Friday, February 4, 2011

Konsep Formula Colour Vibration Therapy

Konsep Formula Colour Vibration Therapy
Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Semua formula yang dihasilkan oleh Colour Vibration Therapy tidak diklasifikasikan sebagai ubat. Formula Colour Vibration Therapy telah dipertenagakan dengan konsep kelajuan cahaya dan gertaran bunyi yang dihantar kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzin dan berbagai jenis asid amino semulajadi yang menjadi keperluan sel-sel yang mengalami kepincangan.

Ia bukanlah penawar kerana penawar semulajadi sebenarnya telah ada di dalam diri individu itu sendiri di dalam hati. Colour Vibration Therapy dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan menjana (menyeimbangkan) semula kerja asas sel melalui aktiviti output dengan menggunakan segala bentuk bebanan keracunan untuk ditukar menjadi tenaga sebagai keperluan asas sel (penawar semulajadi yang bertindak sebagai antidot). Colour Vibration Therapy memegang teguh prinsip bahawa setiap racun itu adalah penawar. Colour Vibration Therapy cukup yakin bahawa sel-sel asas tubuh perlu dikembalikan semula getaran bunyi yang menjadi asas kepada keperluan tenaga hayat semulajadi sehingga ke dasar nukleusnya.

Colour Vibration Therapy menolak konsep taksub kepada bahawa ubat yang dicipta itulah yang menjadi penyebab kepada penyembuhan. Ini akan menimbulkan riak dan taksub kepada seseorang atau individu yang merawat. Kefahaman seumpama ini boleh mendatangkan kelemahan kesucian akidah kepada kepercayaan bahawa Allah lah yang menyembuhkan.

Formula Colour Vibration Therapy paling natural serta bebas 100% dari bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindak balas kimia atau keracunan.
Tidak menggunakan bahan-bahan daripada binatang atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif sering menimbulkan kesan sampingan yang amat berat. Ini membuatkan Colour Vibration Therapy mengubah cara dengan meniru frekuensinya sahaja bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya dan geratan bunyi dalam tubuh manusia. Menggunakan bahan daripada binatang tidak akan terlepas daripada pengaruh karektor bawaan haiwan tersebut.

Ia bergetar atas frekuensi warna yang tertentu untuk membentuk keseimbangan secara serta merta pada bahagian-bahagian yang sakit (tidak seimbang) pada setiap tahap tubuh.

Colour Vibration Therapy dengan teknologi memerangkap, meniru dan merakam pelbagai getaran gelombang seperti bunga-bungaan, kristal, buah-buahan dan segala jenis rempah ratus, dirakan dengan 7 jenis minyak pati aroma (essential oil) yang dikenali sebagai Formula Aromatherapy Vibration Seri Wajah berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dengan frekuesi tertentu.

Colour Vibration Therapy dengan teknologi memerangkap tenaga dengan konsep keseimbangan menggunakan tenaga yang kecil, tetap dan konsisten sehingga sukar diukur dengan kelajuan di bawah daripada 6 Hertz dalam bentuk tenaga yang amat semulajadi.

Tenaga sesuatu organ dipindahkan dan dirakamkan ke dalam larutan laktosa, sukrosa dan munyak pati bunga. Larutan ini mempunyai potensi skala sentesimol yang amat kecil dan ada kalanya ia tidak dapat dinilai frekuensinya kerana amat laju.

No comments:

Post a Comment