Tuesday, August 29, 2017

Tanah Pusaka

Dah menjadi tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menjaga tanah pusaka. Sejak ayah pak yoep telah kembali menemui Ilahi pada Jan 2017, rumah pusaka di Kampung Tanjung, Lambor Kanan telah pak yoep jaga dengan baik. Setiap dua minggu akan balik kampung untuk membersihkan dalam dan luar perkarangan rumah pusaka.

Bermula Julai 2017, mak mertua pula dah berminat untuk memulihkan kembali rumah pusaka di Kampung Kelebor, Kualla Kangsar yang telah tidak dijaga sejak tahun 2011. Buat masa ini, mak mertua tinggal di rumah berhampiran dengan pak yoep. Rumah yang dibeli untuk keselesaannya.

Rumah pusaka di Kg Kelebor telah berada dalam keadaan amat daif. Tidak boleh didiami akibat tidak dijaga. Kawasan sekitar juga dipenuhi dengan 'hutan' kecil. Sukar untuk dibersihkan. Terkini, sekitar kawasan rumah tersebut telah dibersihkan secara pelan-pelan oleh mak mertua, pak yoep dan isteri. 

Terdapat satu lagi tanah dan rumah pusaka di Felcra Kg Nasaruddin. Tanah peninggalan tok pak yoep. Kawasan dusun yang ditanam buah-buahan oleh bapa pak yoep. Buat masa ini, masih terbiar. Tanah masih dibawah 'kawalan' ibu saudara pak yoep. Selain dusun terdapat tanah kebun dan tapak rumah.

Selagi ada kudrat, pak yoep cuba akan menjaga rumah dan tanah pusaka tersebut dengan baik. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment