Thursday, October 6, 2016

Melatih anak bercakap melalui mainan

Kongsi ilmu berkaitan dengan terapi pertuturan.
Bagi kanak-kanak 2-3 tahun, permainan pastilah yang paling utama dalam aktiviti harian.
Bagaimana ibubapa boleh gunakan mainan untuk melatih anak bercakap?

1) Pilih mainan yang tepat.

Pilih mainan yang memberi kesan menarik untuk kanak-kanak, tapi sebenarnya sukar untuk dilakukan.

Ini menyebabkan mereka terpaksa minta tolong ibunya buatkan.

Maka, akan terhasillah ayat
– “mama, buat ni”
– “nak lagi”
– “nak pakai jam”
– “camana ni”
– “tak leh pun”
– “mama buka la”
– “mama la buat”
– “nak mama buatkan”
– “nak bagi dia jalan @ pusing @ ada lampu”
– “ketat la, tak leh pusing pun.”

2) Buang bateri.
Ada beberapa jenis mainan yang mempunyai bateri. Apabila kita switch on,maka mainan tu pun gerak sendiri, berbunyi sendiri. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak berdikari. Dia hanya buat benda mudah iaitu – tengok dan dengar saja. Kalau tiada bateri, maka dia kena buat.

Contoh permainan begini ialah keretapi. Jika tiada bateri, maka dia menggunakan imaginasinya dan pergerakkan tangannya untuk menggerakkan keretapi itu ke mana saja yang dikehendakinya. Sebagai ibu bapa, kita mestilah ambil giliran semasa bermain dengan anak. Maka terhasillah respon begini:

– “Ilman pulak”
– “Keretapi ni Ilman punya”
– “Lalu kat atas sini”
– “Langgar lembu ni”
– “Masuk bawah jambatan”
– “Pusing”
– “Pusing lagi”
– “Ayam naik, lembu naik, itik naik”
– “1,2,3, jalan….”

Pernah nampak mainan penguin turun slide kat kedai mainan? Kalau ada bateri, maka anak akan tengok sajalah. Cuba kalau buang bateri. Ibu bapa pula mestilah bijak merangsang percakapan anak. Jangan ibu bapa pun tahu tengok saja.

Pantang larang:

– TV mestilah ditutup semasa aktiviti bermain. TV bukan saja mengganggu tumpuan anak, malah TV mengganggu tumpuan ibu bapa terhadap anak mereka sendiri.
– ayat soal. “ni apa?” “dia buat apa?” “ni warna apa?” “ni bentuk apa?”. Sila rujuk artikel saya berkenaan ‘Banyakkan ayat penyata’.

Selamat mencuba.

Sumber:
Ruby Speech Therapy


No comments:

Post a Comment