Sunday, December 3, 2017

Wasap Parent - Remove

Tercipta sejarah.

SKPI dan Pak Yoep.

Kewujudan wasap parent adalah untuk memudahkan komunikasi ibubapa dan pihak sekolah.

Walaubagaimakan telah disalahgunakan oleh ibubapa.

Kerap berlaku sedemikian sejak pak yoep bertugas di skpi pada tahun 2016.

Tahap kesabaran telah tiada.

Perbincangan dengan guru-guru ppki.

Perbincangan bersama Guru Besar.

Perbincangan bersama Guru Besar, SU Hem PPKI dan Guru Kelas.

Keputusan telah diambil pada 13. 11. 2017 (Isnin).

Dua minggu sebelum tamat sesi persekolahan 2017.

Ibubapa berkenaan telah diremovekan dari wasap parent ppki skpi.

Laporan terperinci telah disediakan.

Ditandatangani oleh Guru Besar.

Standby.

Untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Terutama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini oleh ibubapa yang berkenaan.

Keesokan hari, ibubapa berkenaan amat terkejut dengan tindakan pihak sekolah meremovekannya dari wasap parent.

Ibubapa berkenaan mengambil tindakan drastik untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain dengan alasan anaknya akan dipulaukan oleh guru-guru ppki skpi.

Keputusan ibubapa berkenaan telah dilaporkan kepada Guru Besar. Guru Besar tidak membantah tindakan ibubapa berkenaan.

SKPI merupakan sekolah ke-2 anaknya dalam tempoh 4 tahun.

Menghadapi masalah yang sama di sekolah lama anaknya.

Hubungan yang tidak baik dengan pihak sekolah.

Hubungan tidak baik juga ditempat kerjanya.

Selalu bertukar kerja.

Tidak lama bertugas disesuatu tempat.

Walaupun ibubapa bermasalah, anaknya dilayan dengan sebaik mungkin.

Seperti tiada masalah yang timbul dengan ibubapanya.

Kami bersikap profesional.

Diceritakan di laman ini untuk pengajaran buat diri pak yoep yang ada anak istimewa.

Pengajaran kepada ibubapa anak-anak istimewa yang lain.

Binalah hubungan yang serapatnya dengan pihak sekolah.

Sebarang ada permasalahan, berjumpa dengan pihak sekolah.

Jangan luahkan perasaan di dalam wasap.

Boleh mempengaruhi ibubapa yang lain.

Sesuatu yang tidak benar.

Sesuatu yang tidak pernah wujud.

PPKI SKPI sedaya mungkin akan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua murid ppki tanpa mengira status ibubapa.

Moga tindakan yang diambil akan memberikan kesedaran kepada yang terlibat.


No comments:

Post a Comment