Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang menjaga makan minum
anak-anak, suami dan sebagainya. Lagi sukar apabila seorang ibu itu yang
bekerjaya. Tetapi tabik harus diberikan kepada ibu-ibu yang menjaga
anak kurang upaya contohnya penyakit autism. Bagi yang tidak tahu
penyakit autism merupakan kecacatan perkembangan tegal atau dalam Bahasa
Inggeris pervasive development disorder iaitu yang melibatkan fungsi
otak.
Walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial,
dan komunikasi emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat,
aktiviti dan perangai. Autism juga melibatkan masalah dengan integrasi
deria. Biasanya autism kelihatan pada usia awal tiga tahun. Namun kes
sebegini membabitkan dalam 2 hingga 5 kes setiap 1000 orang.
Pelakon Zarina Zainuddin salah seorang yang mempunyai anak autism iaitu
Muhammad Razil Azrai. Razil mempunyai kembar iaitu Muhammad Raizal
Azrai. Selain dari itu Zarina juga mempunyai dua anak lelaki Muhammad
Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai. Walaupun Razil bukan seperti anak
lelaki yang lain, tetapi Zarina tidak membezakan anak-anaknya itu.
Tersentuh hati apabila melihat instagram Zarina disaat memeluk Razil.
“Adam yang ambik video ni ..nak tenangkan abang kena pelok2 dia
baru dia rasa selamat dan disayangi ♡ #azil#autism #twins #mylove”
“Pagi ni abang kena ambik ubat sebab takut dia cederakan dirinya
sendiri..@azal_azrai sebagai adik tak boleh tengok abang dia sedih atau
mengamok dia pun turut terasa..seboleh mungkin dia akan pastikan
abangnya dalam keadaan selesa ..#autism #twins#mylove #azil #azal”
Sumber - http://sinar.fm
Alhamdulillah, satu tulisan blog yang menerangkan tentang autism.
ReplyDeletesemoga lebih ramai yang menyedari keistimewaan kanak-kanak ini.
.
mari kita dengar apa kata ustaz Ebit Lew tentang ini pula di
'Konvensyen Tarbiyyatul Aulad', bertempat di Dewan Eksperimental, UIA, GOMBAK,
pada 30 APRIL 2016.
.
Konvensyen ini diadakan kerana berdasarkan pengalaman kami sendiri, kami mendapati ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa anak mereka mempunyai masalah ini, termasuklah sebahagian para pendidik di luar sana.
.
Untuk anak-anak begini, mereka perlukan kaedah pendidikan yang khas, yang sesuai dengan kemampuan mereka.
contohnya Autisme, mereka ada masalah dengan percakapan dan suka berada di dunia sendiri, NAMUN,
mengikut fakta, kanak-kanak Autisme mempunyai kreativiti yang sangat tinggi malah Albert Einstein dan Mozart sendiri adalah autisme.
.
Hanya kaedah pengajaran yang sesuai sahaja dengan mereka yang dapat menyerlahkan lagi bakat terpendam mereka ini.
.
Mari sertai kami, meriahkan lagi 'Konvensyen Tarbiyyatul Aulad'.
Harga promosi bagi yang awal.
Hubungi kami (sambungan - Nizam) dan daftar sekarang juga.
.
Maklumat lanjut :-
https://goo.gl/DhdCZy