Thursday, March 10, 2011

Cadangan ahli KAA mengenai Faqihah

Berkaitan post kaa pasal kebolehn n minat Faqihah membaca serta keupayannnya yg extra dr kebanyakn budak autsme yg lain(high fuctioning). Jika sy jadi parent dia, sy akan masukkn dia ke dalam aliran perdana dr awal(sy dpt syor dan ransangan ini dari dr Zasmani(paeds HUKM) dn Pn Azlina roszy(child psicologist) supaya dia lebih mudah dinormlkn dan potensinya dapat dikembngkn semaksimum mugkin. Mereka x galakkn anak sy ke PK. Seorg kawan sy yg anaknya juga buat follow up dgn Pn Azlina Roszy turut mengmbil lgkh yg sama, anaknya lelaki, mild autism(satu sekolh dgn anak sy..12thn), lmbat bertutur, masuk drj 1 x pndai pegang pensil(motor halus x blm mahir), tapi minat membaca buku cerita..suka baca harry potter series dll. Maknya hntar ke sekolh anak sy gn harapn sekurg2nya dia belajar mnjadi muslim yg baik..tapi yang anaknya dapat kini lebih dari jangkaan ibunya..menguasai banyak subjek--dpt A atau skrg2 B, kdg2 C..pandai buat essay sbb rajin baca idea banyak dan aktif dlm semua program sekolah. Dah normal 80% dari pelbagai segi...bertutur, bergaul dsb. Sy yakin Faqihah jika diberi peluang boleh pg lebih jauh dan keluar dr kepompong 'autism'.sory s post d sini supaya tidak berlaku misinterpretation dr ahli kaa yg lain n syg jika dia dibiarkn berada d pk.

Kanak-kanak Autistik Yang Dapat 5A UPSR

by KELAB ANAK AUTISME on Friday, March 11, 2011 at 5:41am

Pelajar istimewa pertama dapat 5A KUALA TERENGGANU: Penyakit autisme yang dihidapinya sejak berusia tiga tahun tidak sedikitpun menjadi halangan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran, di sini, Muhammad Danial Zainuddin, 13, untuk memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Malah, lebih menggembirakan ibu bapa kanak-kanak istimewa ini, selain Muhammad Danial yang menjadi murid istimewa pertama di negeri ini memperoleh kejayaan cemerlang dalam UPSR, adiknya, Nurul Diana, 12, yang juga belajar di sekolah sama turut meraih 5A dalam keputusan UPSR tahun ini.

Ibu dua murid cemerlang ini, Rozna Md Ikram, 43, berkata walaupun dilahirkan tidak sempurna seperti kanak-kanak seusia lain, Muhammad Danial memang istimewa kerana mempunyai sikap suka bersaing dan sentiasa mahu mendahului orang lain, terutama adiknya khususnya dalam bidang pelajaran.

"Muhammad Danial disahkan menghidap autisme sejak berusia tiga tahun selepas membuat pemeriksaan di Jabatan Psikiatrik Kuala Terengganu dan hanya mula pandai bercakap sejak usianya tujuh tahun. Sejak disahkan menghidap penyakit itu, saya berhenti kerja untuk memberi sepenuh tumpuan kepadanya.

"Sebelum ini dia belajar di kelas khas di Sekolah Semangat Maju di Taiping, Perak. Tetapi sejak darjah tiga dia mula memasuki kelas di sekolah aliran perdana selepas perkembangannya semakin baik dan sesuai untuk bercampur dengan murid normal lain. Dia memang rajin belajar dan suka bersaing serta tidak suka melihat orang lebih daripadanya.

"Di rumah, dia jenis yang suka menyendiri dan suka membaca. Jika diberikan buku kepadanya sebelum tidur, dia tidak akan tidur selagi tidak habis membaca. Mungkin sikapnya yang sentiasa taksub terhadap sesuatu perkara membolehkan dia meraih kejayaan ini walaupun ada kekurangan dalam dirinya," katanya ketika ditemui selepas menemani dua anaknya mengambil keputusan UPSR di SK Padang Hiliran di sini, semalam.

Sementara itu, Guru Besar SK Padang Hiliran, Md Sidek Besar berkata, Muhammad Danial bukan saja menunjukkan prestasi akademik cemerlang sejak darjah empat dan menjadi antara pelajar terbaik di kelas, malah dilantik menjadi pengawas sekolah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So kepada ibu bapa yang mempunyai kanak kanak autistik, janganlah tinggalkan mereka atau abaikan kehidupan mereka.. Kalau dididik dengan betul, insyaALLAH mereka juga akan berjaya. Yang penting kita harus berusaha untuk bersama sama dengan mereka membawa keluar dari alam permainan mereka ke alam hidup yang sebenar. wallahualam.

Wednesday, March 9, 2011

Faqihah Sep 2010

Thursday, March 3, 2011

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, March 1, 2011

Kisah 1 Mac 2011

Tghari tadi...Guru kelas Faqihah memaklumkan bahawa Faqihah bersama seorang lagi murid sedang dilatih untuk menduduki peperiksaan UPSR untuk masa akan dtg... Guru2 tertentu telah dipertanggungjawapkan melatih Faqihah dlm semua mata pelajaran yg terlibat. Sejak akhir2 ini...banyak kerja rumah yg perlu disiapkannya di rumah...bersyukur kehadrat Allah. Senarai ahli KAA yang menyatakan sokongan.


Kak Long pertama kali menghadiri tuisyen...setelah berumur 11 tahun (Tahun 5).. di Pusat Tuisyen Naluri untuk 4 subjek.

Monday, February 28, 2011

Peniaga OKU ditindas



Cha Seah Nee (duduk, dua dari kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan salinan laporan polis mengenai kekasaran yang dilakukan oleh kakitangan MBPJ di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 24 Feb. - Usaha golongan orang kurang upaya (OKU) untuk hidup berdikari dan mencari pendapatan sendiri ternyata tidak semudah yang dijangka.

Malah, mereka turut menjadi mangsa penindasan pihak-pihak tertentu walaupun perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga OKU apabila tapak gerai yang telah diperuntukkan kepadanya sebelum ini cuba ditukar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lebih menyedihkan, pihak berkuasa tempatan itu didakwa turut mengugut dan mengasarinya dalam usaha memaksa peniaga itu dan beberapa peniaga kecil lain berpindah dari gerai yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.

Insiden di pasar Taman Megah di sini itu didakwa berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Peniaga OKU, Cha Seah Nee, 39, berkata, dia tidak menyangka kakitangan MBPJ sanggup bertindak begitu kasar terhadap OKU sepertinya.

"Saya bukan peniaga haram. Saya ada lesen dan telah diberikan tapak gerai untuk saya, sesuai dengan keupayaan saya sebagai OKU," katanya yang berkerusi roda kerana lumpuh kedua-dua belah kaki.

Seah Nee ditemui pemberita selepas bersama empat peniaga lain membuat laporan di Balai Polis Sea Park hari ini berhubung tindakan kasar serta ugutan oleh pihak MBPJ itu.

Mereka membuat laporan dengan bantuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC).

Kekecewaan sama turut dialami oleh Daisy Rani, 48, yang menjual bunga di kawasan itu.

Menurutnya, dia telah diberi lesen untuk berniaga di salah satu tapak bahagian hadapan di pasar berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

"Tapi beberapa minggu lalu, pihak MBPJ tiba-tiba meminta dan mendesak kami mengosongkan tapak berkenaan dan berpindah ke bahagian belakang yang lebih jauh," katanya kesal.

Tindakan itu bukan sahaja menyukarkan kami tetapi juga akan merugikan.

"Kami tidak setuju kerana ia jauh dan menyukarkan kami untuk memunggah barang jualan," katanya.

Sementara itu, Presiden ILTC, G. Francis Siva ketika ditemui berkata, MBPJ bukan sahaja telah mendiskriminasikan golongan OKU malah menyekat peluang mereka untuk hidup berdikari.

Katanya, baru-baru ini, satu memorandum telah diserahkan kepada Ahli Majlis MBPJ, T. Anthony Siva Balan bagi membawa perkara itu kepada Datuk Bandar Petaling Jaya.

Siva Balan yang menyifatkan tindakan itu sebagai kejam meminta Datuk Bandar menyiasat perkara itu bagi mencari punca tindakan tersebut diambil oleh MBPJ.

Peniaga OKU ditindas

Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN


Special Olympics peringkat Kebangsaan 2010































































Dilantik sebagai Jurulatih Olahraga Kontigen Perak.
Pencapaian pasukan olahraga yang disertai 8 peserta berjaya memperolehi 6 Emas 2 Perak dan 3 Gangsa.
Perak berjaya menjadi Johan keseluruhan.