Wednesday, March 30, 2011

Guru Ada Cara Tersendiri Didik OKU



BAGAN SERAI – Pendidikan Khas yang disertai semua pelajar dari golongan orang kelainan upaya (OKU) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai beruntung kerana memiliki guru yang yang cekal dan tabah dalam melayani karenah mereka sebagai anak didik.

Pengetua SMK Bagan Serai, Salmah Abdullah Shakur berkata, guru yang mengajar untuk anak-anak pendidikan khas ini mempunyai satu tanggungjawab yang berat berbanding guru biasa.

Bayangkanlah setiap pelajar OKU ini perlu di ajar mengikut kesesuaian mereka yang tidak sama tahap kekurangannya.

"Di sekolah guru-guru telah menekankan pelbagai aspek pembelajaran dengan lebih memberatkan kepada kemahiran hidup praktikal berbanding teori dan amali.

"Kita memahami kesukaran untuk pelajar pendidikan khas ini mengikuti kelas-kelas teori dan mereka lebih senang untuk melakukan secara praktikal untuk lebih mudah mengingati," katanya.

Salmah berkata, tidak sekadar di sekolah, ibu bapa juga perlu mempelajari cara bagaimana untuk mengajar anak-anak pendidikan khas ini untuk lebih memberi kesan kepada mereka,

Katanya, di rumah adalah waktu yang terbaik ibu bapa bersama anak-anak untuk melanjutkan lagi pembelajaran praktikal dan teori di sekolah supaya anak-anak istimewa ini lebih memahami sesuatu pelajar berkenaan.

"Kita amat berbangga mempunyai guru-guru yang begitu prihatin dan tabah dalam mendidik anak-anak ini di dalam kelas pendidikan khas," katanya yang ditemui ketika majlis jamuan raya SMK Bagan Serai yang turut dihadiri oleh tetamu undangan khas Adun Alor Pongsu, Sham Mat Sahat yang memberikan sumbangan duit raya kepada pelajar pendidikan Khas di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sejajar dengan kehendak kementerian pelajaran kita juga telah memberikan kemahiran hidup untuk pelajar pendidikan khas ini seperti mengajar mereka teknik bercucuk tanam yang diajar di sekolah dengan menyediakan ruang kepada pelajar ini untuk menghasilkan pendapatan di samping menimba ilmu pertanian.

Katanya, pihaknya juga bekerja sama dengan Jabatan pertanian Daerah Kerian yang berbesar hati memberi sumbangan termasuk benih serta kelengkapan bertani.

Menurutnya, hasil daripada pertanian ini akan dijual dan wang hasil jualan akan di masukkan ke dalam tabung pendidikan khas.

“Kita amat berterima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian Daerah Kerian atas kerjasama yang di berikan dan berharap ianya dapat diteruskan di masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Sham berkata, sekolah pendidikan khas sebenarnya merupakan atas inisiatif dan tanda prihatin kerajaan dalam memberi perhatian khusus kepada pelajar-pelajar kurang upaya khususnya anak-anak yang mempunyai deria dan fizikal yang tidak normal.

Menurutnya, mereka ini tidak dibiarkan tanpa pelajaran yang khusus demi menjaga kepentingan masa hadapan mereka kelak malah aspek pelajaran menjadi begitu penting walaupun mereka adalah golongan istimewa.

Beliau berkata, kerajaan tidak memilih-milih dalam menyalurkan pelajaran yang secukupnya kepada golongan OKU ini supaya nasib mereka juga terbela di masa hadapan.

“Kita tidak melihat hari ini tetapi melihat masa hadapan mereka yang pasti akan cerah jika diberi didikan sempurna oleh guru-guru yang cukup bertanggungjawab serta berwawasan seperti yang ada di sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai hari ini.

"Saya amat berterima kasih dan menghargai jasa guru-guru yang begitu tabah dan bersabar dalam melayani karenah anak-anak di dalam pendidikan khas ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap guru-guru khususnya tidak jemu dalam mendidik dan melatih anak-anak ini untuk menjadi insan yang berguna kelak.

“Kita tidak menafikan kekurangan mereka sebaliknya cuba mencari kekuatan dan kelebihan mereka untuk menjadi insan yang berjaya,” katanya.

Menurutnya, hari ini institusi pendidikan khas di Kerian telah memainkan peranan mereka dengan begitu cekal tanpa ada sikap pilih kasih mahupun mengalah.

“Kita berbangga mempunyai guru-guru yang bukan sahaja mampu mengajar dari segi teori malah turut sama turun padang bersama-sama anak-anak istimewa ini untuk menyertai mereka bertani dan sebagainya.

"Kerajaan telah memperuntukkan dana untuk anak-anak istimewa ini bagi kegunaan dalam kelas pendidikan khas supaya mereka tidak terbiar tanpa pelajaran," katanya.

Katanya, sumbangan ini tidak seberapa dan apa yang penting kegembiraan dan senyuman yang di ukir pada wajah mereka itu adalah yang lebih penting.

Beliau berkata, golongan ini mungkin tidak tahu menilai wang ringgit tetapi hanya inginkan perhatian dan didikan yang sempurna dari semua pihak bagi mencerminkan kasih sayang sebagai insan yang hampir dengan mereka.

Menurutnya, mereka juga perlukan semangat dan sokongan yang kental dari masyarakat sekeliling untuk mereka meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.

“Saya amat berbangga apabila Jabatan Pertanian Daerah Kerian telah berbesar hati untuk bekerja sama bagi membantu memberikan anak benih serta kelengkapan bertani kepada anak-anak pendidikan khas ini untuk memulakan projek pertanian mereka.

“Kita amat terharu dengan sokongan dan bimbingan jabatan pertanian serta semua guru-guru yang terlibat yang mahu melihat anak-anak ini menempa kejayaan seperti anak-anak yang normal di luar sana,” katanya.

Sinar Harian: 13 Oktober 2009

Kongsi Pengalaman 4 - Rawatan autisma dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran

Autisme dapat dirawat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Ia dapat dilakukan oleh ayah ataupun ibu si pesakit.

Baca surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas masing-masing 7x, ayat Kursi 1x dan Al-Fatihah 40x.

Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah Swt. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi pesakit.

(Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr. Mohammad Ali Toha)

Monday, March 28, 2011

Bila anak memberontak


IBU BAPA perlu konsisten dalam membentuk tabiat dan tingkah laku anak-anak.


KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.

Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.

Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.

Tabiat

Bertanya kepada Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, beliau menjelaskan, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.

“Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.

“Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.

“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Azhar menjelaskan, tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa.

“Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.

“Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.

“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.

“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.

“Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik.

“Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru,” jelasnya.

Wanita lebih murung

Kembali meneliti penyelidikan Ramli, antara kesimpulan daripada kajian tersebut ialah di antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mendapat kemurungan.

Golongan yang tidak terkecuali ialah kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan rendah, di kalangan keturunan Cina dan mereka yang terlibat dalam masalah disiplin seperti mencuri dan mengambil alkohol.

“Kemurungan dalam kajian lain sememangnya berkait rapat di kalangan mereka dari sosioekonomi rendah.

“Disebabkan tekanan hidup menyebabkan mereka lebih cenderung mendapatnya.

“Mengapa di kalangan keturunan Cina lebih cenderung? Antara spekulasi mengapa kajian ini mendapat keputusan begini kerana masyarakat Cina lebih terbuka menzahirkan tanda-tanda dan perasaan mereka berbanding masyarakat lain,” ulas Ramli.

Menolak tanggapan bahawa semua kanak-kanak yang dilabelkan nakal atau memberontak sebagai memiliki masalah sikap, Ramli mempunyai pandangan tersendiri.

“Jika anak memberontak, jangan lekas menghukum, apalagi terus merotan mereka. Adalah penting ibu bapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu,” katanya.

- Kosmo/Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


Wednesday, March 23, 2011

Sarapan baik untuk minda


SARAPAN yang disediakan sendiri lebih baik daripada sarapan yang dibeli.


SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.

Sebaliknya, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi untuk bersarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.

Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,

Secara umum, wanita Malaysia yakin dan prihatin dengan kepentingan mengalas perut dengan sarapan pagi yang berkhasiat untuk diri dan keluarga.

Meskipun sebahagian besar wanita bandar terdiri daripada mereka yang bekerja, namun kesibukan mengimbangkan masa antara urusan tugas, rumah dan keluarga bukan alasan mengabaikan sarapan.

Rumusan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan ke atas sepuluh orang wanita yang bekerja sama ada bujang atau sudah berkahwin. Mereka berumur di antara 27 hingga 33 tahun dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.

Alternatif mudah

Sarapan pagi yang disediakan sendiri lebih berkhasiat berbanding membelinya. Bagi yang ingin melawan kesibukan pada waktu pagi, roti dan susu adalah pilihan ideal yang paling ringkas.

Sesekali pada hari minggu, Hartini Yahya akan menunaikan permintaan anak-anaknya untuk bersarapan di luar, sekali gus dapat bermesra dengan keluarga serta menghilangkan tekanan.

Menurut seorang ibu kepada dua anak kecil, melihat anak gembira memang cukup berbaloi asalkan mereka makan sarapan.

Tetapi pada hari lain, Penolong Setiausaha di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu akan memastikan anaknya dibekalkan dengan sarapan yang dimasak sendiri.


BIJIRIN antara menu yang berkhasiat untuk sarapan.


Kesibukan sebagai pegawai perubatan tidak menghalang seorang lagi ibu muda untuk menekankan kepentingan sarapan kepada anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun sebelum ke sekolah.

Dr. Rohaya Abdul Razak akan memastikan ahli keluarganya bersarapan dengan makanan yang disediakan di rumah seperti bijirin dengan susu, telur atau bihun goreng.

Bagaimanapun, beliau sama sekali tidak akan membawa anaknya ke restoran makanan segera untuk bersarapan kerana menganggap makanan segera mempunyai kandungan lemak yang terlalu tinggi.

Rakannya, seorang pengurus syarikat telekomunikasi, Shakila Imran juga enggan membenarkan anak-anaknya makan makanan segera yang disifatkan terlalu berminyak dan tiada sayur-sayuran.

Beliau menolak untuk menjadikan makanan segera sebagai hadiah atau insentif kepada anak-anaknya. Sebaliknya Shakila lebih gemar memasak sendiri jika anak-anaknya meminta makanan segera seperti kentang goreng termasuk hash brown, burger dan nugget.

Anak Shakila telah terbiasa dengan rutin menghabiskan susu yang disediakan setiap pagi sebelum ke sekolah atau tadika.

Ia cukup mengenyangkan mereka sehingga waktu rehat sekali gus menyediakan makanan seimbang yang penting sebagai permulaan hari yang baik.

Jika teringin untuk bersarapan di luar pada hujung minggu, Shakila lebih selesa memilih kedai biasa seperti kedai mamak untuk menjamu makanan seperti tose atau capati yang kurang berminyak.

Perkembangan minda

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.

Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. - Bernama

Monday, March 21, 2011

Prestasi anak murid Homtionku di peringkat sekolah masing-masing

Secara keseluruhanya, prestasi masih tidak memuaskan dalam peperiksaan bulanan peringkat sekolah kali pertama masing-masing walaupun ada peningkatan.

1. Adham (thn 3) - 73%
- tiada masalah diperingkat awal tuisyen

2. Puteri Syazwani (tg 1) - 50%
- lewat tuition, prestasi sebelum tuition 29%

3. Megat Shaqeer (thn 2) - 60%
- amat lemah dlm asas mahtematics

4. Nadirah (thn 3) - 62%
- bermasalah dlm divide

5. Kamalia (thn 4) - 48% (k1)
- asas math belum mantap terutama divide

6. Zulaikha (thn 4)- 70% (k1)
- tiada masalah kecuali aspek kecuaian

7. Ezham (tg 2) - 70%
- masih menghadapi masalah kecuaian

8. Afiq (tg 4) - 55%

9. Loqman (tg 2) - 67%

Keputusan pelajar lain belum diperolehi.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM 2010

1. UPSR 2010
Nama: Puteri Syazwani
Pencapaian Math - B

2. PMR 2010
Nama: Afiq
Pencapaian Math - B

2. SPM 2010
Nama: Nurul Izzati
Pencapaian:
a. Math - A
b. Add Math - B+

Thursday, March 17, 2011

Tunjuk ajar guru pendamping untuk murid autisma

MENURUT Pengerusi Nasom, Teh Beng Choon, sistem di sekolah biasa yang menggunakan pembelajaran secara berkumpulan menyebabkan kanak-kanak autisme tidak berupaya menguasai kemahiran asas sosial.

“Kanak-kanak ini memerlukan perhatian lebih berbanding murid normal disebabkan kekurangan dialami dalam memahami setiap perkara dipelajari.

“Masa diambil untuk mengenali sesuatu perkara juga agak lama dan perlu diterangkan secara berulang kali kepada mereka agar lebih jelas dengan maksud perkataan terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Damansara Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Teh berkata, kekurangan pendedahan mengenai autisme dan kaedah serta pendekatan mengajar kanak-kanak autisme menyebabkan guru hanya mengajar mengikut pengalaman dan mengikut logik tanpa mengetahui sama ada cara digunakan itu betul atau salah.


Oleh itu katanya, Nasom mewujudkan satu program integrasi bagi membantu kanak-kanak autisme secara menyeluruh di mana, seorang guru pendamping disediakan untuk memantau dua pelajar autisme di sekolah biasa.


“Dengan kehadiran guru pendamping sekurang-kurangnya dapat memberikan pengawasan kepada pelajar autisme dalam menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

“Kanak-kanak ini akan lebih fokus dan berada dalam keadaan terkawal kerana dalam pengawasan tanpa mengganggu pelajar lain,” katanya.

Hingga kini, terdapat 30 guru pendamping disediakan Nasom membantu lebih kurang 70 kanak-kanak autisme menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan biasa.

Namun, bilangan guru yang sedikit ini memberikan banyak tekanan kepada Nasom dalam mengendalikan kaedah pembelajaran sepatutnya bagi membantu kanak-kanak autisme ini.

“Kami memiliki bilangan kanak-kanak autisme melebihi jumlah guru pendamping dan hanya segelintir mampu diberi perhatian sewajarnya.

“Tetapi ini tidak bermakna masalah ini dipandang sepi begitu saja kerana kami sedang berusaha memastikan jumlah guru berkelayakan bertambah,” katanya.

Bagi memastikan bilangan guru pendidikan khas kanak-kanak istimewa ini bertambah, Nasom mengendalikan program diploma bidang autisme untuk melatih mereka yang berminat.

Bagaimanapun terdapat syarat perlu dipenuhi mereka yang ingin mengikuti pengajian diploma terbabit iaitu mereka dikehendaki bekerja dengan Nasom selama tiga bulan sebelum membuat keputusan meneruskan pengajian ataupun tidak.

“Dengan ini pelatih baru dapat menimba pengalaman mengendalikan kanak-kanak autisme, mendapat biasiswa penuh daripada Nasom dan pada masa sama memperoleh pendapatan daripada khidmat yang dilakukan.

“Kini terdapat dua kumpulan perintis guru berkelayakan mengendalikan kanak-kanak autisme berjaya dikeluarkan Nasom tetapi masih belum dapat memenuhi permintaan sepatutnya. Kami berharap lebih ramai pihak akan membuka mata mengenai perkara ini,” katanya.

Kanak-kanak autisme perlu didedahkan kepada kehidupan dan pergaulan normal bukan bertindak menyisihkan mereka di suatu tempat terasing.

Disebabkan itulah antara cara terbaik merawat kanak-kanak istimewa ini dengan membiarkan mereka bergaul dengan rakan sebaya yang normal sejak awal terutama di sekolah.

“Sekurang-kurangnya mereka belajar berdikari dan mendapat sokongan rakan dalam mengatasi permasalahan sosial yang dihadapi tetapi tetap dengan pengawasan guru pendamping berkelayakan.

“Ini dapat membantu menyediakan mereka untuk masa depan lebih cerah,” katanya.
Tidak dinafikan, ibu bapa berhadapan cabaran sama berat kerana kos diperlukan untuk merawat kanak-kanak autisme adalah amat tinggi dan tidak ramai daripada mereka berkemampuan.

Ada ibu bapa kecewa �selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya.

“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau tidak pintar, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka.

“Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme lebih perlahan �daripada kanak-kanak normal.

“Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” katanya.

Kekurangan kesedaran mengenai autisme turut menyebabkan ibu bapa menyembunyikan hakikat bahawa anak mereka menghadapinya.

Keadaan ini mengakibat�kan anak istimewa ini tidak mendapat rawatan serta terapi diperlukan bagi menyediakan mereka untuk masa hadapan.

“Jangan beranggapan autisme tidak boleh dirawat kerana jika ia dimulakan sejak awal banyak perubahan boleh dilihat terhadap perkemba�ngan kanak-kanak itu.

“Mereka boleh berdikari dan mampu bekerja untuk pendapatan diri dan keluarga tetapi masih tetap dengan pengawasan,” katanya.

Selain itu, katanya sempena Bulan Autisme yang disambut pada April depan, Nasom turut menganjurkan program Autism Walk: Take the Step Forward, Support The Cause pada Sabtu, 2 April, jam 8 pagi.

Tuesday, March 15, 2011

Misteri Autisma

Beberapa hari yang lalu, bilamana TeaCha cuba untuk berkata mengenai Hari Autisma Sedunia, dan ajakan untuk menyumbang dana kepada program sempena hari tersebut. TeaCha telah di”patahkan” dengan ungkap bicara seorang teman sebelum TeaCha sempat membicarakan “keterangan lanjut” dana tersebut…..

Ungkapnya…(lebih kuranglah) “mengapa kita sering membicarakan tentang Autisma, mengapa banyak yang membicarakan tentang Autisma, aktivti/program untuk Autisma padahal banyak lagi masalah pembelajaran yang lain, Syndrom Down ka, Epilepsy, ADHD dll…..”

TeaCha hanya mampu TERDIAM panjang…dan MENGUNGKap kata ”Autisma Misteri”.

Autisma adalah misteri…. bukan misteri Autisma…. errmmmm….

dalam fikiran TeaCha ada dua faktor utama yang menyebabkan “masyarakat” kita memandang Autisma lebih dipublisitikan berbanding masalah pembelajaran anak-anak istimewa yang lain.

1. Ibubapa kepada anak-anak Autisma proaktif menggunakan kesempatan fenomena laman sosial terkini dalam membina komuniti.

2. Terdapat saluran/center NGO yang aktif dalam menyediakan aktiviti untuk anak Autisma selain memperkenalkan Apa itu Autisma.

3. Autisma itu misteri…. bg TeaCha misteri. Giffted yang ada pada anak2 Autisma TeaCha sering sahaja jadi tajuk bicara TeaCha pada kawan-kawan… entah mereka faham atau tidak……

Dalam usia pengalaman TeaCha. Disebalik masalah tingkah-laku dan emosi anak2 Autisma (yang boleh menganggu pembelajaran mereka) ini, ada sesuatu yang istimewa, kebolehan mereka yang tidak ada pada anak2 di aliran perdana. Misalannya, R, Seorang anak Autism yang berumur 6 tahun bersekolah di prasekolah integrasi, pada awal tahun, TeaCha dapati R sudah boleh membaca “big book” dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Sesuatu yang menarik untuk TeaCha eksplor (walaupun dikalangan guru2 pendidikan khas sesuatu yg luar biasa dikalangan anak autisma bukannlah sesuatu yang luar biasa….sudah biasa bah dorg dengan cerita keluarbiasaan anak2 autisma.. ;-) ).

Tetiba teringat…..

Si A Autisma…… tapi kenapa macam tu….x nampak ble buat apa2 pun… duduk tepi katil sahaja main tu buah2an plastik….

Si B pun Autisma kan…. makan sahaja kerjanya…… pas tu itu sahaja kerja dia jalan2…

Si C kan Autisma juga…. kenapa dia pandai..ble tulis ble baca….. tapi tu arr… x mau duduk belajar….

Si D ADHD, tapi kan…kenapa dia macam autisma saja… x hyperpun…

Senario diatas memperlihatkan kita bahawa setiap anak-anak Autisma adalah unik namun, ciri umum mereka adalah sama. Berdasarkan pembacaan TeaCha, terdapat lima jenis Autisma.

1. Autistic Disorder – Merujuk kepada kanak-kanak yang berumur dibawah tiga tahun yang mengalami masalah imaginative play, interaksi sosial dan komunikasi.
2. Aspergers Syndrom – Anak – anak ini tidak mempunyai masalah pertuturan dan biasanya anak-anak ini memperolehi purata atau lebih dalam skor ujian kecerdasan. Bagaimanapun anak ini mengalami beberapa ciri yang sama dengan anak Autistic Disorder dan mengalami masalah banyak masalah sosial. Adakalanya anak-anak ini lewat dikenalpasti/didiagnostik sebagai AS – biasanya detaksi hanya pada bila usianya di prasekolah atau lewat lagi daripada itu. Yang menariknya, anak ini memiliki kecenderungan meminati satu-satu perkara dan boleh membicara tentan perkara itu sacara detail. Contohnya, jika anak itu minat kereta, dia boleh menyatakan semua jenama kereta. Jika anak itu minat logo, dia boleh melukis semua jenis logo yang dilihat dan menarik perhatiannya.
3. Pervasive Developmental Disorder (PDD). Untuk kategori ini, kanak-kanak itu memiliki beberapa ciri autisma namun tidak persis sama dengan ciri tersebut dan tidak sesuai dikategorikan dengan kategori autisma yang lain. Dan mungkin juga untuk kategori ini anak autisma tersebut memiliki banyak karektor autisma dalam satu masa. Jika anda berjumpa 10 org Doktor, 3/4 orang daripada doktor tersebut mungkin mendiagnostik anak anda sebagai pDD. Anda berjumpa lagi 10 org doktor yang lain… 5 daripada 10 orang doktor tersebut mendiagnostik anak anda sebagai Autistik.
4. Rett’s Syndrom – Hal ini terjadi dikalangan kanak-kanak perempuan. Bermula dengan pertumbuhan normal. Kemudian dalam usia antara 1 hinggah 4 tahun, dia mengalami masalah kemahiran sosial dan komunikasi. Dan boleh dilihat penggunaan tangannya, gerakkan berulang tanganya.
5. Childhood Dis integrative Disorder – Anak – anak berkembang secara normal biasanya sekurang – kurangnya dua tahun pertama dan kemudiannya mula kehilangan beberapa atau sebahagian besar kemahiran sosialnya.

Rujukan - http://ceritarasahati2.blogspot.com/

Keputusan ujian bulanan

NOOR FAKHIRA IZZAH IZZATI (Kaklong)

BM (Penulisan) - 80%
BM (Pemahaman) - 84%
BI - 75%
Math - 56%
Sains - 67%

Catatan: 2A 2B 1C

Faqihah kehilangan guru kesayangannya












"mudah2an HIJRAH ini m'bawa 1001 kebaikan dan rahmat... SELAMAT TINGGAL SERI MUTIARA..." - Rabiatul Adawiah
Terima berita yang amat mendukacitakan. Cik Rabiatul Adawiah telah ditukarkan ke SK PPH, Ulu Kinta. Faqihah akan kehilangan seorang guru yang telah mendidiknya sebaik mungkin sehingga berada ke tahap sekarang. Beliau telah digelar ibu tiri kepada Faqihah kerana komitmen tingginya kepada Faqihah sepanjang beliau berada di SK Seri Mutiara. Beliau juga telah diberi tanggungjawap mengajar dan mempastikan prestasi akademik Faqihah dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris sepanjang 2011 sebagai persiapan Faqihah untuk berada di aliran perdana (inklusif) pada tahun 2012. Kami sekeluarga amat bersedih dgn pemergian beliau dr sk seri mutiara. Walau apapun..takdir telah menentukan...selamat maju jaya di tempat bertugas baru.

Cuti Pertenggahan Penggal 2011 - Aktiviti anak-anak autisma KAA

by KELAB ANAK AUTISME on Tuesday, March 15, 2011 at 10:25am

Apakah aktiviti anak autisma anda semasa cuti pertengahan penggal persekolahan 2011 ini?

1. Mohd Nasri Awang Besar

Nak bawak adleena( 8 tahun ) ke PD, dia suka sangat dengan laut, tapi ikut stage by stage , start dengan main pasir 5 minit then main kat kaki air then paras betis, peha, pinggang, lepas tu kena stop , kalau tak alamt sampai paras leher pun dia nak pegi. Dia x suka kolam. So memang purposely cari hotel yang dekat dengan pantai.....

2. Noradilah Abdullah

Jadual Dzariff dipenuhi dengan appointment OT, ST, child psychiatrist and bla bla bla yang berkaitan dengan hospital.. huhuhuu! Mama nak gi jenjalan laaaa....

3. nis Safraz Bt Ahmad

blk kampung hehe

4. Harliza Bt Jamaluddin

anak saya nak pmr so...study la...

5. KELAB ANAK AUTISME

Faqihah kena buat banyak tugasan yg guru-gurunya berikan...

6. Adlina Abu Naim

kalau cuti skolah time dapat gaji boleh la jalan..ni tgh bulan..dok rumah je la jawabnye..pi shopping mall window shopping je..:)

7. Ju Mustapha

Semua anak2 termasuk khalid..akan dipaksa menjadi bibik..hehehe..for pratikal life.....sekurang2nya khalid dah tau lapmeja kalau air tumpah..hanger baju take turn....cuma tak suruh masak je lagi..hahahha..yg penting wlpun cuti..tetapkena belajar kat rumah....sbb ada 2 cikgu extra kat umah....

8. Marina Ariff

Umar selain dari kena siapkan homework dari sekolah, dia ada few performance juga dalam minggu ni. Tapi hari ni saya nak tarin dia ngan adik dia tolong saya lipat kain.....semua kena lipat kain baju masing2.....bila dah ok, nnt nak ajar iron baju pulak...dia kan dah 13 thn...;)

9. Zaihan Zainal

my kid is not autistic but he has issues. complicated nak cerita. i put him n siblings in swimming class, art class. at home, we've got cooking session, art session, writing/math and lego building. we go to the park if the weather is good. he was hyperactive when he was 2. i used to plan different activities every 30 mins. penat but after a couple of years, it became a routine. senang sikit

10. Adlina Abu Naim

Kids love routines esp autistic kids.good that we plan some routines 4 them.good idea che an.will plan different routines 4 my boys.every half an hr ye?rajin u.kena rajin jgk la.i ni pemalas asyik biar diorg dgn komputer je sbb diorg suka

11. Khairul Hazim Zainuddin.

Aktiviti yang saya buat semasa cuti sekolah ialah bermain internet, membuat folio yang diberi oleh guru, menangkap gambar menggunakan kamera saya iaitu Lumix oleh Panasonic. Saya dapat kamera ini daripada mama kerana saya berjaya di dalam ujian UPSR pada tahun 2008. Cuti ini saya akan membuat ulang kaji untuk PMR bulan Oktober ini

12. Bonda Mirza

untuk Syabil pulak..sehari dua ini dia duduk dirumah dengan nenek saje kot..pastu rabu ada speech terapi kat sekolah dia..then jumaat ada speech terapi kat PPUKM pulak.syabil baru sebulan lebih bersekolah,arini cuti menangis nak kes ekolah pulak.aduhai...

13. Adlina Abu Naim

Bonda,anak saya syfq 9 thn pun nangis nak pi skolah.stress dok rumah agaknye.

14. Noradilah Abdullah

sama la dengan dzariff hari ni. Pagi tadi ada OT, lepas tu takde aktiviti dah. dia duk la main air kat sinki. Nak pegi swimming pool hujan pulak. Bila dah boring, mulala jerit2 ...kusut betulla.

15. KELAB ANAK AUTISME

Faqihah dah mula buat Homework..BM, BI, Math dan Science yang cikgunya berikan... laju je dia buat. Tiada masalah nak suruh dia buat walaupun banyak GODAANnya...tv dan komputer.

16. Marina Ariff

cuti ni terpaksa hadkan penggunaan komputer pd Umar dan adik2. Lps cuti Umar ada ujian bulanan, homework pun byk nak kena siapkan.Appoinment dgn dentist lagi, agak mencabar esok ni. Ada few performance juga dlm minggu ni. Pas tu mamanya pulak tgh nak bagi training utk 'housekeeping'.....mcm padat je jadual dia ye...sian anak saya ;)

17. Ummie Zafir

Zafir pulak ummienya agak 'rajin' cuti ni so, dia main2 je, online game, game boy, marble race dan mcm2 game lg dgn ummienya sbb toy room x dikunci sepanjang cuti ni n asalkan simpan toys lepas main, sek ada 1 hari je kat HappyLand, tp hari ni nk bg dia aktiviti menulis (sbb tulisan dia 'cantik') n main game sorting menggunakan toy yg ada, plus selang seli squat kat tandas sbb masih buang air besar berdiri..hwork pun kena buat gak sbb hujung minggu dh nk blk kg pulak..:)

Rahsia Di Dalam Ais

by KELAB ANAK AUTISME on Tuesday, March 15, 2011 at 12:14pm

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut..

nota: air sejuk ni maksudnya air yang tak dipanaskan... sejuk secara semulajadi dan tak dimasukkan ke dalam peti sejuk.. air sejuk... cam air perigi... Rasulullah juga tak mengamalkan makan sesuatu yang panas... kerana yang sudah turun suhu kepanasannya adalah lebih baik =)

Friday, March 11, 2011

Anak mahu cemerlang

IBU bapa sering merungut anak mereka bermasalah, malas, tidak solat, gagal mengurus masa, kerja sekolah tidak siap dan degil.

Hakikatnya, mereka bukan malas. Pengalaman kami mengendalikan Seminar Motivasi Alihan Pelajar sejak lebih 15 tahun lalu mendapati anak-anak mahu cemerlang dan suka menggembirakan ibu bapa mereka.


Cuma, mereka mungkin kurang diberikan dorongan positif, tidak ada tujuan dan matlamat hidup atau tidak didedahkan dengan cara yang betul untuk berjaya.

Apa yang kita rasa, sangka dan jangka maka itulah cara anak-anak kita bertingkah laku.


Jika kita rasa anak kita tidak cukup bagus, jangka anak akan timbulkan masalah, maka bagaikan seorang tukang ramal yang tepat, itulah yang berlaku.


Sebaliknya apabila kita rasa anak ada peluang, kita sangka mereka boleh dan kita harap kecemerlangan, itulah kemungkinan besar yang berlaku.

Minda umpama magnet yang akan menarik apa sahaja bentuk fikiran dan gambaran yang dihasilkan. Oleh itu letakkan rasa, sangka dan jangkaan yang besar terhadap diri anak-anak kita.


Apabila kita jangkakan anak-anak boleh berjaya dan penghujung kepada perjalanannya sebagai seorang pelajar sedia menanti sebuah kecemerlangan, kita akan berusaha dengan lebih proaktif.

Kita belikan buku-buku tambahan dan keperluan anak. Kita masukkan dia dalam pelbagai program yang boleh mengasah bakatnya. Kita usaha tingkatkan prestasi pelajarannya dan membantu mengatasi kelemahannya melalui kelas tuisyen. Malah kita juga tidak akan kedekut menghantar anak-anak ke seminar motivasi dan teknik belajar.


Pendek kata, kita akan lakukan apa sahaja dan sanggup berkorban wang ringgit kerana kita percaya anak boleh cemerlang. Kepercayaan itu datang daripada apa yang kita rasa, sangka dan jangkakan itu tadi.


Sikap membuat andaian buruk merugikan masa depan anak-anak. Misalnya apabila disarankan membeli buku latihan atau buku tambahan, ada ibu bapa yang berkata, "buat apa beli buku latihan banyak-banyak. Bukan anak saya buat pun. Tahun lepas buku yang telah dibelikan untuknya dia hanya buat latihan dalam beberapa muka surat sahaja. Anak saya ni pemalas sikit".


Pertama, ibu bapa sudah menanam persepsi negatif tentang kemampuan anak mereka.


Kedua, ibu bapa tidak percaya yang anak mereka mampu melakukannya.


Ketiga, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendorong dan mendisiplinkan anak-anak bagi memastikan mereka mahu memanfaatkan buku-buku yang telah dibeli itu.


Begitu juga apabila ibu bapa mengetahui sesuatu program atau seminar motivasi diri atau teknik belajar, mereka lalu berkata "Alah, buat apalah masuk program atau seminar motivasi ni, kesan perubahannya seketika sahaja. Kelak nanti anak balik semula kepada perangai lama".


Sebenarnya ibu bapa yang tidak faham akan objektif atau tujuan sesuatu program itu. Minda manusia berfikir menggunakan rujukan. Apabila berdepan dengan satu perkara baru atau masalah, minda akan mencari apakah sumber maklumat yang ada dalam simpanannya.


Maklumat-maklumat ini menjadi asas kepada penyelesaian, pandangan, idea dan kreativiti. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk minda menghasilkan sesuatu yang baik dan bernas.


Apabila anak-anak ikuti seminar, bengkel atau program motivasi dan teknik belajar, mereka memperoleh pelbagai maklumat baru terutamanya berkaitan dengan aspek kecemerlangan, pengurusan diri dan pembelajaran.


Maklumat baru ini pastinya akan diadun, diaplikasi dan dimanfaat anak-anak dalam mencari penyelesaian dan jawapan terhadap masalah, tekanan atau kesukaran.


Akhirnya, keputusan serta tindakan yang diambil oleh mereka biasanya lebih efektif dan matang berbanding anak-anak yang tidak pernah terdedah dengan ilmu-ilmu kecemerlangan.


Kawalan diri mereka lebih baik. Jika mereka tersalah langkah atau tersasar jauh ke hadapan, mereka tahu cara untuk berpatah balik dan bangkit semula daripada kegagalan. Semua ini adalah kesan yang tidak boleh dilihat secara langsung namun berlaku dalam diri anak-anak.


Apabila persepsi negatif wujud dalam minda ibu bapa maka itulah yang berlaku. Seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi, minda umpama magnet yang akan menarik apa yang ada di dalam fikirannya.


Ini bersesuaian dengan hadis qudsi yang mana Allah telah menegaskan: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap�hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku... ." Maknanya apa yang kita gambarkan dan fikirkan itu adalah satu doa. Sebenarnya bukan rugi apa pun jika kita berfikiran lebih positif terhadap anak-anak. Yakin bahawa mereka boleh berjaya dan mampu melakukan perubahan. Cari kebaikan dalam diri anak dan suburkan kebaikan itu.


Cari kelemahan dan kekurangan diri anak lalu berusaha mengikis dan mengatasinya. Berkorban hari ini demi kecemerlangan masa depan anak.


Anak-anak itu unik. Mereka lahir dengan pakej masing-masing yang lengkap dengan bakat dan kebolehan yang ada dan dominan pada dirinya dan tiada pada diri orang lain.


Tugas ibu bapa adalah memberi peluang untuk anak-anak mengenal, memupuk, mengasah dan memanfaatkan bakat serta kebolehan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan ini bagi mencari rezeki.


Dengan memberikan anak-anak kita pendedahan dan peluang, mereka akan mampu maju jauh ke hadapan berbanding dengan anak-anak orang lain. Kecemerlangan akademik itu penting tetapi ia bukannya satu-satunya sahaja jalan untuk berjaya.


Malah, pengalaman kami menganjurkan seminar Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara membuktikan bahawa anak-anak mampu cemerlang.


Pernah ada pelajar yang sebelumnya menduduki tempat 40 dalam kelas akhirnya masuk dalam kelompok lima pelajar terbaik selepas berkursus selama dua hari.


Ada yang dulunya duduk dalam kelas keempat lalu naik ke kelas pertama. Ada yang tidak pernah mendapat 'A' dalam pelajarannya akhirnya, setelah dua hari dimotivasikan, mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan PMR.


Pendek kata, seminar mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.

Menyelami pesakit autisme

MENURUT istilah sains, autisme dikategorikan sebagai gangguan perkembangan yang kompleks disebabkan kerosakan pada otak sehingga mengakibatkan gangguan pada perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, pengetahuan dan belajar.
Pesakit mempunyai perbezaan dalam kemampuan dan perilaku mereka. Masing-masing memiliki sekumpulan ciriciri yang unik serta kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Talian Hayat kali ini paparkan masalah yang disuarakan seorang datuk mengenai cucunya mengalami masalah penyakit itu kepada penerbit yang juga pengacara Talian Hayat, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim atau Wan K.

Menurut Wan K, akibat daripada penyakit itu kanak-kanak berdepan masalah terlalu aktif, mengulas percakapan orang dan sukar membawa diri. Penyakit ini juga menjadi salah satu faktor di mana ibu bapa berasa tertekan.

“Saya sendiri tidak begitu mengetahui mengenai autisme sehingga mendapat penjelasan daripada seorang profesor dan beberapa doktor yang membuat kajian serta sudah mengenal pasti mengenai penyakit ini.

“Tidak dinafikan, ramai ibu bapa yang kurang mengetahui mengenai penyakit ini. Malah, ada di kalangan profesor dan doktor berpendapat sebahagian besar masalah penderaan berlaku disebabkan penyakit ini.
“Ada beberapa gejala yang dikenal pasti pada golongan penghidap penyakit ini. Ada juga di kalangan saintis yang percaya penyakit ini disebabkan tekanan dan sikap ibu mengandung yang kuat merokok,” katanya.

Dalam episod sama, Wan K turut berpeluang meninjau kehidupan kelompok yang menghidapi penyakit itu termasuk berkunjung ke Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) iaitu sebuah pertubuhan yang mengendalikan pesakit autisma yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa di ibu kota.
Melalui beberapa kes, ada di kalangan pesakit yang mengikuti kaedah terapi dengan betul berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam beberapa bidang seperti menguasai permainan piano dan ada juga mencatat pencapaian memberangsangkan dalam bidang akademik.

Kanak-kanak yang mengidap penyakit ini juga berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila cubaan mereka dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi persembahan.

Seramai 25 kanak-kanak pengidap penyakit berkenaan berusia dari tujuh hingga 13 tahun turut menjayakan satu persembahan.

Tambah Wan K, pendedahan mengenai penyakit ini diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan memberi galakan kepada ibu bapa supaya mengambil iktibar mengenainya.

“Kanak-kanak yang menghidap autisme perlu diberi peluang. Malah, ibu bapa juga perlu melaksanakan kaedah yang betul bagi memulihkan penyakit berkenaan.

“Menurut kajian, ada beberapa ibu bapa yang mudah putus asa untuk membimbing pesakit autisme sehingga ada yang mengambil pendekatan salah seperti mengurung dan memukul anak-anak itu,” katanya.

Bukan hanya keluarga berdepan masalah autisme, masyarakat juga perlu mengambil tahu mengenai penyakit berkenaan.

Melayu lupa keberkatan?

NAMPAKNYA orang Melayu Islam telah lupa mengenai pentingnya keberkatan dalam hidup. Bagi Muslim yang mukmin, mereka percaya keberkatan memainkan peranan penting dalam hidup. Oleh itu, mereka akan memastikan segala makanan dan minuman yang masuk ke dalam mulut adalah halal berikutan ia akan menjadi darah daging mereka.

Muslim sedemikian, akan memastikan mereka tidak melakukan penipuan dan menerima rasuah bagi mengkhianati kaum sendiri kerana mereka tahu wang yang diperoleh secara tidak halal akan menyebabkan wujudnya titik-titik hitam di dalam hati.

Apabila hati telah mati dan menjadi keras, orang Melayu akan menjadi semakin liberal dan bersikap tidak apa apabila hak kaum mereka untuk bekerja atau berniaga diketepikan.

Itulah rintihan yang diluahkan oleh seorang aktivis masyarakat kepada wartawan Utusan Malaysia dalam satu pertemuan lebih dua jam pada cuti hujung minggu baru-baru ini.

Apa yang disebut oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan itu adalah masalah besar yang kini menghimpit orang Melayu khususnya para peniaga kerana mereka tidak lagi dibantu oleh kaum sendiri.

Menurut beliau, ahli-ahli politik Melayu kini hanya sibuk bergaduh sesama sendiri bagi merebut kuasa dan agama Islam yang masing-masing anuti gagal untuk menyatukan mereka.

Dalam masa sama, agensi dan jabatan kerajaan yang sepatutnya menolong orang Melayu lebih mementingkan keuntungan dan melupakan agenda sebenar untuk mengembalikan hak dan maruah kaum itu.

Beliau memberi contoh restoran di sebuah kompleks beli-belah ternama di Kuala Lumpur yang menjadi tempat temu bual kami yang sehingga kini gagal untuk mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan.

Jelas beliau, pengusaha terbabit wajar dibantu kerana dia telah menjalankan tanggungjawab murni untuk mempamerkan pelbagai produk yang dihasilkan oleh usahawan kecil Melayu di premisnya.

''Restoran ini adalah segelintir premis yang diusaha peniaga Melayu di sini dan saudara dapat lihat ia dihimpit oleh banyak gerai lain yang dipunyai bukan kaum kita.

''Ada agensi kerajaan yang pernah menjanjikan bantuan RM5,000 tetapi setelah tiga tahun, pengusaha restoran ini masih menunggu janji ini ditunaikan," ujarnya.

Menurut Nadzim, beliau turut menerima aduan daripada seorang usahawan penternakan yang mendakwa beliau ditekan sebuah agensi kerajaan supaya berpindah dari ladangnya.

''Ternakan beliau telah diracun pihak tertentu sehingga rugi berjuta-juta ringgit. Taktik ini digunakan supaya beliau keluar dari situ kerana kawasan berkenaan akan dimajukan sebagai padang golf oleh usahawan dari negara jiran.

''Masalah ini berlaku kerana ada sesetengah agensi kerajaan kita diketuai oleh Napoleon Kecil yang hanya mementingkan keuntungan termasuk komisen yang diterima, bukannya agenda utama untuk membantu orang Melayu," katanya.

Beliau menyifatkan Napoleon Kecil itu sebagai sangat berkuasa dan cukup angkuh kerana mereka tidak menghiraukan surat sokongan daripada Perdana Menteri yang dibawa oleh usahawan itu yang mengarahkan isu berkenaan diselesaikan segera secara baik.

Dalam pada itu, beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa sikap mengabaikan keberkatan dalam hidup turut menular di kalangan syarikat yang dimiliki parti politik Melayu.

''Jangan terkejut jika saya beritahu saudara bahawa syarikat terbabit telah memesan berpuluh ribu kuih yang dihasilkan usahawan Cina. Mungkin alasan yang diberikan adalah kerana harga yang murah dan servis lebih baik.

''Saya tidak menyalahkan usahawan Cina terbabit kerana dia pandai, tetapi saya menyalahkan orang Melayu seperti ini yang tidak sedar diri," katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, komen itu bukan bererti beliau mempertikaikan ajaran Islam sebagai agama yang cintakan keamanan dan kedamaian di antara kaum.

''Islam tidak pernah menegah umatnya berniaga atau berurusan dengan kaum atau bangsa lain. Namun, sebagai Muslim, sepatutnya kita sentiasa membantu saudara seagama dalam segenap bidang.

''Inilah pentingnya soal hati tadi. Jika hati kita tidak mati, sudah tentu kita akan memberi keutamaan membeli barangan atau perkhidmatan di kedai Muslim.

''Jika sudah tidak ada orang Islam yang mampu mengeluarkan sesuatu produk, barulah kita berniaga dengan bukan Islam. Ini tidak, ramai orang kita yang lebih suka berniaga dengan bukan Islam sedangkan produk yang sama boleh didapati di kedai Muslim," ujarnya kesal.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kehairanan dengan sikap menteri-menteri Melayu yang amat payah untuk membantu kaum sendiri.

''Ada menteri kita kata, saya tidak boleh nak tolong, kerana saya ikut buku. Kalau ikut buku, kita tidak perlu menteri lagilah kerana kita boleh berurusan terus dengan pegawai-pegawai.

''Kita berjumpa menteri kerana mengharapkan mereka dapat menggunakan kuasa budi-bicara termasuk yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu. Menteri kita nampaknya macam tidak jelas agenda masing-masing, hendak tolong pun susah.

''Menteri ini tidak sedar bahawa kaum lain sangat mementingkan aspek bantu membantu dan mereka kena belajar dengan menteri Cina, bagaimana mereka menolong orang Cina," katanya.

Tambah beliau, di seluruh dunia budaya bending backwards (melentikkan badan ke belakang) untuk menolong adalah perkara biasa bagi bangsa maju seperti China, Jepun dan Yahudi.

''Kita patut belajar daripada Datuk Seri S. Samy Vellu (bekas Presiden MIC) kerana beliau pernah menelefon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memaklumkan permohonan sebuah syarikat kaum India untuk mendapatkan sijil halal. Kita mana ada menteri nak buat kerja macam ini,'' ujar beliau.

Tegas beliau, lebih banyak bantuan harus diberikan kepada orang Melayu berikutan kedudukan kaum itu yang masih tidak sama rata dengan kaum lain.

''Kalau kita yang tidak tahu ikat tali sarung tangan tinju pun disuruh berlawan dengan bekas juara dunia, Mike Tyson, ini tentu tidak boleh. Jika ini dibiarkan, kita akan terikat dengan undang-undang dunia iaitu yang kuat akan menjadi raja dan yang lemah menjadi hamba.

''Saya harap saudara tulis perkara ini, bagi menyedarkan semua pihak bahawa kedudukan orang Melayu kini cukup hina kerana kita lemah dalam segenap segi termasuk sosial, ekonomi dan pendidikan,'' katanya.

Walaupun situasi sekarang tidak memihak kepada orang Melayu, ujarnya, beliau yakin mereka boleh menjadi kaum yang kuat, jika sedar diri dan sanggup berubah dari sekarang untuk menolong kaum sendiri.

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my


Thursday, March 10, 2011

Berita gembira buat Faqihah

Faqihah akan masuk kelas pelajar normal pada tahun 2012...dimaklumkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas semasa Taklimat Hari Bertemu Waris pagi tadi. Alhamdulillah...untuk tujuan tersebut...Organisasi khas (Inklusif) telah diwujudkan di sek tersebut bagi memantau perkembangan murid2 yang akan diserapkan ke dalam kelas pelajar normal 2012. TERIMA KASIH CIKGU sk seri mutiara...

Tanda sokongan rakan-rakan Kelab Anak Autisma

  • Marina Ariff Semoga semuanya berjalan dgn lancar.....tahniah....
    9 hours ago ·
  • Chikokoci Koci Tahniah...moga anak saya nanti pun dapat berjaya melaluinya nanti.insyaAllah
    9 hours ago · · 1 personLoading...
  • Hidayah Azemi tahniah...harap adam nanti pon akan dapat peluang camni...
    8 hours ago · · 1 personLoading...
  • Syahida Yep Syabas pak yeop...Alhamdulillah!
    8 hours ago ·
  • Zamri Tembol tahniah kepada para guru yang menyokong, mendorong & membimbing....

    pak yeop: pintu ke satu dunia baru untuk Faqihah, tahniah.
    8 hours ago ·
  • Reel Sulaiman tahniah
    7 hours ago ·
  • Shima Abu Kassim Syukur alhamdulillah....semoga setiap hari dia semakin improve...
    6 hours ago ·
  • Yatt Hayati alhamdulillah.....
    6 hours ago ·
  • Hanisa Binti Abd Hamid Alhamduliiiah..lagipun dia semakin besar dan bijak...
    6 hours ago ·
  • Uccu Mya tahniah2 Faqihah..
    5 hours ago ·
  • Rabiatul Adawiah hehe... insyaAllah moga tingkah laku dia lebih terkawal menjelang next year... =)
    5 hours ago · · 1 personLoading...
  • Suzi Azilah tahniah faqihah!!!!!!!!!...
    3 hours ago ·
  • Pak Yoep Insya-Allah...kami akan lipat-gandakan usaha untuk tujuan tersebut.
    34 minutes ago ·
  • Pak Yoep Kami sekeluarga doakan agar ramai lagi anak-anak istimewa yg berada di kelas pendidikan khas akan diserapkan ke aliran perdana (Normal)...bukan sahaja di sekolah ini tapi di sekolah-sekolah lain juga. Komitmen ibubapa dan semua guru pendidikan khas amat diperlukan untuk tujuan tersebut. Tanpa usaha semua pihak, ianya tidak akan berjaya.