Wednesday, March 23, 2016

Bila bapa autisme menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya merupakan salah seorang drpd beribu2 parent kepada anak istimewa ini. Anak saya yg akan saya bahasakan namanya Nuqman merupakan seorang Delay dan sedikit ciri2 autism.

Saya dan isteri menyedari status Nuqman ketika berusia 4 thn.. so kami pun melakukan pembacaan dan memutuskan utk berjumpa pakar kanak2 di sebuah private hosp di Penang.

Setelah didiagnose Delay dan Mild Autism.. kami tercari2 centre yg boleh membantu memberi terapi kepada Nuqman.. dan alhamdulilah, kami menghantar 2 pusat terapi di Penang.. dan bermula la rutin baru dlm kehidupan kami sekeluarga.

Setelah lebih setahun berlalu.. setelah melalui pelbagai terapi.. alhamdulilah Nuqman ada perkembangan drpd segi motor, social.. tetapi saya kurang berpuas hati kerana pada hemat saya, sepatutnya dgn masa da wang ringgit yg dicurahkan utk Nuqman, perkembangan Nuqman sgt perlahan.

Saya pendam sahaja perasaan saya dan Nuqman tetap menjalani terapi mcm biasa.

Pada awal bulan Mac 2016, salah satu centre yg saya hantar memberitahu yg akan ada workshop diadakan pd pertengahan bulan dan ia merupakan worshop Occupational da Sensory. Fee agak mahal.. tapi bg saya.. ilmu adalah priceless..

Ia sebenarnya dibuat khas utk terapis2 di centre tersebut dan centre tersebut memanjangkan pula kepada parent2 yg menghantar anak kesitu.

Daripada berbelas parent.. hanya 2 parent sahaja yg hadir di workshop itu.. iaitu saya dan seorang lg parent di Penang.

Workshop itu dibuat 3 hari.. dan kami diberi pencerahan yg tersangat cerah sehinggakan kami yg dtg atas kapasiti sebagai parent pun terasa mcm sudah jadi terapis. Hehe.

Kami diberi pendedahan bagaimana untuk menghadapi masalah attention, apa aktiviti terbaik utk anak2 yg mempunyai ciri2 yg telah didiagnose.

Alhamdulilah, kini saya lebih memahami Nuqman.. apa yg ingin saya tekankan disini. Sepanjang pemerhatian saya ketika melihat terapis memberi terapi kepada Nuqman, kesalahan pertama mereka ialah menganggap kesemua anak Delay dan Autism ni adalah sama.. dan mereka terus memberi satu program terapi kepada Nuqman tanpa assesmen yg lebih mendalam. Ini diakui sendiri oleh terapi2 di sana ketika hadiri workshop.

Terapis melihat Nuqman tidak pandai menulis, tidak pandai membuat garisan, membuat bulatan. Cara yg mereka buat ialah dengan guide tgn Nuqman utk menulis dan ini adalah tindakan tidak betul.. dan akhirnya Nuqman memerlukan masa 1.5thn untuk hanya membuat garisan lurus dan shape2 mudah. Bagi saya ia merupakan satu kesilapan dlm merencanakan program.

Terapis sebelum ini tidak mengetahui punca mengapa Nuqman tidak boleh menulis. Tetapi selepas habis workshop, saya sendiri membuat assesmen terhadap nuqman dan saya mendapati Nuqman menghadapi masalah gross dan fine motor.

Nuqman tidak boleh membezakan dan tidak dpt mengindividukan pergerakan bahu, siku, pergelangan tangan dan tapak tangan.

Bagaimana seorang manusia yg tidak mahir menggunakan tangan sendiri anda ingin harapkan dia pandai menulis? Sudah pasti dia tidak akan pandai menulis sehingga dia cekap menggunakan fungsi sendi pada tangannya. Child must master his body before he master his enviroment. Itu pesanan yg diberikan oleh Dr. Kannan ( Drpd UKM ) yg saya akan ingat sampai bila2.

So sekarang saya sendiri memberi terapi kepada Nuqman utk gross dan fine moto.. dirumah dan di centre, terapis ( dimana terapis ini juga menghadiri workshop tersebut ) akan menyambung dan memberi terapi2 lain dimana mereka mempunyai lebih byk tools.

Apa yg ingin nyatakan disini, kita sebagai parent perlu sentiasa update ilmu2 mengenai perkembangan anak2 kita. Setiap anak istimewa tidak sama keperluanya. Sebagai parent boleh bersama2 organise kepada workshop2 yg lebih memperincikan condition anak2 kita.

Kepada para centre juga, cuba educate kan parent mengenai conditions anak. Sesetengah parent merasakan centre ini adalah tempat nursery.. cukup time hantar dan cukup time balik. Kita sentiasa mempunyai border diantara terapis dan kita.

Kita sebagai parent juga perlu teliti memilih terapis yg mana berusaha memberi terapi ke atas punca masalah anak kita bukan terapi kepada simpton.

Ada byk lg saya ingin menulis. Tetapi utk hari ini setakat ini dahulu.

Terima kasih.

Mohamad Farimi Ishak

Luahan rasa di FB Kelab Anak Autisme
Kendalian Pak Yoep

No comments:

Post a Comment