Monday, November 28, 2016

Setahun di PPKI skpi


Mengejutkan. Jun 2014 dipindahkan bertugas ke ppki skgtgb Gopeng hanya 5 tahun menceburi bidang pendidikan khas. Oktober 2015 diberitakan bakal dipindahkan ke ppki skpi. Disahkan pindah ke ppki skpi pada November 2015. Mula bertugas di ppki skpi pada 3 Jan 2016.

Atas dasar apa perpindahkan dibuat tidak pasti. Hanya setahun setengah sahaja berada di ppki skgtgb. Memang mengejutkan pelbagai pihak. Suatu perpindahan yang amat menyeronokkan. Mengapa?

Setelah sekian lama melalui perjalanan yang jauh. Melangkau masa 30 minit, kini perjalanan ke tempat kerja hanya 8 minit sahaja. Alhamdulillah. Itu rezeki namanya.

Cabaran. Kehadiran pak yoep di ppki skpi macam sukar diterima oleh guru-guru di sana. Sebagaimana serupa dengan mula-mula pak yoep masuk ke ppiki skgtgb. Mengapa?

Hanya kerana pak yoep melakukan beberapa perubahan yang ketara dalam aspek pengurusan dan pentadbiran ppki terutama berkaitan dengan aspek dokumentasi. Mungkin juga watak pak yoep nampak garang, sombong, tegas dan sukar didekati. Sebenarnya tidak... Tak kenal maka Tak cinta.

Banyak penambahbaikan perlu dilakukan di ppki skpi. 

Guru-guru di sana sering mengeluh, merasakan ppki dianak-tirikan oleh pihak sekolah. Sering dipersalahkan. Mengapa?

Dalam pemerhatian sepanjang setahun, segalanya berpunca dengan ppki sendiri. Alhamdulillah, dalam tempoh setahun ini, tiada lagi kedengaran rungutan guru-guru ppki merasakan diri mereka dianak-tirikan dan dipersalahkan.

Jurang dan hubungan antara guru-guru ppki dan aliran perdana telah dapat dirapatkan. Rasa kekitaan telah mampu diwujudkan.

Moga ianya mampu dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang.

In shaa Allah.


No comments:

Post a Comment