Wednesday, May 4, 2016

Aku hanya guru pendidikan khas

Saya cuma cikgu pendidikan khas..

Saya bahagia mengajar anak2 istimewa walau ada yg memandang sepi.

Kami tak mampu melahirkan anak didik yang setiap tahun mengemparkan sejarah sekolah dengan kejayaan cemerlang, tapi kami bangga andai anak didik kami mampu memegang pensil untuk menulis, mampu membaca setelah cikgu2 lain merungut tentang murid2 sudah berumur belasan tahun tidak mampu membaca.

Malah kami bangga dengan kejayaan kecil anak2 didik, yang asalnya tidak tahu memegang senduk, pisau, gunting mlh lain2 alatan dengan betul.

Kami hanyalah komuniti kecil, kamilah pengetua, guru2 kanan, guru akedemik, guru hem, guru kokurikulum, guru disiplin, penjaga, pengasuh, emak, ayah, saudara malah kamilah teman bergaduh anak2 didik kami.

Tak perlu pandang hina pada anak2 istimewa kerana kita tak tahu di mana penghujung jalan cerita kita.

Jangan dibangga dengan kesempurnaan kita, andai Allah menarik nikmat yang diberi samada fizikal, penglihatan, pendengaran malah percakapan, kita pun tergolong dalam kalangan org istimewa...

#sayabanggajadicikgupendidikankhas

2 comments:

  1. Assalamualaikum saudara..saya nak tanya saudara mgajar sekolah mana...saya menghadapi masalah nak menghantar anak saya yg ada adhd risiko rendah.tahun ni dia 3 tahun.harap saudara dapat berkongsi dgn saya taska dan pusat terapi yg ada kat ipoh ni.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara..saya nak tanya saudara mgajar sekolah mana...saya menghadapi masalah nak menghantar anak saya yg ada adhd risiko rendah.tahun ni dia 3 tahun.harap saudara dapat berkongsi dgn saya taska dan pusat terapi yg ada kat ipoh ni.terima kasih

    ReplyDelete