Wednesday, April 5, 2017

Disleksia - Pertama di ppki pak yoep

Slide 1
MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI DISLEKSIA
Slide 2
DEFINISI Bahasa Pat Heaton dan Patrikck Winterson (1996) - adalah ekspresi dari sifat keunikan manusia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana makhluk. Eric Lenneberg, (1967) - adalah daya yang berfungsi secara semula jadi sama ada dalam bentuk tingkah laku bahasa meskipun belum ada perkembangan bertutur. ASHA Committee on Language, (1982 ) - Bahasa adalah sistem simbol yang dikawal oleh peraturan yang kompleks di mana ia digunakan untuk berkomunikasi mengikut budaya masing-masing.
Slide 3
Komunikasi berasal dari perkataan ‘Latin’ iaitu “Communiatus” yang membawa maksud berkongsi sesuatu. Owens (2001) - komunikasi adalah suatu proses penukaran idea, informasi, keperluan dan kehendak Lue (2001) - komunikasi merupakan pertukaran informasi dan pengetahuan di kalangan penutur di mana ia merupakan keperluan asas manusia.
Slide 4
Disleksia Berasal dari perkataan Greek - dys ~> sukar - lexis ~> perkataan - maksud ~> kesukaran terhadap perkataan. Bureau on Learning Difficulties (BOLD) - kesukaran pembelajaran spesifik yang berbeza daripada kelewatan yang menyeluruh. Pollock & Waller (1994) - kesukaran membaca, mengeja, menyebut, menulis perkataan dan menggabungkan perkataan dengan maknanya. Jabatan Pendidikan khas (2004) - masalah pembelajaran spesifik disleksia
Slide 5
Kenali Disleksia ~> Kesukaran pembelajaran yang mempengaruhi pembacaan, penulisan dan penumpuan sehingga membuatkan golongan ini sukar untuk belajar semudah orang lain. ~> JPK (2004) – murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. ~> Tiada rawatan khas – tetapi terdapat cara untuk mengurangkan masalah spesifik tersebut. ~> Lerner (1987) berpendapat disleksia masih boleh dirawat dengan menggunakan kaedah belajar membaca. ~> Disleksia perlu dikenal pasti seawal yang mungkin kerana kesukaran yang dialami akan menimbulkan rintangan praktikal dan emosi yang sukar diatasi.
Slide 6
Ciri-ciri disleksia Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor. Mengenakan butang baju bukan pada kedudukan yang betul. Tali kasut tidak diikat dengan betul. Kidal Kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan sebagai pemalas/bodoh. Tumpuan perhatian singkat. Keliru di antara depan – belakang; kiri – kanan; atas – bawah. Lemah pengamatan dari segi pendengaran, penglihatan, dan mengingat kembali. Tiada masalah berkomunikasi tetapi lambat dalam tindakan berlisan.
Slide 7
Masalah dalam pembelajaran Lemah dalam bacaan iaitu sukar untuk memahami dan menggunakan teks bacaan. Lemah dalam menyelesaikan masalah dalam matematik tetapi mungkin pantas dalam matematik lisan atau congak. Suka menggigit jari, pen dan adakalanya merenung buku seolah-olah tidak faham sewaktu membuat kerja bertulis. Bahasa lisan lebih baik daripada penulisan. Tulisan Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual. Daya tumpuan yang terhad. Tahu pada suatu ketika tetapi lupa pada hari berikutnya.
Slide 8
Masalah dalam bahasa Kesukaran belajar bahasa Kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan. Lemah dalam menyusun isi. Kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya. Tidak tepat dalam bacaan. Ketidaklancaran ketika membaca bahan bercetak.
Slide 9
Masalah semasa membaca a. Berpura-pura membaca buku dengan berpandukan gambar yang dilihat atau mereka-reka cerita. Teragak-agak apabila disuruh membaca Menunjukkan teks bacaan dengan jari semasa membaca. Pembalikan perkataan – batu ~> tuba, gula ~> lagu Keliru dengan kedudukan perkataan – makan ~> makna. Kependekan perkataan/ menggugurkan huruf – bunga ~> buna Pembalikan – bapa ~> pada. Penambahan huruf pada perkataan – bulan ~> bulang Pembalikan perkataan dalam ayat - jika masa yang sama ~> jika sama yang masa. Pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan - baik ~> baki. Keliru dengan abjad-abjad berikut: m ~> w, n y ~> j , g u ~> n h ~> n b ~> d p ~> q c ~> e
Slide 10
Masalah Penulisan Amat buruk sehingga tidak boleh dibaca. Tidak suka menulis Menekan sewaktu menulis Kerap menggunakan pemadam Tidak menggunakan huruf besar di permulaan ayat Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat. Kesukaran melakukan peniruan – penyalinan tulisan di papan tulis/buku. Tidak boleh menumpu kepada sesuatu tulisan dengan lama – mata mudah penat.
Slide 11
Kategori Disleksia Disprasia. ~> masalah yang signifikan dari aspek perkembangan motor. Ia berkaitan dengan masalah bahasa, persepsi dan pemikiran (The Dyspraxia Foundation, 2000) ~> masalah motor yang melibatkan kecacatan atau ketidakmatangan dalam pengelolaan pergerakan. ~> kanak-kanak disprasia tahu apa yang ingin dilakukan tetapi menghadapi masalah melaksanakan aktiviti tersebut.
Slide 12
~> kadar berlakunya disprasia : * 10% dari populasi dengan 2% pada tahap serius (1dlm setiap 30 orang murid) * Lelaki- 4 x lebih daripada perempuan * kemungkinan/ sering kali simtom ini bertindihan dengan kondis lain. ~> Punca disprasia : * Prenatal – genetik, pemakanan ibu semasa mengandung, ketidakseimbangan hormon, ketagihan arak, jangkitan penyakit – rubella,HIV, begok. * Perinatal – iskemia kepada bayi, trauma semasa dilahirkan, lahir melalui pembedahan. * Postnatal - kekurang zat, kelambatan dalam proses myelination bagi axon.
Slide 13
~> Ciri-ciri disprasia. merancang pergerakan dan kesedaran pada ruang sekeliling. Persepsi – sukar untuk menilai ketinggian dan jarak. Mengkoordinasikan bahagian badan yang berlainan. Literaliti – masalah pergerakan dari sisi kanan ke sisi kiri. Kerja tangan – motor tangan Tulisan tangan – susah menulis. Bahasa – sukar menyebut perkataan dan gagap Konsentrasi – ambil masa yang lama. Ingatan – jangka pendek dan jangka panjang Organisasi dan pemikiran – kelam kabut, tidak peka, lewat, sukar mengatur kerja. Respon kepada stimulasi luar – terlebih atau terkurang sensitif kepada bunyi, sentuhan, cahaya dan deria rasa.
Slide 14
Disgrafia. ~> kesukaran menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan graf, yang merujuk kepada tulisan yang buruk. ~> Ini menyebabkan pelajar menghadapi masalah penulisan kerana tidak boleh menterjemahkan pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. ~> Punca - demam panas, kelahiran pramatang.
Slide 15
~> Ciri-ciri individu disgrafia Tidak konsisten dalam pembentukan tulisan. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih bercampur. Ukuran dan bentuk huruf yang tidak sama. Memegang alat tulis terlalu dekat dengan kertas dan menekan pada kertas. Bercakp-cakap ketika sedang menulis. Agak sukar menulis walaupun hanya menyalin. Menulis secara terbalik (p,q,b,d). Masalah menyusun, mengatur dan memproses maklumat. Ejaan salah – (tutup – tutub , sabtu – saptu)
Slide 16
Hiperleksia ~> mempunyai corak yang iaitu menghadapi masalah dalam membaca, bahasa dan interaksi sosial. ~> kebanyakannya dapat mempelajari visual (simbol dan nombor) dengan lebih baik tetapi bermasalah dalam interaksi sosial. ~> sindrom kanak-kanak yang dapat menginterpretsai bahasa bertulis pada awalnya tetapi tidak faham maknanya. ~> mempunyai masalah komunikasi dan sosial. ~> terbahagi dua iaitu * masalah bahsa – mempunyai masalah ekpresi bahasa kerana tidak faham kebanyakan perkataan * masalah ruang visual pembelajaran – nampak seperti normal tetapi mempunyai masalah dalam menginterpretasi bahsa dan ekspresi apa yang mereka dengar atau lihat.
Slide 17
~> Ciri-ciri individu hiperleksia. Phylis Kupperman, Sally Bligh dan Khathy Barouski (2007) * mempelajari bahasa menggunakan cara yang tertentu, tanpa memahami dan mengetahui maksud struktur ayat. * jarang memulakan perbualan * Berkemahuan untuk mengekalkan sesuatu yang menjadi rutin dan sukar terima perubahan yang telah menjadi amalan. * Pendengaran, deria bau dan sentuh yang sensitif. * Tingkah laku merangsang kendiri. * Ketakutan yang luarbiasa * Perkembangan yang normal hingga 12 – 24 bulan, kemudian terbantut. * Ingatan yang kuat dari segi penglihatan dan pendengaran. * Mempunyai sistem visual dan auditori yang baik. * Sukar menjawab soalan-soalan pertanyaan. * Sukar faham konsep abstrak – hanya berfikir secara konkrit. * Hampir pekak dan dengar perkara yang tertentu sahaja.
Slide 18
Jenis-jenis Disleksia dari aspek bacaan. 1. Disleksia visual ~> merujuk kepada individu yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membuat perbezaan, interpretasi atau mengingat perkataan yang dilihat. ~> tahap terjejasnya bacaan tergantu pada masalah yang dihadapi. ~> Menurut Lerner - adalah kepayahan seseorang khususnya dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan, serta mengecam angka, nombor, bentuk, geometri dan gambar.
Slide 19
~> Ciri-ciri individu disleksia visual Kepayahan diskriminasi visual iaiatu keliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama (bas – pas; jam – jem) Kadar pengamatan yang lambat. Cenderung menggunakan suku kata terbalik (batu – tuba) Mutu tulisan yang rendah kerana meninggalkan banyak butiran penting pada benda-benda biasa Kesukaran membuat analisis dan sintaksis visual pada kerja melibatkan bahagian tertentu dengan keseluruhan objek. Daya kebolehan dalam aktiviti auditori sangat tinggi. Lebih mengutamakan aktiviti auditori bagi menyembunyikan kekurangan yang berkait dengan pandangan. Tidak berminat dengan permainan sukan yang mencabar.
Slide 20
Disleksia Auditori ~> bermaksud keupayaan mengesan atau mengenal pasti apa yang di dengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. ~> melihat persamaan antara perkataan dan bermasalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi auditori. ~> gagal membezakan bunyi, mengenal pasti bunyi dalam perkataan, mengadun bunyi untuk jadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata.
Slide 21
~> Ciri- ciri individu disleksia Auditori Kecelaruan pengamatan dan diskriminasi auditori menyebabkan sukar belajar menggunakan kaedah fonetik. Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi. Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati huruf dalam perkataan serta tidak boleh menyebut perkataan bermakna. Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah urutan huruf semasa menulis. Lebih cenderung memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran visual.
Slide 22
Disleksia Visual-Auditori (Tactile dan Kinestetik) ~> melibat kedua-dua sistem yang penting untuk mendapat maklumat. ~> Tactile – keupayaan melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan dia rasa melalui sentuhan. ~> Koordinasi mata- tangan – gerak kerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot.
Slide 23
~> Ciri-ciri individu Visual-Auditori. Kesukaran dalam menyusun urutan, mengimbas, persepsi masa dan ruang. Lemah penggunaan koordinasia mata – tangan. Apa yang dilihat tidak dapat diaplikasi kepada tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan.
Slide 24
Mekanisme kesalahan bacaan individu disleksia. Levinson 1994 pemindahan penyisipan penggantian Ted took that pengguguran pengguguran The cat jumped over the moon agakan/suka-suka man That jump no pemeluwapan noon pembalikan pengguguran
Slide 25
~> Bantu pelajar disleksia Bantu perkembangan bahasa - memperluaskan bentuk maklumat - memperbanyakkan tatabahasa - memantapkan kemahiran mendengar dan bertutur - menggalakkan pembinaan bahasa melalui aktiviti bertutur, mendengar dan mengambil bahagian. kemahiran menjawab soalan berbentuk akademik. Terapi bahasa dan pertuturan yang intensif. Beri peluang berinteraksi-kemahiran sosial
Slide 26
Kaedah The Orton Gilingham Mutlisensory Method. ~> Apa yang diajar? Membunyikan fonem – bunyi huruf, dengan bunyi huruf dan sebut ( a b s, m, r t, dsb ) kemudian membunyi suku kata ( bu bu, a bu, ka ki) bina perkataan dan baca ( abu buka buku, abu baca buku ) (sa bun ru mah). Bina perkataan yang mempunyai tiga suku kata. (se ko lah) ( se pa tu) (se pu luh) Bina perkataan yang mengandungi imbuhan seperti (ber jalan ) (mem beri) (me laku kan) ( ke jaya an ) ~> Bagaimana mengajar? Ajar gunakan semua pancaindera. Latih tubi yang mencukupi Pengajaran secara terus dan jelas. Pengajaran secara sistematik dan kumulatif Menggunakan penggabungan bunyi menjadi suku kata dan suku kata menjadi perkataan. Analisis perkataan kepada suku kata dan huruf (cerakinan)
Slide 27
SEKIAN TERIMA KASIH FIKIR-FIKIR Keuntungan daripada idea yang baik akan datang apabila anda merealisasikan idea itu.

Buat pertama kali pak yoep terima murid disleksia. Terpaksalah belajar tingkatkan kemahiran cara mendidik murid disleksia.

No comments:

Post a Comment