Tuesday, November 12, 2019

Undang-undang Keluarga

Undang-undang (Sosial) keluarga khusus untuk Haziq.

1. Setiap pergerakan perlu dimaklumkan kepada ummi dan abah.
2. Tidak dibenarkan berkawan dengan pelajar perempuan diwaktu luar sekolah.

Hanya dua peraturan yang telah ditetapkan atas persetujuan bersama.

Sehingga ke hari ini, ianya gagal dipatuhi.

Beberapa dendaan telah dikenakan akibat pelanggaran undang-undang tersebut tersebut.

1. Duit belanja sekolah dipotong.
2. kemudahan handphone ditarik balik.

Walaupun dendaan telah dilaksanakan, Haziq masih tetap melanggar peraturan.

Mungkin... tahap kematangan Haziq masih belum sempurna. Hanya memikirkan keseronokan sahaja bersama kawan.

Bukan dendaan semata-mata. Ganjaran juga telah diberikan atas kebaikan yang telah dibuat. Umminya beri wang saku sejumlah RM.... setiap bulan.

Diantara kesalahan yang telah dilakukan & tahap tindakan yang telah Haziq buat. Dinyatakan dalam post berikutnya.

No comments:

Post a Comment