Sunday, January 29, 2017

Ayah Pak Yoep dijemput Ilahi

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature

Ayah pak yoep telah kembali ke-Rahmatullah dengan penuh keberkatan pada 27 Jan 2017 Jumaat jam 4,09 petang.

Urusan mandi, kapan dan solat jenazah selesai di hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 7.20 malam dan sampai di Kampung Tanjung Lambor Kanan dalam jam 9.00 malam.

Dirancang untuk perkebumian pada malam yang sama tetapi dibatalkan kerana van jenazah lewat sampai di kampung.

Disamping untuk memberi peluang kepada orang kampung dan sanak-saudara hadir memberi perhormatan terakhir kepada arwah ayah pak yoep.

Kehadiran sanak-saudara dan orang kampung memberi perhormatan terakhir pada pagi Sabtu dianggarkan berjumlah hampir 1000 orang.

Arwah ayah pak yoep selamat dikebumikan pada 28 Jan 2017 Sabtu jam 11.05 pagi yang disolat jenazah sekali lagi di kampung diimamkan oleh Imam Amran.

Al-Fatihah.




Tuesday, January 24, 2017

Surat Rasmi Anak Tidak Hadir Ke Sekolah

Contoh Format Surat Rasmi Anak Tidak Hadir Ke Sekolah

Noor Faqihah Binti Mohd Khairil Azhan
Bt 16, Kampung Tanjung,
Lambor Kanan
32900 Parit
Perak
____________________________________________________________
Guru Kelas 2 Merah,
SMK Seri Intan
Jalan Seri Kepayang
Taman Fair Park
31400 Ipoh Perak                                                                                  21 Oktober 2016

Tuan/Puan,

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Khairil Azhan Bin Zakaria, bapa kepada Alea Dalili ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 19/10/2016 (Rabu).

2.. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan mengalami demam panas setelah pulang dari sekolah pada 18/10/2016.
3. Saya telah membawa anak saya ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan berikutan demam yang berlanjutan. Bersama-sama ini, saya sertakan sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti.
Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak Tuan/Puan.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,


–tandatangan ibubapa/penjaga–
(Mohd Khairil Azhan Bin Zakaria)

Sunday, January 22, 2017

Bapa pak yoep kritikal di hospital

Image may contain: indoor
Dimasukkan ke wad kecemasan pada 19 Jan 2017 wad biasa 20 Jan 2017 jam 12.09

Masuk hari ke-3 bapa pak  yoep berada di Hosp Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Keadaannya semakin kritikal. Bernafas dengan bantuan misen oksigen. Tahap gula tinggi. Suhu badan tinggi. Degupan jantung semakin rendah.

Hari ke dua mengalami sawan di waktu malam sebanyak 9 kali.

Hari ke-3 mengalami sawan sebanyak 30 kali sepanjang malam. 

Semalam, sawan berterusan setiap seminit yang menyebabkan keadaan bapa pak yoep dalam kategori kritikal.

Masih tidak sedarkan diri. Tiada sebarang pergerakan fizikal.

Standby untuk dimasukkan ke wad ICU. Malangnya tiada kekosongan diwad tersebut, bapa pak yoep terpaksa dirawat diwad biasa.

Sangat kritikal hari ini, misen bantuan oksigen habis digunakan. Jururawat terpaksa memberi bantuan oksigen secara manual hampir 2 jam.

Alhamdulillah, berkat doa semua, keadaan bapa pak yoep kembali stabil. Walubagaimanapun masih menggunakan misun bantuan oksigen.

Mohon pengunjung laman blog pak yoep ini terus berdoa agar diberikan kekuatan untuk bapa pak yoep menghadapi ujian ini. Moga ayah pak yoep kembali sihat seprti sediakan.



Friday, January 20, 2017

Umar kena campak


Pelik je tajuknya.

Bukan kena campak tapi kena penyakit demam campak.

Bermula pada 7 Jan 2017. 

Hari ini dah bertambah sihat. 

Seminggu tidak ke taska.

Umminya terpaksa bercuti selama sepanjang minggu lepas.

Tahap campaknya tidaklah begitu kritikal.

Banyak tertumpu di muka sahaja.

Demam tidak ketara.

Boleh dikatakan asyik meragam dan memerap sahaja.

Alhamdulillah, Umar dah bertambah sihat.

Minggu depan boleh ke taska kembali.

Thursday, January 19, 2017

Bapa pak yoep masuk hospital




Dikejutkan dengan panggilan talipon daripada adik ipar. Mohon pak yoep segera datang ke rumahnya. Bapa pak yoep kekejangan katanya.

Sehari sebelum itu dah dibawa ke wad kecemasan akibat munta-muntah dan sakit telinga. Adik juga memaklumkan bapa pak yoep terbaring di dalam bilik air ketika dia datang ke rumah pak yoep di kampung. Pada hari yang sama di bawa ke Ipoh. Tinggal di rumah adik pak yoep (suri rumah).

Dibenarkan balik daripada wad kecemasan kerana wad penuh. Keadaannya nampak stabil tapi perlu datang semula keesokan harinya ke hospital untuk rawatan susulan pada jam 2 petang.

Pagi semalam, bapa pak yoep kekejangan akibat sawan pada jam 9 pagi. Ambulan dipanggil untuk dibawa ke hospital dengan segera. Bapa pak yoep tidak sedarkan diri.

Dimaklumkan oleh doktor, bapa pak yoep ada jangkitan kuman di dalam lapisan berhampiran otak akibat jangkitan kuman yang berlaku pada telinga kanannya. Bapa pak yoep juga berisiko tinggi jika berlaku sawan lagi.

Sepanjang berada di wad, bapa pak yoep masih tak sedarkan diri.

Alhamdulillah. Pada sebelah malam, keadaan bapa pak yoep bertambah stabil. Dah sedarkan diri, ada respon dan mampu bercakap dengan doktor.

Pada jam 3 pagi tadi, bapa pak yoep telah dipindahkan ke wad biasa 7A. Keadaannya dah lebih stabil.

Sama-sama kita berdoa agar bapa pak yoep pulih seperti sedia kala.


Wednesday, January 18, 2017

Outing pertama Haziq


Haziq melapor diri ke asrama pada 10 Jan 2017 di SMK Sultan Yusuff Batu Gajah. Kami diberi taklimat sendiri oleh pengetuanya semasa sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1. Gambaran terbaik diperolehi.

Setelah selesai seminggu, sesi orentasi tamat. Haziq balik ke rumah untuk outing bagi kali pertama. Pelbagai kisah diceritakan kepada kami sepanjang perjalanan balik ke rumah. Alhamdulillah, semuanya cerita yang baik-baik sahaja.

Tak sangka, luar dari yang dijangkakan. Pada peringkat awal, kami kurang berkeyakinan untuk melepaskan Haziq ke asrama berdasarkan tingkah-lakunya yang sukar diterima oleh rakan-rakan sekolah semasa di SK Catur Avenue dan SK Gopeng. Mungkin Haziq dah semakin matang selari dengan peningkatan usia.

Cerita Haziq diantaranya ialah

1. Amat suka menjalani kehidupan di asrama.

2. Terpilih berada di kelas pertama walaupun keputusan upsr tidak membanggakan. Mungkin atas beberapa faktor lain dipertimbangkan.

3. Dilantik menjadi ketua kelas.

4. Makanan asrama sedap katanya.

5. Skil bolanya diperhatikan oleh pihak sekolah.

Nampak Haziq begitu bersemanggat untuk belajar di sana. 

Semalam siap-siap ajak umminya pergi Kedai Buku Popular untuk membeli buku-buku rujukan.

Ya Allah...permudahkan segala urusan Haziq di sana.


Monday, January 16, 2017

Sokongan dan galakkan kepada anak autisme


Faqihah serta kejohanan merentas desa anjuran sekolahnya semalam.

Abah yang hantar. 

Dalam perjalanan, abah pesan kat Faqihah agar berlari dengan bersungguh-sungguh dan pastikan menang.

Faqihah jawab...Ya.

Tak sangka pulak. 

Faqihah benar-benar terima hadiah.

Dia dapat tempat ke-3.

Kesimpulannya.

Anak-anak autisme kita mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan kita. Sokongan dan galakan perlu diberikan kepada mereka untuk mencapai sesuatu kejayaan.

In shaa Allah.


Saturday, January 14, 2017

Mencari tenaga pengajar anak autisme


Utk mklmn km mencari tenaga pengajar utk berkhidmat dgn anak2 istimewa kategori autisme.

Syarat-syarat kelayakan :
1) Minima SPM
2) Credit Bahasa Melayu atau
3) Memiliki Sijil dalam aliran pendidikan khas
4) Berpengalaman dlm mendidik anak autisme
5) Memiliki kenderaan sendiri
6) Sanggup berkerja lebih masa
7) Bujang
😎 Mesra & sayang dgn anak istimewa
9) Cekal & tabah melayan anak istimewa
10) Boleh berkomunikasi dgn baik
11) Boleh menghadiri tempoh praktikal yg akn dijalankan

Jika berminat boleh bg mklumat pd shahnor 017-5346268.

Syukur Faqihah jadi terbaik


Mengimbau kenangan silam semasa Faqihah berumur 4 Tahun. 

Tempuh perjalanan kehidupan yang amat sukar digambarkan sehingga Faqihah berumur 16 tahun sekarang. 

Suka-duka, pahit manis yang dilalui kami sekeluarga dalam mendidik Faqihah. 

Walaupun Faqihah tiada berkemampuan untuk cemerlang dalam akademik, 

kami sekeluarga bersyukur, 

Faqihah telah menjadi remaja yang mempunyai ciri-ciri terbaik seperti bersopan-santun dengan sesiapa sahaja, amat menghormati ibubapa, berbudi-bahasa, banyak membantu kerja rumah, suka melayan adik-adiknya, begitu berdisiplin dan pengemas orangnya. 

Yang paling menyejukkan hati ialah rajin solat dan sentiasa berdoa terutama sebelum makan. Ucapan terima kasih setiasa terukir di lidahnya semasa makan.

Kita mampu melakukannya sekiranya ada kesungguhkan dalam mendidiknya. 

Jangan abaikan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. 

Didikan dan kasih-sayang wajar diberi samarata dengan ahli keluarga yang lain. 

In shaa Allah.

Monday, January 9, 2017

Tolonglah cikgu

Seorang ibu ingin memindahkan anaknya ke kelas pendidikan khas (ppki) lain setelah tiada perubahan ke atas anaknya di ppki sekarang setelah 3 tahun berada di sana. 

Walaupun lokasi tempat tinggal jauh dari lokasi ppki yang ingin dipindahkan, ibubapa berkenaan sanggup berkorban demi masa depan anaknya. Sesuatu yang tidak pasti, ibu berkenaan ingin mencuba di ppki yang dilaporkan telah memberikan perkhidmatan terbaik untuk anak-anak istimewa. 

Bukan saja ibu berkenaan, malah kami juga telah bertindak sedemikian semasa Faqihah berada di tahun pertama di sekolah rendah. Sekolah Faqihah bersebelahan dengan tempat kerja tetapi terpaksa memindahkan Faqihah ke sekolah lain setelah tiada perubahan berlaku ke atas Faqihah. 

Dalam pengamatan Faqihah diabaikan kerana keaktifannya yang dilihat dengan mata sendiri tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pihak sekolah. 

Diharap guru-guru pendidikan khas, kami ibubapa anak istimewa ini amat mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak kami.

Tolonglah cikgu....mereka tidak diminta menjadi seperti itu.

Haziq melapor diri ke asrama

Mohon restu daripada Atok pada 8 Jan 2017


Sejarah tercipta dalam keluarga. Buat pertama kalinya, anak pak yoep akan melapor diri belajar di sekolah asrama. Tak jauh. Dalam Perak aja. Setelah kak longnya gagal ke mana-mana selepas upsr dan PT3 walaupun keputusan kak long baik. Tambahan pula memang kak long tak mahu masuk asrama. Kini kekal di SMK Convent. Tersenarai pelajar terbaik di SMK Convent. Haziq sekolah mana?

Haziq baru saja menamatkan persekolahan di peringkat rendah. Kini memasuk fasa ke-2 dalam sistem pendidikan di peringkat menengah pula.

Setelah tamat upsr, Haziq memohon MRSM dan SBP serta kategori sekolah berasrama yang lain. Keputusan Haziq berada di tahap sederhana.

Sehingga ke minggu ke-4 dalam bulan Disember, masih tidak menerima apa-apa tawaran untuk masuk ke sekolah berasrama secara rasmi kecuali tawaran daripada jurulatih group bola sepaknya, Gopeng Kidz untuk memasuki SMK Air Kuning yang dikatakan merupakan sekolah sukan untuk bola sepak.

Semua persiapan untuk memasuki asrama telah lengkap dan Haziq akan melapor diri pada hari ini (10 Jan 2017). Umminya begitu teruju atas kejayaan Haziq memasuk asrama. Tambahan sekolah yang bakal melapor diri adalah di antara sekolah yang terbaik di Perak.

Restu atok (sebelah abah) dan opah (sebelah ummi) telahpun diperolehi.. Malang opah dan atok dikedua-dua belah pihak dah tiada, tak sempat untuk melihat melihat kejayaan Haziq.


Saturday, January 7, 2017

Aktiviti Minggu Pertama Sekolah SKPI

Guru menyambut kehadiran murid ke sekolah

Murid pendidikan khas terima hadiah kerana
datang awal ke sekolah pada hari pertama sekolah.


Mesyuarat Komuniti Pendidikan Khas - Diwujudkan selepas
14 tahun kelas pendidikan khas ditubuhkan di skpi.


Pemantauan oleh pegawai ppd kinta utara dan jpn perak


Program Pendidikan Khas 2017

Definisi dan konsep Pendidikan Khas
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
 “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)
“…Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa.” (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999).

Falsafah Pendidikan Khas
 “Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

Objektif Pendidikan Khas
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

Ciri-ciri ‘Khas’ Pendidikan Khas
  • Guru-guru terlatih khas
  • Pendekatan pelbagai disiplin
  • Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)
  • Kurikulum yang khas
  • Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.
  • Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
  • Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai
  • Kaedah pengajaran yang khas
  • Kaunseling ibu bapa

Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Maklumat Pendidikan Khas 2007)
  • Cacat fizikal yang teruk
  • Rencatan akal sederhana dan teruk
  • Pelbagai kecacatan dan
  • Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:
  • Sindrom Down
  • Autisme ringan
  • Attention Deficit Hyperaktif Disorder
  • Terencat akal minimum
  • Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

Konsep Program Khas menurut Akta Pendidikan 1996
Program Khas bererti:
  1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
  2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
  3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.
     
* Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961
Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

SENARIO PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:
  • Kanak-kanak Down Syndrom
  • Kanak-kanak Autistik Ringan
  • Kanak-kanak kurang keupayaan mental
  • Kanak-kanak bermasalah emosi
  • Kanak-kanak bermasalah kesihatan
  • Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan
1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).

Syarat Penyertaan Program Khas:
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti  program khas, kecuali mereka yang:
  1. Cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa
  2. Mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang  terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM).  Jadi murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM
Dikendalikan oleh:
  • J.P. Khas (JPK)
  • J.P. Negeri (JPN)
  • J.P. Teknikal (JPT)
3 jenis program:
  • Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
  • Program Inklusif
  • Program Pendidikan Khas Integrasi
STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
ppki
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:
  • merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah,
  • merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman),
  • merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas
  • merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,
  • menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,
  • menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan
  • menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.
ppki2PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)
  • Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
  • Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
  • Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.

JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:
(1)   SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)
  • Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
  • Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).

(a) Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
  • berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

 (b) Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:
  • berumur 6+ hingga 14+ tahun
  • Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum)
  • disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
  • Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.
  • Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).
  • Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif

(c) Pendidikan Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:
  • berumur 13+ hingga 19+ tahun
  • Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum)
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
  • Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
  • Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran  boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau  di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang  atau SMPK Setapak)
  • Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
  • Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.
  • Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.

 (d) Pendidikan Pasca Menengah
Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.


(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
  • Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  • Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
  • Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE).
  • Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
  • Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL
  • Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
  • Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.

PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS
  • Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)
  • Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:
  • Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
  • Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

(3)   PROGRAM INKLUSIF (PI)
  • Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
    • Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
  • Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.”
  • Ditadbir oleh JPN
  • Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
  • Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
  • Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.
  • Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.
  • Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
  • Terdapat 2 jenis PI:
    • Inklusif Penuh
    • Inklusif Separa/Separuh Inklusif
  • Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L), KL.
  • 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah).
  • 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah
  • 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).
  • 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.
  • 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada Jun 2000.

(4)   PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).  Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS).  Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3).  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal)

(5)   PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA
KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.
  • Syarat kemasukan ke program ini:
    • murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan,
    • murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas,
    • keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.
  • Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:
    • 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3 buah)
    • sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan
    • jumlah: 31 buah
  •  Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan