Monday, June 2, 2014

Umar Hazmi


Anak bongsu pak yoep, Umar Hazmi,  telah menghampiri usia 2 bulan. Hari ini 2/6/2014 pertama kali dihantar dibawah jagaan Taska Riang Bestari, Pinji Mewah. Dimaklumkan tidak banyak ragam. Bayaran yang dikenakan sebulan ialah RM350.

Dalam tempoh 2 bulan, banyak perubahan ketara berlaku pada Umar. Dah boleh beri respon. Boleh diaggah sehingga mengeluarkan suara. Mampu berada dalam keadaan meniarap dalam tempoh yang lama.

Umar juga tidak banyak kerenah sepanjang pak yoep menjaganya semasa umminya berkerja selama 2 hari. Ketika itu penempatannya ke tadika masih tidak dibenarkan.

Umminya terpaksa berkerja walaupun belum habis pantang kerana peruntukan cuti bersalin dah habis. Kebetulan cuti sekolah, pak yoep menjaganya. Dalam sejarah menjaga bayi berumur kurang 2 bulan dari jam 7 pagi hingga 6.30 ptg.

.....Bersambung

No comments:

Post a Comment