Wednesday, December 9, 2015

Pak Yoep & Malaysia Book of Records


PPKI pak yoep terpilih mewakili PPD Kinta Selatan dalam program Malaysia Book of Records anjuran JPN Perak pada 18 Nov 2015 bertempat di TRC Gopeng Perak.



Penawar Autisme Terbaik






JERI QUOTIENT MERUPAKAN SUATU PRODUK YANG DAPAT MENGATASI MASALAH AUTISME YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK ISTIMEWA. 

DI ANTARA MASALAH YANG DIHADAPI KEBANYAKAN KANAK-KANAK IALAH TIDAK DAPAT BERKOMUNIKASI, SUKAR TIDUR MALAM DAN SERING TANTRUM. KANAK-KANAK INI SERING JUGA DIKENALI SEBAGAI KANAK-KANAK NAKAL. 

SELAIN MENGAMALKAN JERI QUATIENT, KAMI JUGA SYORKAN KANAK-KANAK AUTISME INI DAPAT MENGAMALKAN MANDIAN SHOWER POWER DAN SERI WANGI YANG DIAMALKAN SECARA MANDI AIS UNTUK MENGHASILKAN IMPAK MAKSIMUM. 

JIKA BERKESEMPATAN BOLEHLAH HADIR KE PUSAT RAWATAN DI IPOH, PERAK UNTUK PEMERIKSAAN PERCUMA.

Blog Pak Yoep TAK boleh up date



Risau pak yoep

Tak pasti kenapa?
Blog pak yoep tak dapat berfungsi seperti biasa

Nak bukak tak boleh
Nak sign out pun tak boleh

Alhamdulillah
Perodek-punya perodek boleh pulak

Bukan apa 
Banyak benda yang ada dalam blog ini
Terutama berkaitan dengan autism
Tak hilang

Cuma 
Tak boleh up date je

Tak pasti lepas ini
Harap blog ini
Okey je.

Tuesday, December 8, 2015

Anugerah Jaga Anak Istimewa

Sunday, December 6, 2015

Bengkel Permata Kurnia


HANYA RM 10 - BANYAK INPUT BAKAL DIPEROLEHI

Buat pertama kalinya admin hadir dlm program Bengkel Ibubapa anjuran PERMATA KURNIA di Sentul hari ini. Timba ilmu lagi walaupun Faqihah dah remaja, ilmu yang disampaikan dah tidak diperlukan pada usianya kini kerana banyak perubahan dah berlaku padanya. Tidak terjadi dengan semulajadi tapi dengan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai ke tahap sekarang.
Walaubagaimanapun ilmu yang disampaikan amat penting bagi ibubapa yang mempunyai anak autisma terutama yang masih diperingkat kanak-kanak yang dikenali peringkat intenvensi. Juga penting bagi autisma remaja yang masih belum berada ditahap yang tidak seiring dengan usia mereka.

Ilmu ini juga diharap admin akan cuba kongsikan dengan warga KAA jika diperlukan.
Admin berpendapat ibubapa yang mempunyai anak-anak autisma wajar hadir dalam program ini untuk tingkatkan ilmu mendidik anak autisma masing-masing. Tanpa ilmu adalah sukar untuk memulihkan anak-anak autisma kepada keadaan yang lebih baik.
Terima kasih kepada penceramah Puan/Cik Noratikah dan semua staf Permata Kurnia yang telah memberi input yang sangat berguna kepada semua peserta yang hadir.

Friday, December 4, 2015

Tabah jaga 'Anak Syurga'

Batu Gajah: Pilu hati seorang ibu apabila dimaklumkan jangka hayat anak sulungnya yang berusia 10 tahun mungkin tidak dapat bertahan lama kerana mengalami bengkak otak selain disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) sindrom Down.
Muhammad Zainil Iqmal Mohd Zaini, 10, dilahirkan anak istimewa sindrom Down dan lebih menyayat hati menanggung derita bengkak otak akibat sawan yang dihidapinya.
Ibunya, Nor Waniza Jamaludin, 32, yang juga ibu tunggal selepas bercerai pada 2012, tabah mengharungi hidup menyara tiga anaknya dengan bergantung kepada pendapatan RM25 sehari hasil bekerja sebagai pembantu di gerai nasi lemak.
Menurutnya, Muhammad Zainil Iqmal dilahirkan cacat mental sehingga tidak boleh berdikari untuk menyuap makanan dan menguruskan diri sendiri dan lebih menyedihkan, apabila anak sulungnya menjalani pembedahan di kepala pertengahan September lalu akibat bengkak pada otak.
“Zainil diserang demam panas yang teruk selepas mengalami sawan, lalu saya menghantarnya ke hospital. Pihak hospital memaklumkan otak Zainil tidak menerima udara serta membengkak hingga dibedah untuk memotong separuh tempurung kepalanya bagi udara masuk.

Sumber - http://www.hmetro.com.my/

PERHATIAN-
Kisah Iqmal pernah diwar-warkan dalam laman blog ini.

PEMBERITAHUAN - Ulangan

Atas cadangan warga FB Kelab Anak Autisme, Sumbangan derma boleh disalurkan ke akaun adik
MOHAMAD ZAINIL IQMAL BIN MOHAMAD ZAINI
Bank Simpanan Nasional
08234-41-00003160-4.
CATATAN IBUNYA BUAT WARGA KELAB ANAK AUTISME
"Assalamuailaikum semua terima kasih pada yg dah mnhulurkn bantuan pd ank sy mohamad zainil iqmal. Terima kasih pd admin
Byk membantu ank sy..Hanya Allah yg mampu membalas sgala nya .."

Wednesday, December 2, 2015

Anak Belajar Membuang Air Besar ke Tandas


Pak Yoep nak berkongsi sedikit ilmu dalam isu yang paling kritikal dihadapi oleh ibubapa yang berkemungkinan besar menyukarkan anak-anak autisma ditempatkan di tadika dan juga di sekolah samada di aliran perdana atau kelas pendidikan khas. Syarat utama penempatan di kelas pendidikan khas ialah anak-anak ini boleh mengurus diri termasuk membuang air besar/kecil sendiri. Ilmu dikongsikan daripada blog
http://www.fitmummyforlife.com/

Ceritanya begini....

Assalammualaikum,

Bersambung dengan part 2 untuk potty training anak.

Pengalaman potty training anak saya ,orang, sedikit sebanyak ada jugaklah tips-tips yang saya rasa boleh dishare untuk semua parents di luar sana. Tak banyak, sikit pun jadilah kan!


P e r t a m a :

Start Hari Isnin. Mudah nak kira berapa lama kita sudah latih anak kita untuk tidak pakai pampers/diapers.


K e d u a :

Untuk working parents, cubalah untuk ambil cuti seminggu. 3 hari suami, 2 hari isteri atau sebaliknya.Rancanglah sebaiknya. Ini adalah komitmen bersama. Mudah untuk monitor anak . Bila dah apply cuti, buatlah sehabis baik. Target seminggu atau 2 minggu  paling lama.

K e t i g a :

Jangan pakaikan langsung diapers/pampers walaupun waktu malam mahu tidur. Keranakita tak mahu anak confuse. Di takuti lambat untuk cakap yang dia nak poo-poo/kencing . Sebab dah biasa dengan pakai diapers.

K e e m p a t :

Selepas anak bangun tidur, cepat-cepat mandikan. Cangkungkan die di atas tandas . Saya mencadangkan latihlah anak untuk cangkung dahulu kerana posisi mencangkung lebih senang poo-poo berbanding posisi duduk. Itu cadangan sahaja. Terpulang kepada parents.

K e l i m a :

Selepas minum susu, 15 minit-20 minit kemudian, cangkung kan die di atas toilet bowl. Beritahu dia,  "kencing ya..shhh..shhh ". Kalau dia tak kencing juga tak mengapa. selang 15 minit kemudian, hantar lagi ke toilet.cangkungkan dia di atas toilet bowl.

K e e n a m :

Hantar anak selang 15 minit sekali ke toilet. Apabila anda rasa 15 minit terlalu sekejap, jadi panjangkan lagi tempoh. 30 minit sekali hantar ke toilet. Tanya dahulu sebelum hantar ke toilet.

K e t u j u h :

Apabila hendak masuk tidur, kalau anak biasanya minum susu sebelum tidur, selepas 20-30 minit, tanya sama ada dia mahu kencing/poo-poo. Bagi anak yang masih tidak fasih bercakap dan tidak biasa, bolelah hantar terus anak ke toilet. Alas lah cadar dengan plastik/ yoga mat pon boleh. takdelah bunyi bising katil anak. Set kan jam waktu tengah malam, bangunkan anak untuk biarkan dia kencing di toilet. Tak kisahlah jika anak mamai sekalipun. Papah dia. Nak bangun 2 kali pun boleh waktu malam.

K e l a p a n :

Usaha sudah, jadi jangan lupa berdoa agar usaha kita berhasil. Minta pada-Nya agar memudahkan urusan. Insya Allah.


Tips ketika mengajar anak potty training :


1. Jangan marah anak jika dia terkencing/terberak di dalam seluar.
2. Belikan underwear/seluar dalam yang sesuai untuk anak yang cantik-cantik/ kartun kesukaan mereka agar mereka lebih bersemangat untuk tidak pakai pampers.
3. Berikan pujian jika mereka berjaya kencing/poo-poo di dalam toilet.
4. Jika anak yang tidak tahu bercakap sangat, kebiasannya ambil masa lebih lama sedikit macam anak saya. di tambah pula, tak pernah tak kencing ( waktu pakai pampers) waktu malam.
5. Last but not least, SABAR. Parents haruslah bersedia jika anak terkencing atau ter poo-poo. Benda itu memang biasa. Sediakan mop siap-siap.

Saya praktikkan kesemua step-step di atas untuk kedua-dua anak saya. Alhamdulillah. No more pampers! Yeah! jimat GST. Anak sulung saya berjaya kencing/poo-poo di toilet dalam masa seminggu sahaja! tapi kaw-kaw lah dugaannya. Siap pernah ter poo-poo atas lantai kat hall. seketul-seketul gituIbu die jugalah yangkutip..Haihh..Sabar..Sabar.. Anak yang kedua pula, ambil masa 3 minggu. Ada 2 faktor yang menyebabkan dia lambat sikit dari abang dia. Pertama, pampers tak pernah kering kalau tidur malam. Yang kedua, dia tak pandai nak cakap dia nak poo-poo atau kencing. Sebab itulah lambat. So, parents lah yang harus bentuk kan .

Ok, itu sahaja!
Semoga bermanfaat ibu-ibu & bapa-bapa.


Sumber - http://www.fitmummyforlife.com/