Thursday, February 23, 2017

Umar berkemahiran tinggi ABC


Dah nak hampir 3 tahun usia Umar pada bulan April ini.

Perbezaan ketara dibandingkan dengan kakak-kakak dan abang-abangnya yang lain.

Kak Long - Tiada sesuatu yang dikenalpasti.
Faqihah - Berkemahiran dalam pelbagai bahasa, menulis dan melukis.
Haziq - Minat pada binatang. Semua binatang diketahui latar belakangnya.
Hadir - Minat kepada lego. Dapat mereka pelbagai bentuk lego.
Umar - ......................

Umar - Minat pada A, B, C sejak kecil.

Pantang nampak huruf ABC pasti disebutnya. 

Kini dah kenalpasti semua huruf ABC hingga Z pada umurnya 2 tahun. Bukan saja abjab tetapi dapat menyatakan kaitan huruf dengan objek. Secara keseluruhannya objek dinyatakan dalam Bahasa Inggeris.

Berkebolehan menyebut angka dalam bahasa inggeris sehingga 50.

Sesuatu yang diluar jangkaan kami. Tadika nanti nak belajar apa?

Kurniaan Ilahi padanya.

Amat minat pada huruf dan abjab berbanding dengan cerita kartun kat TV. Berkemahiran menggunakan handphone untuk mencari lagu ABC. Walaubagaimanapun penggunaan handphone dalam masa tertentu sahaja. Begitu juga laptop...

Dalam perancangan nak buat ujian dalam program permata untuk Umar. Nak lihat tahap IQnya.


No comments:

Post a Comment