Wednesday, October 26, 2016

Bengkel e-Usahawan Copywritting 1

Kembali lagi ke RTC Gopeng untuk meninba ilmu keusahawanan dalam Karnival Youcandu-it. Hadir kali ke-3 dalam program keusahawanan.

Selesai daftar kedai di Avana atas nama Attitude Therapy - Autisme.

Pengisian hari ini. disampaikan oleh - Dr  Aidi- Ahmi

Panduan Copywriting, wasap, instagram

Copywriting

- seni penulisan
- menampakkan sesuatu itu exclusive
- 2nd Hand kepada Retro Chick (nama baru produk)
- struktur copywritiing: headline, offer, cta call for action

- elemen copywriting
#headline
#offer
#alasan
#bonus
#testimoni
#waranti
#cfa

Contoh headline
#sedarkahkan kita kepada 5 simpton penyakit diabetis

Offer
#apa yang ditawarkan
-capai impian pelangan
-menyelesai masalah pelangan
#jgn samapai mereka berfikir
-siapa peduli
-so what
-apa untuk bagi saya

Alasan
#7 alasan kepana anda harus beli...

Bonus
#relevan
#berkualiti
#ada harga

Testimoni
#semakin spesifek
#tunjuk dlm bentuk angka
#jangan guna angka genap
#jangan tunjukkan semuanya
#tunjuk screenshot

Jaminan
#mengunci risiko
#mengunci rasa kekecewaan
#alasan untuk terus berurusan

USP dalm bentuk ayat
#untuk
#kenapa
#produk
#penyataan
#perbandingan

Call to action


Struktur copywriting
#headline (connection)
#offer /usp
#cta (urgent)

Monday, October 24, 2016

Bengkel e-Usahawan Avana


Auto PM di FB Page
Pendaftaran Avana

#Pertandingan - Pemenang untuk 1000 peserta dianjurkan MDEC.


Mulakan kedai Facebook PERCUMA anda


Keperluan untuk pertandingan
#register
#kedai online
#publish di FB
#gambar produk di awana

#Lebih profesional

Saturday, October 22, 2016

Bengkel e-Usahawan FB Pages 1


Tarikh 22 Okt 2016 RTC Gopeng

Oleh - En Kamal, Digital Marketing

Keadah  posting FB

1. Treaser - Step by Step produk dikeluarkan
2. Soft Sell - Menjual tapi tak nampak menjual
3. Hard - jelas menjual

#cadangan harga dimaklumkan dalam post.
#harga tidak mempengaruhi pembelian, yang penting layanan pembekal.

FB Ads - on the spot
Ceate Ads
Ads Manager - setting Ads
Boost your post
Page post Engagement - campaign
Advert Set (sasaran target)
- setkan lokasi2
- setkan umur dan jantina
- bahasa
- job title (penting)
#kecilkan screen jk tak dapat teruskan (gambar spanar)
- Budget - daily @ setting budget

#wajib patuhi syarat FB - gambar/tulisan, tulisan SENSITIF, porno dll

Cara bayaran
- kredit kad, debit kad, online banking-perbankan internet (salah satu shj) atau bigkad airasia

ESOK akan belajar copywritting


#Nota pengisian  bengkel akan dipostkan sehingga pertengahan November 2016. Moga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.

Thursday, October 6, 2016

Melatih anak bercakap melalui mainan

Kongsi ilmu berkaitan dengan terapi pertuturan.
Bagi kanak-kanak 2-3 tahun, permainan pastilah yang paling utama dalam aktiviti harian.
Bagaimana ibubapa boleh gunakan mainan untuk melatih anak bercakap?

1) Pilih mainan yang tepat.

Pilih mainan yang memberi kesan menarik untuk kanak-kanak, tapi sebenarnya sukar untuk dilakukan.

Ini menyebabkan mereka terpaksa minta tolong ibunya buatkan.

Maka, akan terhasillah ayat
– “mama, buat ni”
– “nak lagi”
– “nak pakai jam”
– “camana ni”
– “tak leh pun”
– “mama buka la”
– “mama la buat”
– “nak mama buatkan”
– “nak bagi dia jalan @ pusing @ ada lampu”
– “ketat la, tak leh pusing pun.”

2) Buang bateri.
Ada beberapa jenis mainan yang mempunyai bateri. Apabila kita switch on,maka mainan tu pun gerak sendiri, berbunyi sendiri. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak berdikari. Dia hanya buat benda mudah iaitu – tengok dan dengar saja. Kalau tiada bateri, maka dia kena buat.

Contoh permainan begini ialah keretapi. Jika tiada bateri, maka dia menggunakan imaginasinya dan pergerakkan tangannya untuk menggerakkan keretapi itu ke mana saja yang dikehendakinya. Sebagai ibu bapa, kita mestilah ambil giliran semasa bermain dengan anak. Maka terhasillah respon begini:

– “Ilman pulak”
– “Keretapi ni Ilman punya”
– “Lalu kat atas sini”
– “Langgar lembu ni”
– “Masuk bawah jambatan”
– “Pusing”
– “Pusing lagi”
– “Ayam naik, lembu naik, itik naik”
– “1,2,3, jalan….”

Pernah nampak mainan penguin turun slide kat kedai mainan? Kalau ada bateri, maka anak akan tengok sajalah. Cuba kalau buang bateri. Ibu bapa pula mestilah bijak merangsang percakapan anak. Jangan ibu bapa pun tahu tengok saja.

Pantang larang:

– TV mestilah ditutup semasa aktiviti bermain. TV bukan saja mengganggu tumpuan anak, malah TV mengganggu tumpuan ibu bapa terhadap anak mereka sendiri.
– ayat soal. “ni apa?” “dia buat apa?” “ni warna apa?” “ni bentuk apa?”. Sila rujuk artikel saya berkenaan ‘Banyakkan ayat penyata’.

Selamat mencuba.

Sumber:
Ruby Speech Therapy


Sunday, October 2, 2016

Cara galak anak bertutur

Prinsip Umum Untuk Menggalakkan Pemahaman Bahasa Pada Kanak-Kanak

Gunakan minat atau perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk berkomunikasi. Bersikap positif apabila kanak-kanak menjawab.

I. Bercakap dan mendengar

a. Semasa bermain: cuba kembangkan kosa kata yang dituturkan kanak-kanak tersebut. Misalnya, jika kanak-kanak member susu pada anak patung dan berkata "mum-mum" anda boleh berkata "Bayi minum susu".
Cuba huraikan atau bercerita semasa bermain. Misalnya:  semasa kanak-kanak membuka dan menutup pintu,  anda boleh berkata “buka/tutup". Tunggu seketika untuk menggalakkan kanak-kanak tersebut mengatakan sesuatu.

b. Aktiviti harian – beri peluang pada kanak-kanak untuk meminta sesuatu, dan namakan objek-objek harian seperti cawan atau sudu. Berikan huraian , contohnya "Saya melihat buah yang bulat dan merah" dan minta anak tersebut namakan ia.
Terangkan aktiviti harian "menyikat rambut", "memakai kasut". Ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan pemahaman.

c. Tunggu giliran semasa bercakap: contohnya tunggu kanak-kanak menjawab selepas di soal.

II.Permainan melibatkan perkataan dan menyanyi

a. Permainan perkataan berirama – “ Perkataan mana bunyinya berirama sama dengan bola?"

b. Menyanyi berserta aksi tindakan - contohnya  "Ini kepala dan bahu,  ini pula lutut dan jari kaki" atau “Bila anda gembira tepuk tangan”

III.Gunakan isyarat serta gerak-geri dan galakkan kanak-kanak tersebut.

IV. Buku – Minta kanak-kanak tunjukkan dan namakan atau terangkan perkara-perkara dalam gambar. Berinteraksi sambil membaca. Biarkan kanak-kanak menceritakan sebahagian cerita tersebut walaupun ia tidak betul/tepat.

V.  Bagi kanak-kanak yang mampu menamakan dan menggunakan perkataan untuk menerangkan objek, guna dan terangkan (contohnya semasa bermain atau semasa aktiviti harian) – fungsi kata-kerja: berlari, duduk, menendang; adjektif: panas, tinggi, besar; serta preposisi:  atas, bawah, di bawah dan warna.

Kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal adalah penting untuk menyokong seseorang anak yang mempunyai masalah pertuturan dan kefahaman. Kesedaran antara ibu bapa, penjaga dan guru adalah penting untuk memastikan tindakan yang sewajarnya diambil.
Dr. Raja Juanita Raja Lope
PakarPerundingPerkembangan Kanak-Kanak
Hospital Pantai Kuala Lumpur

Mendaki Bukit Kledang


Kali ke-2 mendaki Bukit Kledang Ipoh. Berhampiran lebuhraya Ipoh-Lumut.

Kali pertama pada cuti umum Hari Malaysia, 16 Sep 2016. Ketika itu, badan masih belum berapa sihat. Atas pelawaan sang isteri...ikutkan aja. Kebetulan pulak hujan renyai-renyai. Dah naik bukit, redah je. Berjaya mendaki sehingga ke jarak 3.5 km.

Kali ke-2 pada hari ini, 3 Okt 2016 sempena cuti umum Maal Hijrah.

Berjaya mendaki sejauh 4 km. Pergi-balik 8 km. Masa perjalanan pergi-balik 1 jam 45 minit.

Permandangan begitu menarik apabila berada di puncak bukit. Dapat melihat hampir seluruh bandar Ipoh.

Mendaki Bukit Kledang dah termasuk senarai aktiviti pak yoep selain berjogging di Taman Botani Eco Park Ipoh dan Padang Polo Ipoh.

Tujuan utama untuk kekalkan tahap kesihatan dengan melakukan aktiviti senaman.

Jom! Jaga kesihatan masing-masing sebelum terlambat.

Jangan lupa, aspek pemakanan juga perlu dijaga.

Saturday, October 1, 2016

Citer tentang Ummi


Ummi sesemenjak ini begitu komited untuk tingkatkan kecergasan diri.

Bermula dengan membuat larian di Taman Botani Eco Park Ipoh.

Mendaki gunung Kledang Ipoh.

Ikut aktiviti Zumba di Buntong Ipoh.

Terkini...ikuti kelas Fitness di Pengkalan Ipoh.

Berjalan dah macam robot

Kerja rumah banyak yang sangkut.

Sebelum ini,begitu liat nak buat senaman.

Bagus jugak tu.

Umur dah makin meningkat, makanan perlu dijaga dan senaman perlu ditingkatkan bagi memastikan kesihatan kekal sihat senantiasa.

Pak Yoep dah mantain, jogging di Taman Botani. Paling kurang 5 pusingan yang memakan masa sejam perjalanan untuk larian/berjalan. Setiap minggu, dah mula disertai oleh umminya.