friday, May 29, 2015

Dimana Hak Faqihah?


Menulis atas kapasiti selaku ibubapa....Dengar perkhabaran bahawa sesuatu yang mengecewakan berlaku terdapat Faqihah di sekolahnya. Peristiwa yang sama berulang semasa dia berada di sekolah rendah. 

Buat masa ini biarlah ianya menjadi rahsia. Ingin berbincang dengan pihak pentadbir sekolah tersebut, mengapa tindakan seumpama itu diambil terhadap Faqihah. 

Pihak sekolah tidak memaklumkan sebarang maklumat kepada kami selaku ibubapa atas tindakan yang diambil tersebut. Sedih, pilu...mengenangkan peritiwa tersebut. 

Dimanakah hak Faqihah? 

Amat mengecewakan selagi penjelasan tidak diperolehi dari pihak sekolah. Kecewa tidak dimaklumkan apa-apa kepada kami...atas tindakan yang diambil.

Wednesday, May 27, 2015

Genius tapi Tak Berguna?


Kuala Lumpur: Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United Kingdom selepas didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.
Tertuduh dikenali sebagai Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London didakwa didakwa memiliki 1,156 video dan selebihnya imej pornografi kanak-kanak yang sebahagiannya paling keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.
Nur Nordin yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.
Memetik laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pasukan penyiasat curiga selepas mendapati akaun milik lelaki itu memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.
Apabila polis menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park di London, mereka mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.
Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka menyiasat alat-alat elektronik milik tertuduh.
Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman.
Pegawai penyiasat, Konstabel Sara Keane berkata, Nordin didakwa memiliki dan berkongsi beberapa gambar yang paling melampau yang pernah dilihat oleh polis di negara itu.
"Kes ini amat mengerikan kerana tertuduh bukan saja memiliki gambar itu malah memuatnaik untuk tontonan orang ramai," katanya. - Mirror.co.uk

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/47789#sthash.WDMglto5.d

Monday, May 25, 2015

Guru Kesayangan Faqihah

Sejak 2004 - Teacher Ruby Lee
2009 - Cikgu Rabiatul Adawiah

2010 - Cikgu Faridah

2015 - Cikgu Wani

Saturday, May 23, 2015

Keluarga DiRaja Perak


Like · Comment · 

Thursday, May 21, 2015

Akur anak autisma OKU


Ramai ibubapa tidak dapat menerima kenyataan anak mereka dikategorikan sebagai cacat terutama ibubapa yang mempunyai anak autisma. Walaubagaimanapun mereka terpaksa akur sekiranya anak-anak mereka berada di kelas pendidikan khas walaupun diinklusifkan kerana mereka merupakan pemegang kad OKU. Anak-anak autisma dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kad OKU. Ini termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008. OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka masa panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan keberkesanan mereka dalam masyarakat. Masalah pembelajaran merupakan salah satu daripada kategori OKU.

Faqihah 2015


Tuesday, May 19, 2015

Kak Long terima anugerah

Tahniah! ...Kak Long

Ummi di atas pentas terima anugerah bersama kak long

Nama pak yoep ditulis tak penuh

Sunday, May 17, 2015

Hasil Seni Faqihah Apr 2015




Friday, May 15, 2015

Terima kasih cikgu


Sejak Faqihah masuk ke sekolah menengah, cikgu Wanie Hawariah telah banyak memberi perhatian terhadap Faqihah. Beliau juga merupakan guru kelas Faqihah. Terima kasih cikgu.

Cabaran mendidik anak autisma

Monday, May 11, 2015

Pusat Tuisyen - Siapa perlu dipersalahkan


Kadang-kadang geram juga tengok pelajar tuition dengan pak yoep. Dah belajar kat sekolah tapi bila tanya satu benda pun tak tahu. Terpaksa ajar satu persatu. Itu bukan peranan pusat tuition. Pusat tuition fokus kepada latih-tubi sahaja. Jika ajar satu persatu seolah-olah pihak sekolah tidak memainkan peranan bagi memastikan pelajar menguasai pengajaran dan pembelajaran. Masalahnya, pelajarnya okey. Bila ajar mampu faham. Siapa yang perlu dipersalahkan? Tidak perlu pusat tuition sekiranya pihak sekolah memainkan peranan mereka walaupun tidak semua sebegitu. Sedih rasanya. Ini merupakan satu faktor yang menyebabkan pak yoep ingin melibatkan diri dalam bidang ini. Membantu mereka yang memerlukan.

Saturday, May 9, 2015

Johan Choral Speaking peringkat Negeri

Kak Long berjaya menjadi johan coral speaking peringkat negeri Perak
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kak Long berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan Choral Speaking peringkat negeri Perak mewakili daerah Kinta Utara yang diadakan di Bidor Perak. Kak Long akan mewakili negeri Perak dalam pertandingan Coral Speaking peringkat Kebangsaan. yang bakal diadakan pada bulan september di Johor.

Thursday, May 7, 2015

Buat ibubapa/penjaga anak istimewa



TUMPANG CURAHAN RASA..
Buat ibubapa/penjaga anak-anak istimewa
.......sama seperti pak yoep
.......petikan daripada rakan FB kita
Jagailah anak istimewa yang kita punya..
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab turunnya Rahmat dan kasih sayang Allah..
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk dipermudahkan urusan kita di Akhirat.
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk dipermudahkan segala urusan rezeki kita di dunia..
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk kita menggapai ketenangan dan kebahagiaan hidup.
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab menjadi beratnya timbangan pahala kita di Padang Mahsyar..
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk kita meraih Syurga..
Kerana, segala amalan kita selama ini belum tentu melayakkan kita untuk memasuki Jannah melainkan semuanya adalah semata-mata atas rahmat dan kasih sayang Allah...
Mungkin kerana keikhlasan serta ketulusan kita menjaga Amanah (anak Istimewa) dari Allah ini dapat meletakkan diri kita menjadi sebahagian dari hamba2 yang diredhaiNya..
Mendapat Rahmat dan Kasih SayangNya.
Amanah Allah untuk kita semua
......yang ada anak-anak istimewa

Wednesday, May 6, 2015

Pertabalan Sultan Perak ke-35

Daulat Tuanku!......6 Mei 2015

Tuesday, May 5, 2015

Anak Istimewa


Jagailah anak istimewa yang kita punya..

Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab turunnya Rahmat dan kasih sayang Allah..
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk dipermudahkan urusan kita di Akhirat.
Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk dipermudahkan segala urusan rezeki kita di dunia..


Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk kita menggapai ketenangan dan kebahagiaan hidup.


Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab menjadi beratnya timbangan pahala kita di Padang Mahsyar..


Mana tahu hadirnya dia di sisi menjadi asbab untuk kita meraih Syurga..


Kerana, segala amalan kita selama ini belum tentu melayakkan kita untuk memasuki Jannah melainkan semuanya adalah semata-mata atas rahmat dan kasih sayang Allah...


Mungkin kerana keikhlasan serta ketulusan kita menjaga Amanah (anak Istimewa) dari Allah ini dapat meletakkan diri kita menjadi sebahagian dari hamba2 yang diredhaiNya..


Mendapat Rahmat dan Kasih SayangNya.


Sumber - FB

Sunday, May 3, 2015

Hak anak autisma dilucutkan


Kes 1

Bismillahhirahmannirrahim. Saya sebenarnya berasa amat marah bila membaca status XXXX . Saya mula terfikir adakah pihak sekolah mempunyai hak untuk TIDAK MEMBENARKAN SEORANG ANAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN. Tambah marah lagi bila sekolah ini ialah sekolah agama. Bagaimana pula guru-guru yang dilabelkan sebagai Ustaz & Ustazah yang saya rasa pastinya mempunyai ilmu agama yang lebih tinggi daripada orang-orang biasa tidak sanggup menerima murid yang istimewa. Dimana hilangnya jiwa nak mendidik seorang anak menjadi muslim? Memang ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini. Saya yakin kes XXXX ini bukan kes yang pertama, dari komen-komen yang saya baca ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Pandangan saya selagi anak XXXX berada dalam keadaan tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain maka mereka sepatutnya menerimanya sebagai pelajar. So What kalau dia tidak boleh duduk diam, atau selalu merayau maka bukankah tugas ustaz & ustazah untuk mendidik anak-anak yang lain yang normal tu supaya faham dan menghormati mereka yang kelainan upaya? Bukan Islam itu mengajar kita berkasih sayang? Bukankah Islam juga mengajar kita supaya menerima semua ini adalah ciptaan Allah dan setiap makhluk Allah adalah sebaik-baik ciptaan? Maaf agak beremosi kali ini tetapi kalau beginilah mentaliti ustaz & ustazah maka memang ada sesuatu yang tidak kena kerana ramai umat yang berilmu tapi kurang mengamal ilmunya May Allah grant them understanding, Wallahualam.

Kes 2

Sahabat2...saya baru balik dari berjumpa dgn cikgu2 sek agama muaz. Mrk terus terang tak sanggup nak ajar muaz lg dgn pelbagai alasan. Saya dan suami terdiam, merasa kesedihan dn kekecewaan yg dalam. Kami redha dgn ujian ini. Kami terpaksa berhentikan muaz dari sek agama tu. Hingga skg kami buntu utk memberitau muaz yg dia kami dah berhentikan sek. Tak sanggup nk lihat dia menangis merayu jgn berhentikn dia dari sek. Kami bertekad utk homeschool dia. Doakan kami ye sahabat2. Doakan kami kuat menghadapi ujian ini.

Saturday, May 2, 2015

Result Ujian 1 - Kak Long 2015


Tahniah! Kak Long. Berjaya meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan bagi tahun 2015. Berjaya menyahut cabaran abah agar kak long dapat menempatkan diri dalam kedudukan 30 pelajar terbaik dalam tingkatan 3 di SMK Convent Ipoh.

Pencapaian terbaik kak long sebelum ini ialah semasa tingkatan 1 iaitu tempat ke 37. Jatuh mendadak semasa di tingkatan 2 sehingga menduduki tempat ke 75. Dan pernah menduduki tempat ke 105.

Kak Long bakal menduduki PT3 pada tahun ini. Doakan agar kak long berjaya memperolehi keputusan terbaik. In Shaa Allah...straigh A. Ameen.

Friday, May 1, 2015

Kejohanan Olahraga Daerah Kinta Selatan

Menyertai hanya 7 acara

Peserta terbaik sekolah pak yoep 1 Perak, 2 Gangsa - Hafiz

Athirah Perak dlm acara Sindrom Down Terbuka