Saturday, October 12, 2013

Delima Guru ADA anak autisma


Rupanya ada juga yang macam pak yoep. Menjadi seorang guru yang mempunyai anak autisma. Bezanya, pak yoep tidak mengalami peristiwa yang dinyatakan dibawah. Semua pihak memberikan kerjasama untuk pak yoep menguruskan anak autisma, Faqihah.

Saya seorang guru. pendidikan khas....

Saya juga mempunyai anak autisme.......sesetengah guru tidak memahami saya dan anak saya yang merupakan murid di sekolah yang sama.....saya terkilan dengan keadaan ini.

Pihak GB amat memahami tetapi...mengapa pula pihak guru pendidikan khas kurang memahami keadaan saya.....

Apabila terdapat aktiviti sekolah suami saya terpaksa meminta cuti....kerana tiada orang menjaga anak saya itu. 

Saya begitu sedih mengapa mereka tidak memahami keadaan saya....ibarat kata hanya kami sekeluarga sahaja yang menjaganya.....apatah kalau anak sakit.......

Pernah suatu hari saya meminta kebenaran balik membawa anak balik sakit gigi dan tidak boleh mendengar bunyi bising...kerana ada aktviti latihan sukan di luar kelas (kelas pengajaran tiada pada hari itu)......

PK ppki tidak memberikan jawapannya...malahan pergi begitu sahaja...dengan menunjukkan tanda tidak tahu....

Selepas itu saya berjumpa pk kerana GB tiada....PK membenarkan. 

Entah saya tidak tahu.....apa yang sebenarnya yang berlaku pada guru pendidikan khas sendiri yang tidak memahami perihal ini.

Dalam menangani anak istimewa memerlukan banyak tolak-ansur.

Saya berada di dalam dilema..

Sumber: KAA fb

Sumber: KAA fb

No comments:

Post a Comment