Ampang: Allah menguji wanita ini dengan mengurniakan tiga permata istimewa untuk melihat sejauh mana hamba-Nya bersabar bagi membesarkan ‘anak-anak syurga’ itu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kerana ketiga-tiga cahaya mata itu ditakdirkan mengalami masalah kesihatan termasuk dua daripadanya disahkan autisme manakala seorang lagi menghidap kelumpuhan otak atau dikenali Cerebral Palsy (CP).
Namun, naluri ibu bersusah payah mengandungkan anaknya selama sembilan bulan, ibu tunggal ini tidak pernah menyesal atau mengeluh sebaliknya tiga anak syurga itu, Nurmaya Diana Zamaris, 20, Muhammad Danial Ikhwan, 18, dan Zurainis, 14, ditatang bagai minyak penuh dan mereka penyeri hidupnya.
Bayangkan, jika Muhammad Danial Ikhwan diserang sawan 200 kali sehari selama seminit, wanita itu membawa anaknya ke hospital tanpa bersungut.
Nur Zelawati Abd Kadir, 40, yang bekerja sebagai tenaga pengajar Pusat Dalam Komuniti (PDK) sentiasa memenuhi amanah Tuhan menjaga tiga anaknya tanpa rasa kesal, malah kasih sayang seorang ibu sentiasa dicurahkan seratus peratus.
Komentar seorang sahabat
Siti btp
Tahniah buat sahabat ku ini Anis Maya
..Seorang ibu tunggal yg blh menjaga ketiga anak Istimewa severe dgn tenang je..bekerja sebagai guru pdk..Nak tahu gaji guru pdk ni bawah 1k je bukan mcm guru2 biasa ada pencen, cuti dan sbgnya..sekadar kontrak kwsp pun tak ada..harap jkm buatlah sesuatu utk guru2 pdk nii..serapkan jawatan dlm kakitangan awam..Tak dapat dibayangkan kalau aku di tempatnya.. Tapi cikgu anis ni tetap awet muda.
No comments:
Post a Comment