Friday, June 22, 2012

Luangkan masa bersama anak

SEMUA ibu bapa mahukan anak-anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat.

Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya.

Menurut Perunding Motivasi MAP Training, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika kita mahukan anak-anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak-anak.

“Pertama, pengorbanan masa untuk anak-anak kerana bagi mereka nilai sebuah kasih sayang itu diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama. “Ini kerana ada ketika anak ingin sampaikan atau ceritakan sesuatu tanpa kehadiran adik-beradik lain,” katanya. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak-anak sebelum berdepan dengan permasalahan. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, berkata jangan hanya sedar kesilapan apabila anak-anak bermasalah.

“Ketika itu keadaan sukar untuk dikawal dan pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian serta persepsi negatif.

“Sebelum nasi menjadi bubur berikan masa yang cukup untuk bersama dengan anak-anak. “Ambil tahu perkembangan mereka, persekolahan, kawan-kawan, hobi dan segalanya berkaitan kehidupan mereka,” katanya.

Kedua, korbankan perasaan dan ego kita kerana ada ketika anak-anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita. “Namun, sebagai ibu bapa kita tidak boleh berputus asa kerana kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting mendidik anak-anak menjadi dewasa,” katanya.

Anak-anak memerlukan kita dari semua aspek termasuk untuk memahami jiwa dan pemikiran selain menjadi pendengar serta penasihat yang baik.

“Ketiga, korbankan kehendak kita demi kebaikan anak kerana biasanya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. “Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedangkan kita mahukan mereka menjadi jurutera. “Begitu juga dalam soal memilih sama ada mahukan anak ke sekolah harian atau ke sekolah berasrama penuh. “Cuba ambil kira pandangan anak, kerana sebarang keputusan dan tindakan yang diambil pastikan kesannya positif terhadap anak,” katanya.

Keempat, korban keseronokan kita demi keseronokan anak dan kerana setiap anak mempunyai keunikan berbeza. Setiap anak berbeza dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan. “Justeru, kita perlu belajar menyukai apa yang anak kita gemar untuk memupuk kehebatan anugerah Allah. “Jika kita tiada kebolehan, cukup dengan sokongan moral kerana anak-anak memerlukan kehadiran ibu bapa dalam perkara yang mereka lakukan,” katanya.

Katanya, anak-anak mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu puji apabila perlu dan bantu setakat yang terdaya.

“Kelima korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan. “Harga sebuah kejayaan bukanlah murah kerana ia membabitkan wang tetapi jangan bimbang pelaburan hari ini akan memberi pulangan esok hari,” katanya.

Sumber: Harian Metro

PPT Kak Long

Kak Long dan Ummi

Hari ini Hari Bertemu Waris di  SK Convent. Ibubapa mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012 (PPT). Ummi Kak Long  berjumpa dan ambil keputusan periksa sebab abah terpaksa membawa pelajar Jemputan 4X100m di SMK Jln Pasir Putih.

Keputusan peperiksaan:

BM Pemahaman - 68%
BM Penulisan - 82%
BI - 79%
Sains - 78%
Math - 88%

Kedudukan dm kelas: 18/38
Kedudukan dlm darjah: 19/96
Peratus: 79
Gred Purata Pelajar: 1.6

Pencapaian gred keseluruhan: 2A 3B

Thursday, June 21, 2012

Jemputan 4X100m Pendidikan khas

Tak sempat nak downlaod gambar pelajar
Tahniah murid2 khasku... Semalam (20 Jun 2012) anda mengekalkan kejuaraan Jemputan 4x100m di SMK Pengkalan. Hari ini akan sertai Jemputan 4x100m di SMK Jln Pasir Putih. Pasukan pelapis pula akan mewakili sekolah. SABTU, semua murid khasku akan bersaing dalam 3 kategori 4x100m bersaing dgn murid normal dlm kejohanan olahraga sekolah. Disamping acara 100m dan 200m. Mampukah mereka membuat KEJUTAN!

Hari ini (21 Jun 2012). KEJUTAN tetap berlaku. Peserta pelapis mampu menduduki tempat ke-2 drp 6 sekolah yang bertanding. Umur mereka begitu muda 13-15 tahun bersaing dengan pelajar yang umurnya 19 tahun.

Esok..kejohanan olahraga peringkat sekolah. Adakah pelajar2 istimewa ini mampu terus membuat kejutan?

Anak-anak belajar daripada ibu bapa


ADA kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram.Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.

Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.

Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.

Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru.Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa. Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.

Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman. Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?

Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar.Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.

Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna. Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak. Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.

Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah. Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan. Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya. Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.

Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.Baginda mengatakan: “Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu).”

Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

Wednesday, June 20, 2012

Hasil seni Faqihah

Dilukis sepanjang dua minggu sesi persekolahan bermula. Melukis apabila tidak dapat melayari internet akibat sekatan penggunaan oleh abah pada hari2 persekolahan.


Ayah sebagai MODEL


AYAH adalah pelukis kehidupan anak-anaknya. Bahkan kejayaan hidup anak adalah berpunca daripada hasil dorongan dan peranan ayah sebagai guru dan murabbi.

Kehidupan seorang ayah menampilkan bentuk kehidupan sebenar yang akan dimiliki anaknya pada satu masa nanti. Masa muda seorang anak adalah waktu mereka sentiasa ingin melihat perkara baru dan ingin mencubanya.

Mereka mula menapak mencari jalan hidupnya sendiri dan melakukan sesuatu yang mirip dengan apa yang dapat dilakukan ayahnya.

George Bernard Shaw mengatakan “Masa muda adalah masa terindah; sayang sekali orang muda suka mensia-siakannya.” Ayah adalah pengantar anaknya untuk masa muda dengan hal yang dapat mendatangkan manfaat.

Prinsip berkongsi manfaat yang diajarkan al-Quran kepada kita adalah kebaikan yang dilakukan kepada orang lain. Pada akhirnya akan kembali kepada pelakunya sendiri.

Kitalah yang akan lebih banyak menerima manfaat daripada orang yang menerima pertolongan kita. Allah SWT berfirman di surah Al-Isra’ ayat ke-7 yang bermaksud: “Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri.”

Sumbangan terbesar seorang ayah dalam hidup anaknya ialah ketika dia mampu membentuk anaknya menjadi insan yang soleh dan solehah untuk umat ini.

Mereka menjadi Muslim yang kuat, menjadi duta masyarakatnya dengan ilmu yang dimilikinya. Dari sahabat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah “Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al, ditakdirkan Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi” (Hadis riwayat Muslim).

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa yang ditujukan kepada orang tua, “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” (Surah An-Nisa ayat 9).

Dalam tafsir, Ibnu Katsir mengatakan Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu ‘Abbas: “Ayat ini berkenaan dengan seorang lelaki yang meninggal, kemudian seseorang mendengar dia memberikan wasiat yang membahayakan ahli warisnya, maka Allah SWT memerintahkan orang yang mendengarkannya untuk bertakwa kepada Allah serta membimbing dan mengarahkannya kepada kebenaran.”

Kejayaan masa depan anak bukan kerana umur atau kemampuan yang dimilikinya. Seorang ayah semestinya melukis sebaik mungkin.

Kecantikan lukisan itu dilakar daripada kesesuaian warnanya.

Paduan warna yang indah disertai adunan warna yang anggun membentuk pelangi di langit. Warna biru dan putih membentuk warna air di laut lepas.

Warna hijau membentuk suasana pepohon yang berjajar terlihat anggun. Semua lukisan kreatif si ayah membentuk semua warna kehidupan si anak.

Mencipta kecemerlangan anak adalah tugas mulia seorang ayah. Mendidik anak sehingga berjaya adalah satu proses yang panjang. Tidak mustahil akan dipertemukan pada saat anak sudah berumur dan ayah menjelang umur kematian.

Proses penemuan ini memerlukan ketekunan, kekuatan kesabaran daripada orang tuanya, khususnya ayah. Sebab itu, dalam melukis masa depan anak, seseorang ayah ada tiga bekalan yang tidak boleh ditinggalkannya, iaitu sabar, sabar dan sabar.

Kesabaran seperti yang dimiliki Nabi Yaakub ketika menghadapi kejahatan abang-abang Nabi Yusuf sehingga membawa kehilangan anaknya yang tercinta itu.

Kesabaran Nabi Yaakub itu diabadikan Allah SWT di dalam al-Quran dalam Surat Yusuf ayat 18 yang bermaksud: “Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumuran) dengan darah palsu. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Dan kepada Allah meminta pertolongan tentang apa yang kamu terangkan itu.” (Surah Yusuf ayat 18).

Pengetahuan seorang nabi tidak menjadikan Nabi Yaakub mengherdik anak-anaknya. Pengetahuan kenabian yang tidak diketahui anak-anaknya, tidak menyebabkan Yaakub membela pendapatnya, “Memang kamu salah, dan aku tahu aku yang paling benar.”

Akan tetapi Nabi Yaakub menguatkan kesabaran dengan mengucapkan, “Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku).” Subhanallah.

Sumber: Harian Metro

PPT 2012 dan Home Tuition

Hampir semua keputusan Peperiksaan Petengahan Tahun 2012 (PPT) pelajar yang terlibat dengan home tuition pak yoep telah diperolehi. Hampir keseluruhan pelajar lulus dalam peperiksaan tersebut.

Walaubagaimanapun masih terdapat dua pelajar yang gagal.


KelasPeperiksaan

UPSR
Danial - 88%
Fakhira - 89%
Firdaus - Belum diketahui

PMR
Amira - Belum diketahui
Faris -  Belum diketahui
Loqman - 48%
Putera - 29%
Firdaus - 29%
Amirun - 20%
Ezham - 75%


SPM
Afiq - 50%
Rahman - Tidak Hadir



Bukan Kelas Peperiksaan.

Shafiq (Thn 2) - Belum diketahui
Shaqeer (Thn3) - Belum diketahui
Nadzmi (Thn4) -  Belum diketahui
Nadirah (Thn4) -  Belum diketahui
Filza (Thn5) - Belum diketahui
Asyikin (Thn4) -  Belum diketahui
Puteri Syazwani (Add Math - Tg4) - 75%

Latarbelakang hampir semua pelajar adalah GAGAL dalam peperiksaan masing-masing sebelum mengikuti home tuition pak yoep.

Masih terdapat yang gagal dalam PPT amat mengecewakan.

Diantara PUNCA ialah:

1. Tempoh tuition masih singkat dimana proses pemulihan belum dapat dilakukan dengan sepenuhnya.terutama yang menduduki peperiksaan awam.
2. Sikap pelajar yang tidak membuat latihan sendiri.
3. Tiada tindakan susulan ibubapa memastikan anak2 mereka membuat latihan.
4.Soalan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah LUAR drp skop yang diajar semasa home tuition kerana home tuition FOKUS kepada soalan2 peperiksaan sebenar TIDAK mengikut silibus semasa.