Saturday, November 12, 2016

Handphone ....Maafkan Abah Kak Long



"Handphone ....Maafkan Abah Kak Long". Pelik pulak ungkapan ini. Tindakan terpaksa dilakukan kerana kak long bakal menduduki SPM pada tahun hadapan. Abah tak mahu kak long leka dan fokus diganggu dengan kehadiran handphone nanti. Terbukti semasa kak long menduduki PT3 tempohari. Bila dah jadi hak kak long maka kak long boleh buat apa saja dengan handphone nanti.

Andai kata kak long tidak diganggu dengan handphone mungkin result kak long lebih baik lagi. Tempohari kak long sekadar mendapat 6A sahaja.

Memang abah kejam. Kawan-kawan kak long ada handphone sebalik kak long tiada. Biarkan mereka kak long. Yang penting kak long terus fokus dalam persiapan untuk menghadapi spm 2017 nanti. Abah takut nasi akan menjadi bubur jika kebenaran diberi untuk kak long ada handphone.

Abah tahu kak long telah berusaha menyimpan wang belanja persekolahan semata-mata untuk membeli handphone. Kebetulan sebahagiannya abah dah simpan. Itu suratan namanya. Jadi, sukar untuk kak long membeli handphone kerana jumlah yang ada terhad.

Berkorbanlah setahun lagi kak long. Handphone ummi kan ada, boleh digunakan untuk keperluan menghubungi dan berinteraksi dengan kawan-kawan.

Untuk pengetahuan kak long, abah pakai handphone setelah 7 tahun berkahwin dengan ummi. Itupun disebabkan umminya bising kerana sukar untuk menghubungi abah. Amat diperlukan ketika itu untuk urusan menguruskan adik kak long, Faqihah autisme untuk pergi sesi rawatan pemulihannya.

Harap kak long faham, tujuan abah dan ummi tak bagi kak long beli handphone. Dah cakap kak long, ini abah cakapkan lagi secara bertulis agar menjadi bukti dan saksi tujuan abah bertindak demikian.

Sabar kak long ya. Ummi dan abah SAYANG kak long.

No comments:

Post a Comment