Friday, February 25, 2011

Hilang Kesabaranku


Buat kali ke-2 dalam tempoh 3 tahun aku menyingga.. mengaum sehingga didengari seantoro dunia. Rakan-rakan sekerjaku terkejut... sebab mereka tidak pernah melihat atau mendengar aku bertindak sedemikian. Ini kali ke-2 aku bertindak sedemikian.

Kali pertama semasa dalam kelas di mana pelajar tidak mahu melaksanakan arahanku...menulis jawapan di papan hitam. Bukan saja tidak mahu menulis tapi membuat reaksi yang tidak sewajarnya sebagai pelajar. Geram....apa lagi aku mengaum buat kali pertama sehingga pelajar tersebut menangis tersedu-sedu. Dia mohon keluar kelas. Rupa2nya dia talefon ibunya...selepas itu ibunya datang dan membawa dia balik awal.

Kini...Karvisant...seorang pelajar yang cacat dr segi mental dan fizikal (kaki)...dia merupakan pelajar baru melapor tahun ini. Dia mempunyai masalah tingahlaku. Tidak mendengar arahan guru, memukul rakan-rakan tanpa sebab dan menunjukkan reaksi melawan kepada guru. Selain bersekolah di sini, dia turut belajar di Pusat Pemulihan Komuditi (PDK). Dua kali seminggu dia belajar di sana.

Sebelum ini, aku tidak kisah sangat dgn tingkah-lakunya. Masalah tersebut diselesaikan oleh guru-guru dan PPM. Hari ini, semasa perhimpunan selepas rehat...dia menganggu rakan-rakanya dalam perhimpunan..memukul...menjerit-jerit tanpa sebab. Aku selaku guru bertugas arahkanya keluar drp perhimpunan diawasi oleh pengawas pendidikan khas. Tidak mahu mematuhi, pengawas keluarkan juga dia drp tempat perhimpunan. Apa reaksinya....

Dia membuka seluar dan seluar dalamnya sebagai tanda protes. Nampak 'anu'nya. PPM tidak boleh buat apa-apa...apa lagi aku 'mengaum' dihadapannya. Mula2 tak mahu juga ikut arahan memakai semula seluar tsbt. Akhirnya dia akur...nampak ketakutan dgn tindakanku. Kesian juga aku...sekali aku mengaum...dia ketakutan...mengigil...itu le pasal..jangan buat hal. Dia memakai semula seluarnya dan masuk semula ke dalam kelas. Dalam hatiku tiada sedikit pun perasaan marah, cuba bertindak tegas supaya dia tidak mengulangi perbuatan yang tidak sewajarnya...telah berada dalam tahap kritikal...membuka seluar (telanjang) sebagai tanda protes.

Semasa aku bertindak sedemikian...ramai yang melihat dan terkejut dgn tindakanku yang tidak pernah mereka dengar dan lihat sebelum ini. Tindakanku itu disaksikan juga oleh pelajar-pelajar pendidikan khas lain dan pelajar aliran perdana. Guru-guru...tak pasti berapa ramai yang tengok. Tetapi...selepas kejadian itu..ada yang berkata...garangnya yoep...tak pernak kami tengok yoep macam tu. Aku cuma bertindak demikian sekiranya sesuatu itu dah berada dalam keadaan kritikal. Sentuhan fizikal bukan amalanku...rotan...

Niatku ketika itu...mendidiknya. Tiada terdetik pun dlm hatiku untuk memarahinya...

Akhirnya, aku berisytifar...memohon keampunan kehadrat Illahi. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak istimewa ini. Ameen...

No comments:

Post a Comment