Sunday, July 13, 2014

Tak mahu makan nasi

Masalah

Dah 2 minggu adik ni tk jamah nasi, sy risau btl. adik cuma nak mkn roti, bun dan ayam grg je, smlm ayahnya terpaksa order pizza. suka btl adik ni mkn, tk kesahlh yg penting ada isi perut adik. minuman manis sprt kordial pula kena sembunyi, kalo x dia bantai nk minum manis,je sepjg hr, pening jg maknya ni d btnya, bila sy bg air pth mengamuk le, air 2 d buang dlm bilik air..ya, ampun ssh btul nk ramal selera bdk ni, klu buah, epal ja yg dia mkn, 2 pun ikut mood. kdg2 tk suka..hurmm, rakan2 KAA ble tk share sikit pengalaman atau tips nk tangani maslh ni ..trma ksh

Penyelesaian

Nabilah Haidy assalamualaikum, saya seorg bhavior therapist yg bekerja dgn kanak2 autisme.

saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu. insyaAllah dapat membantu .


kalau mengikut cerita akak, baru 2 minggu adik refuse untuk makan nasi. bermakna disini saya mengandaika
n mngkin sblm ni adik masih boleh makan nasi?


possibly,bermakna mungkin ini adalah salah satu masalah behaviour atau rigidty yg telah anak akak developlkan lately.saya pun tak dapat nk beri kepastian sbb mungkin ada lagi sebab2 lain kenapa dia refuse utk makan .tp berdasarkan info akak ,masih belum terlambat kalau nk ubah. Sbb baru 2 minngu.


cuba try cara ni,


1) make sure nasi yg dihidangkan kepada dia tu dgn lauk yg paling mungkin dia akan makan 
2)mulakan dgn letakkan quantity yg tak tdk terlalu byk dalam pinggan.supaya cepat habis. mungkin suku pinggan sahaja? (quantity ni boleh ditambah secara gradual bila adik dah berjaya habiskan quantity pertama)
3) letak ayam goreng atau makanan kegemaraan adik dekat sebelah pinggan dan beritahu dia, satu suap nasi, satu suap makanan kegemaran. (mungkin agak susah pada awalnya, tp bile dia mulai faham yg dia akan still dpat mknn kegemaran tu insyaAllah "smooth journey"  ) *kalau boleh mknn kegemaran tu kita yg bagi dekat dia. kalau ikutkan mereka, habis sepinggan terus nnt.hehe
4)selang seli kan satu suap nasi dgn satu suap makanan kegemaran (mknn kegemaran ni bg dlm quantity yg kecil dulu) kaau dia berjaya habiskan semua nasi dipinggan , dia boleh teruskan nikmati seluruh makanan kegemaran dia. 

*mknn kegemaran tu make sure value dia tinggi dan hanya boleh makan masa nk buat food program ni sahaja.

bila adik semakin boleh tolerate dgn nasi , dah tk payah selang seli satu suap.mungkin lepas habis suku,dpt mknn kegemaran dan kemudian setengah dan akhirnya setelah selesai sepinggan. bagi adik2 yg mungkin boleh start dgn suku pinggan terus pun lebih bagus. terpulang pada tahap toleransi masing2.

harap2, ini boleh membantu .
good luck and insyaAllah 

No comments:

Post a Comment