Saturday, February 1, 2020

Disleksia Di Malaysia

Maklumat Ringkas Berkaitan Disleksia di Malaysia.

1. Seramai 11, 148 orang murid Disleksia di sekolah (rendah dan menengah) di Malaysia (Data Jun 2018).
2. Ramai ibu bapa mengesyaki anak mereka ada disleksia selepas melihat anak mereka sering menulis secara terbalik (mirror image).
3. Instrumen Saringan Disleksia (ISD) adalah saringan awal guru untuk mengesan murid Disleksia.
4. Kanak-kanak disleksia mempunyai tahap kecerdasan IQ yang normal atau lebih tinggi (Rujuk Clinical Psikologis).
5. Disleksia termasuk dalam kategori Specific Learning Difficulties dalam DSM-V untuk diagnosis.
6. Murid disleksia mendapat paling banyak kemudahan dalam peperiksaan awam Kementerian Pendidikan Malaysia berbanding kategori diagnosis lain (sila rujuk Panduan Pengurusan Calon Berkeperluan Khas, Lembaga Peperiksaan).
7. Disleksia bukan sejenis penyakit yang memerlukan ubat. Mereka perlu belajar coping strategies.
8. Badan NGO yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan untuk intervensi bagi murid disleksia ialah Persatuan Disleksia Malaysia (PDM).
9. Diagnostic test atau ujian diagnostik belum mencukupi untuk mengesahkan anak anda ada masalah disleksia. Ini bermaksud, anda perlu berjumpa terapis carakerja, terapis pertuturan bahasa, psikologis klinikal dan mendapat pengesahan yang jitu daripada pakar/ specialist dalam development atau sewaktu dengannya. Child Psychiatrist, Developmental Specialist dan etc. ðŸ˜„
10. Filem berkaitan murid disleksia yang terkenal ialah Taare Zamen. Amir Khan berlakon. ðŸ˜„
11. Individu dengan disleksia yang terkenal dan kaya di Malaysia adalah Dato’ Alif Syukri Terlajak Laris. Jangan kecam beliau sangat sebab beliau adalah individu dengan disleksia. Ideanya terlalu banyak sampai tersasul semasa bercakap sampai tersilap dan sering dikecam ramai. ðŸ˜…

CnP Amir Helmi

Seorang murid Disleksia ppki SK Tasik Damai bakal menduduki UPSR tahun 2020.

No comments:

Post a Comment