Wednesday, January 31, 2018

Kak Long Keje KL


Setelah menamatkan SPM 2017.

Disusuli dengan tugasan menjaga adik (UMAR) sepanjang bulan Disember dan Januari 2018.

Kena jaga Umar kerana Umar tidak dapat hadir ke Tadika kerana Scabies yang berlarutan selama hampir 3 minggu.

Rezeki datang mengolek.

Maksunya jemput berkerja di syarikat ditempatnya berkerja.

Rezeki Kak Long berbakti dengan orangtua dengan menjaga adiknya sepanjang dua bulan lepas.

Petang semalam dilepaslan berkerja.

Maksunya ambil di Ipoh.

Cari pengalaman berkerja sebelum menjejak kaki ke menara gading.

Kebetulan.

Abahnya juga pernah berkerja lepas SPM.

Tinggal dengan maksu juga.

Tahu kerja apa...?

Abahnya kerja KILANG BESI...

Berjalan kaki hampir setengah jam ke tempat kerja.

Pengalaman yang berharga.

Moga Kak Long dapat berkerja dengan baik.

In Shaa Allah.

Ummi dan abah doakan yang baik-baik buat kak long.




No comments:

Post a Comment