Friday, November 4, 2016

Anak Autismeku diambang 16 tahun


Hanya beberapa hari sahaja lagi, Faqihah akan menyambut hari jadinya yang ke-15 pada 17 Nov 2016. Dah beria-ria nak menyambut hari lahirnya. Kelendar yang masih belum bertukar ke bulan November dah ditukarnya.

Bakal genab 15 tahun juga kami mendidik Faqihah. Bermula daripada tahap yang paling mencabar kepada tahap yang telah memberikan banyak kemudahan kepada kami sekeluarga. Dipendekkan cerita bukan mudah untuk mendidik anak seperti Faqihah.

Tahap mencabar disebabkan Faqihah mengalami autisma dan hiperaktif dizaman kecilnya. Kisahnya boleh dirujuk dengan membaca post-post sebelum ini. 

Tahap sekarang banyak memberi kemudahan kepada kami sekeluarga kerana Faqihah banyak membantu membuat kerja-kerja rumah diantaranya seperti 

1. Mengumpul dan memasukkan kain dalam misen basuh.
2. Mengeluarkan kain daripada misen basuh.
3. Menjemur kain.
4. Mengangkat kain di jemuran.
5. Menanggalkan hangger.
6. Melipat kainnya sendiri dan adik-adiknya. (Kain kecil sahaja).
7. Membasuh pinggan mangkuk.
8. Mengemas dapur.
9. Memasukkan air dalam botol ke dalam peti sejuk.
10. Mengemas bilik sendiri (Sentiasa kemas).
11. Melayan adik bongsunya.
12. Memasak nasi dan air.

Disamping itu, Faqihah merupakan seorang yang secara konsisten menunaikan solat 5 waktu. Patuh kepada setiap arahan yang diberikan seperti tempoh masa penggunaan komputer/internet yang amat diminatinya. Jika kami bagitahu jangan guna dalam tempoh-tempoh tertentu, Faqihah akan akur. Yang pasti tiada penggunaan komputer/internet bermula Isnin hingga Jumaat. Aktivitinya dipenuhi dengan menulis dan melukis disamping membuat kerja-kerja rumah dan menonton TV.

Faqihah juga boleh bertolak-ansur dalam apa jua perkara. Tidak bergaduh dengan adik-beradiknya yang lain.

Rasa beruntung pulak mempunyai anak-anak istimewa seperti Faqihah. Walaupun tidak berpeluang untuk belajar di arus perdana tetapi banyak membantu membuat kerja-kerja rumah. Tambahan pula umminya amat sibuk setiap hari. Selalu balik lewat daripada pejabat. Bila umminya balik, banyak kerja-kerja rumah dah beres dilaksanakan oleh Faqihah dibantu sekali-sekali oleh kakaknya yang sibuk dengan mengulangkaji mata pelajaran. Cabaran kakaknya berada dialiran sains di SMK Convent.

Yang amat mengharukan kami ialah setiap kerja rumah yang dilakukan kini TANPA perlu kami suruh. Fqihah melakukannya dengan rela hati. Dah menjadi rutinnya setiap hari. Alhamdulillah. Syukur kami kepada Mu yang Esa.

Perancangan kami selepas Faqihah tamat persekolahan ialah menghantar Faqihah menghadiri kursus kemahiran masakan/jahitan dan kelas lukisan yang diminatinya.


Doakan agar Faqihah terus suksess untuk hari-hari mendatang.




Thursday, November 3, 2016

Bengkel e-Usahawan WhatsApp

Ulangkaji.

#copywriting - penting segmen dimaklumkan awal-awal. Bakal pembeli dapat rasa produk yang dipromosikan seperti bunyi, saiz dll. Perlu unik daripada yang lain.
#target market dan CTA diperlukan.
#kelemahan produk jangan diberitahu.

Mendalami WhatsApp

Asas komunikasi

Kenali pelangan
-mengenali latarbelakang potensi pembeli

Discriptive selling
-cerita mengenai produk untuk tarik minat

Suggestive selling
-cadangan ketika mengenal produk

Proses komunikasi melalui wasap

Bina rapport
Hit Button
Pujuk
Beri info
Bedasarkan akaun

Pengurusan Database

Engagement
Kategorikan Database
-prospek
-promise to purscharge
-pelangan
-status/tarikh/ID

#dilarang memberi AYAT MATI 'katadua' kepada bakal pembeli.
#dicadangkan bertanya masalah bakal pembeli.





Tuesday, November 1, 2016

Bengkel e-Usahawan WhatsApp

Ulangkaji.

#copywriting - penting segmen dimaklumkan awal-awal. Bakal pembeli dapat rasa produk yang dipromosikan seperti bunyi, saiz dll. Perlu unik daripada yang lain.
#target market dan CTA diperlukan.
#kelemahan produk jangan diberitahu.

Mendalami WhatsApp

Asas komunikasi

Kenali pelangan
-mengenali latarbelakang potensi pembeli

Discriptive selling
-cerita mengenai produk untuk tarik minat

Suggestive selling
-cadangan ketika mengenal produk

Proses komunikasi melalui wasap

Bina rapport
Hit Button
Pujuk
Beri info
Bedasarkan akaun

Pengurusan Database

Engagement
Kategorikan Database
-prospek
-promise to purscharge
-pelangan
-status/tarikh/ID





Sunday, October 30, 2016

Anugerah Program NILAM buat Faqihah


Alhamdulillah. Buat julung kalinya.

Faqihah telah dianugerahkan sijil Program NILAM pengiktirafan EMAS dalam program jamuan akhir tahun yang dianjurkan oleh pihak sekolah hari ini. 

Faqihah memang minat membaca, menulis dan melukis. 

Terima kasih cikgu-cikgu yang telah membimbing Faqihah sejak kecil bermula daripada Teacher Ruby, Brighter Future, cikgu-cikgu sksk, sksm, smksi..... 

Terima kasih cikgu.






‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Tahap JAUHARI 
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
NILAM

Cara nak BISNES berjaya

ADA 3 PERKARA YG WAJIB ANDA LALUI UTK BERJAYA DLM BISNES NETWORKING...
1- Bermula/daftar
2- Belajar/duplikasi
3- Mengajar/membina network..

Ramai boleh buat no 1...tapi tidak ramai boleh buat no2....sebab ramai yg mahu terus buat no3...
Ingat!! Dlm bisnes networking....ketepikan pangkat.....status....dan profile anda........ sebab kalau nak berjaya, anda perlu belajar seperti budak tadika.... meskipun anda seorang pensyarah.
"Biar slow jangan stop"

Mungkin ini boleh bantu anda nanti. Peringatan buat diri sendiri dan kwn2.
10 sebab yg MEMBAWA ANDA utk berjaya!

1. Mesti tulis 10 MATLAMAT
2. Mesti baca matlamat anda ! Baca hari2 n tampal matlamat anda.
3. Komited utk belajar/coaching
4. Filter/tapis - remove org negative.
5. Bakar keinginan anda.
6. Berada di suasana yg menyokong kejayaan anda.
7. Tingkatkan tenaga anda ! Jaga kesihatan...
8. Nk buat sesuatu.. Buat SEKARANG! Jgn tunggu2 !!!
9. Don't care attitude ! Bila kita ada ILMU kita focus.. Jgn layan apa org kata!!!
10. Rempuh CABARAN !

KUNCI KEJAYAAN

1. NAK
Bila hati NAK pasti boleh... Bila xnk cari ALASAN ! Bila kita NAK kita pasti FOKUS!
2. MENTALITI
Mentaliti tercabar jika adanya cabaran ! Baru jatuh sikit mula dah mengalah.... Mentaliti kena kuat! Anggap Itu smua COBAAN dan Ujian...
3. FOKUS
R.A.S...Reticular , Activating & System
Set apa yg kita NAK bukan apa yg kita XNAK!
4. MATLAMAT yg jelas... Setkan apa yg anda nak dlm matlamat anda...
5. MENTOR utk guide kita.. Tanpa Mentor anda xbleh pergi jauh
6. MESTI ! Tukar kata2 NAK kepada MESTI ! Sbb apa kata2 yg baik, Allah dgr...
7. STRATEGY - belajar utk bina strategy yg cemerlang dr org yg bjaya.. Jgn try n error byk kali...
8. EMOSI... U need of challenges! Jadi kan semua kutukan sbg PEMBAKAR diri !!
9. BERANI - MESTI ada Impian yg jelas/besar
10. ILMU.., tanpa ILMU anda xkan berjaya !

PATUT KE KITA BERHENTI KERJA ??

>Keje tetap jgn abaikn. xkira byk mana untung income sampingan anda..
>Gaji sekarang gunakan utk perbelanjaan bulanan..
>Keuntungan simpan utk kegunaan masa akan dtg. Kita xtau apa jd masa akan dtg..
Apa yg kita pikir, apa yg kita rasa, apa yg kita kata, apa yg kita usaha... Itu smua DOA...
> Kita nk DUIT n ada MASA...
> Klau kita ada DUIT yg byk bleh menyelesaikan byk perkara.. Hati tenang...
> Nk ubah hidup kena cari org yg lebih BERJAYA!!
> Matlamat kena ada progress ! Set target !
> sentiasa ada peningkatan.. Step by step..
> Penghalang utk mencapai KEJAYAAN adalah DIRI SENDIRI !
> Belajar jaga SOLAT ! Allah jaga REZEKI kita

Apa yg kita dpt JOM KONGSI.. Jgn SIMPAN ILMU tuuu... Ilmu berkat bila DIKONGSI !!!

Bengkel e-usahawan Copywriting 2

USP dalam bentuk ayat.

Untuk: Segmen yang ditujukan
Kenapa: Menerangkan kenapa segmen memerlukan
Produk/servis: Penekanan jenama tersebut
Pernyataan: Menerangkan feadah produk/servis
Perbandingan:  Kenyataan yang membandingkan jenama anda dengan pesaing

Contoh:

#Ibu-ibu yang sibuk berkerja dan tiada masa menjaga kesihatan kulit anda.
#Kini kami ada sebuah krim yang anda perrlu gunakan sekali sehari sahaja untuk mengembalikan seri dan keteganggan kepada kulit anda
#Memperkenalkan produk...
#Yang akan mengembalikan kulit yang gebu dan tegang dan menghilangkan kedur=kedu  yang tidak diingini.
#Berbanding dengan produk kulit yang lain, seri ratu telah melalui ujian KKM dan disahkan 100% organik

#USP unit selling point

#perlukan wujud rasa supaya timbul minat untuk membeli.

Friday, October 28, 2016

Pak Yoep ke Royal Belum