Friday, January 12, 2024

Hantu BOTA

 "Bota Berasal Dari Nama Raksasa Yang Suka Budak Tak Pakai Seluar?"

Bota, Perak. Mungkin ramai yang tak tahu asal usul nama tempat ni walaupun dah selalu biasa dengar nama dia. Mungkin korang akan terkejut sebab Bota ni berasal dari nama raksasa.
Nama asal Bota sebenarnya Berahman Indera serta menjadi pusat pemerintahan Sultan Perak ke-12, Sultan Alauddin Mughayat Shah sekitar tahun 1720 hingga 1728 dan sultan-sultan lain.
Nama Bota ni diambil dari kisah mitos yang diceritakan secara lisan dari generasi ke generasi.
Bota dikatakan merupakan raksasa atau gergasi yang wujud di kawasan tu sekitar abad ke-18. Dia hidup dalam tanah dan menyembunyikan diri daripada orang ramai.
Bota digambarkan merupakan seekor makhluk gergasi yang berwarna seakan-akan tanah menyerupai lumpur di tepi-tepi sawah padi.
Menurut Sir William George Maxwell menerusi bukunya In Malay Forest, kadang-kadang Bota ni akan keluar cari makan lagi-lagi bila waktu senja.
Yang peliknya, Bota ni suka sangat dengan budak-budak yang tak pakai seluar. Kalau Bota ni jumpa, memang dia akan culik budak tu nak buat makan. Memang orang-orang sana pun menyalahkan si Bota ni jadi punca budak-budak kampung tu hilang.
Versi lain pula kata, Bota ni nama binatang. Bota akan dibawa oleh Sultan Perak semasa mengembara ke tempat-tempat yang sangat jauh.
Macam mana boleh datang nama Bota Kiri dan Bota Kanan serta dipisahkan oleh Sungai Perak?
Ia datang dari bahagian kapal Sultan Perak di Sungai Perak semasa menuju ke hulu. Yang bahagian kanan kapal dipanggil Bota Kanan, yang dibahagian kiri kapal dipanggil Bota Kiri.
Versi lain pulak kata, Bota ni culik seorang janda kaya sebab suka janda tu, kemudian muncul pemuda yang nak selamatkan janda tu. Lepas bertempur, pemuda tu bunuh dan kerat badan si Bota jadi tiga bahagian.
Nak mengingatkan peristiwa ni, kawasan badan dan kepalanya dinamakan Kampung Bota Kiri dan Kampung Bota Kanan. Bahagian ekornya pula dinamakan Kampung Ekor Bota.
Walaubagaimanapun, cerita berkenaan raksasa Bota ni hanyalah mitos nak takutkan budak-budak supaya jangan balik rumah lepas Maghrib. Sama la macam kita masa dulu dimomokkan dengan kena sorok dek Hantu Kopek.
Apa-apapun kalau singgah di Bota, jangan lupa bawak balik "Doyan" dan jenguklah Pusat Konservasi Tuntung di sana. Comel-comel belaka tuntung ni. Jangan cari si Bota tu pulak.
Oleh: Azizul Farhan
___

No comments:

Post a Comment