Sunday, October 13, 2013

Delima seorang ibu anak autisma


DILEMA seorang ibu BERKERJAYA yang mempunyai anak autisma.

"Saya seorang penjawat awam yang mempunya anak autisme, ADHD dan mempunyai penyakit Elepsy ( sawan ) sukar bertutur dan masih tidak tahu menguruskan diri...

Saya baru juga bertukar jabatan dimana hanya saya satu-satu pembantu tadbir yang menguruskan pentadbiran dan menyelenggara stor semuanya di lakukan oleh saya seorang dengan kakitangan yg sedikit berjumlah 20++

Hari minggu juga saya terpaksa bekerja walaupun ianya diluar bidang tugas saya sebagai pembantu tadbir...membuatkan saya penat menguruskan segala-galanya.

Majikan pula tidak memahami dengan keadaan saya..majikan selalu mengingatkan supaya jangan menjadikan alasan anak sakit jika mahu mengelak dari sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. saya dalam dilema"

Apakah yang harus dilakukan ibu berkenaan.

1 comment:

  1. assalamualaikum tuan dan puan
    cabaran mempunyai anak OKU hanya Allah yang meha mengetahui. Apa yg saya tahu mereka yg ada anak OKU spatutnya ada masa kerja yg fleksibel. Semoga Allah memberi jalan keluar kpd masalah puan ini.

    ReplyDelete