Sunday, September 29, 2019

SEIC - Mengapai Puncak Putrajaya 1

Hadir ke Putrajaya dengan penuh jalan berliku. Tiada disangka. Tiada diletakkan sebarang harapan semasa bertanding diperingkat PPD Kinta Utara. Hanya sebagai pendedahan sahaja. Peserta yang baru berada di kelas PPKI pada Januari 2019 terus diinklusifkan separa dan Inklusif penuh pada April 2019. Berlatarbelakangkan murid yang tiada keyakinan diri. Tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan sepanjang persekolahannya selama hampir 5 tahun. Berjaya dididik menjadi juara diperingkat daerah dan negeri. Ditakdirkan kalah di peringkat kebangsaan (Putrajaya).


Terima mesej daripada PPD Kinta Utara. Dibuka penyertaan untuk Pertandingan Bercerita MBK sempena persidangan antarabangsa pendidikan khas 2019 di Putrajaya. Disambut cabaran oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk sertai pertandingan. Skrip dibina. Tema dipilih berkaitan dengan program yang dianjurkan. Tajuk dipilih SEORANG LELAKI AUTISME BERNAMA JOHN.


Selain guru, ahli keluarga turut membantu. Penat lelah guru membimbing peserta amat dihargai. Tidak terkira waktu diluangkan siang dan malam mendidik peserta menjadi pencerita yang terbaik. Mampu menjadi juara di peringkat daerah dan negeri. Sangat kagum dengan komitmen yang telah diberikan. Sehingga anak sendiri 'diketepikan'. 


Cabaran hadir semasa menyertai pertandingan diperingkat kebangsaan. Hanya guru dan peserta sahaja dibenarkan sertai team bercerita JPN Perak ke Putrajaya, Usaha diambil agar seorang lagi guru sertai team bercerita. Tujuan asal hanya untuk memberi sokongan moral sahaja. Dibenarkan tapi terpaksa bertindak sebaliknya. Atas rasa tanggungjawab pikul tugas macam 'Team Manager' pulak.


Nanti pak yoep sambung lagi cerita.... 

Nak tengok bola Perak lawan Selangor, Suku Akhir Piala Malaysia malam ini. Siaran langsung... bye.



No comments:

Post a Comment