Sunday, February 2, 2020

Keperluan - Intervensi Awal

Definisi dan konsep intervensi awal


Ø  Satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Ø  Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal ialah gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial, dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus ketidakupayaan dikenal pasti.
Ø  Menurut Kail (2001), intervensi awal memberikan perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan, dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenal pasti dialami oleh seseorang kanak-kanak.
Ø  Sebagai contohnya, bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
Ø  Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.
Ø  Lama-kelamaan kurikulum menjadi semakin susah apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain.
Ø  Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.
Ø  Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini .
Ø  Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak pemulihan.
Ø  Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

Tujuan

Wolfendale (1997) mengemukakan 4 tujuan utama intervensi awal:

  1. Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak.
  2.  meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.
  3.  meningkatkan keyakinan kanak-kanak
  4.  mengelakkanberlakunya masalah pada masa hadapan
Kepentingan Intervensi Awal

       Memastikan kadar tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun.
       Dapat menghalang masalah daripada menjadi lebih serius ataupun mengakibatkan timbulnya masalah sekunder.
       Mengelakkan timbulnya masalah sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif yang seterusnya menjejaskan bidang akademik.
       Meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak agar lebih berkesan serta menyeluruh.
       Memperkembangakan bahasa.
       Memperkembangan penguasaan kemahiran-kemahiran asas (3M) seperti membaca, menulis dan mengira.
       Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
       Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergaul dengan rakan-rakannya.
       Membina keyakinan diri kanak-kanak. 

Perlaksanaan intervensi awal
Ø  Pemilihan pelaksanaan intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.
Ø  Guru harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan.
Ø  Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
                                                                                                                
Intervensi Berpusatkan Guru
Ø  Menurut Gersten (1998), intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku.
Ø  Golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah dewasa.
Ø  Guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.
Ø  Dalam intervensi ini, guru menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.
Ø  sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

Intervensi Berpusatkan Murid
Ø  Menurut Graham, Harris, dan Reid (1993), intervensi berpusatkan murid lebih sesuai bagi murid yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri.
Ø  Apabila murid yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti, barulah intervensi berpusatkan murid dilaksanakan.
Ø  Istilah ‘berpusatkan murid’ membawa imej tentang murid yang berdikari, bergantung pada diri sendiri, dan berjaya mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.
Ø  Dalam intervensi berpusatkan murid, murid memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.
Ø  Murid akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan, dan cara mengatasi masalah.
Ø  melatih murid supaya dapat ‘berdiri di atas kaki sendiri’.

Intervensi Berpusatkan Keluarga
Ø  Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga.
Ø  Apabila ibu bapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pemulihan kanak-kanak berkenaan.
Ø  memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.
Ø  Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga.
Pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas

BENTUK INTERVENSI YANG SESUAI

       Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera.
       Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi.
       Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut.
       Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan kepada mereka.
       Antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka

Sumber - 
http://aizuddinpunyer.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment