Anak mengamuk.
Sila jadi cerdik dan kawal diri sendiri.
Anak mengamuk.
Ibu pun mengamuk.
Anak baling barang.
Ibu pukul tangan anak.
Anak tendang kerusi.
Ibu pukul kaki anak.
Anak guling atas lantai jerit-jerit.
Ibu jerkah anak dan jerit sampai jiran rumah hujung pun
boleh dengar.
Ok. Anak tu umurnya 3 tahun. Ibu pula umurnya 30 tahun. Ibu
boleh cerdik sikit tak? Boleh tak bergaya seperti orang umur 30an?
Komunikasi.
Fahami apa punca anak mengamuk. Mesti ada punca. Tak tau?
Teka.
Komunikasi.
Guna soalan mudah yang hanya perlu jawapan ya/tidak @
angguk/geleng.
“Ilman marah umi?”
“Ilman tak nak air ni?”
“Ilman tak nak balik?”
“Ilman nak umi tidur kat ilman?”
“Ilman marah umi?”
“Ilman tak nak air ni?”
“Ilman tak nak balik?”
“Ilman nak umi tidur kat ilman?”
Komunikasi dan pertimbangan.
Kalau dah faham apa masalah anak, ibubapa mesti
pertimbangkan sama ada anda kena bertegas atau anda boleh terima kehendak anak.
Komunikasi.
Guna ayat pendek dan jelas. Jangan guna perkataan umum
seperti,
“Boleh ke Ilman buat macam tu?”
Sepatutnya, “Boleh baling buku tak?”
“Boleh ke Ilman buat macam tu?”
Sepatutnya, “Boleh baling buku tak?”
* Yg baju merah tu namanya Ilman.
Elakkan tanya soalan “kenapa?” masa soal-jawab dengan budak
3 tahun.
“Kenapa Ilman baling buku?”
– bayangkan budak 3 tahun yang dalam keadaan marah nak menjawab “sebab ilman marah abi sebab abi kacau air milo tu sebab ilman sebenarnya nak kacau sendiri sebab ilman suka kacau sendiri pakai sudu.”
Realitinya….kemahiran bahasa ini belum lagi untuk anak 3 tahun.
Maka….jangan tanya ‘kenapa?’ Buang masa, tenaga dan menambah kemarahan ibubapa saja.
“Kenapa Ilman baling buku?”
– bayangkan budak 3 tahun yang dalam keadaan marah nak menjawab “sebab ilman marah abi sebab abi kacau air milo tu sebab ilman sebenarnya nak kacau sendiri sebab ilman suka kacau sendiri pakai sudu.”
Realitinya….kemahiran bahasa ini belum lagi untuk anak 3 tahun.
Maka….jangan tanya ‘kenapa?’ Buang masa, tenaga dan menambah kemarahan ibubapa saja.
Jangan takut dengan anak sendiri.
Selepas buat pertimbangan, kalau keputusan anda memerlukan
ketegasan, maka sila bertegas. Anak yang terus mengamuk sakan apabila ibubapa
telah bertegas menandakan bahawa ibubapa selalu ikutkan kehendak anak.
Anak menunjukkan rasa tak puas hati tu adalah biasa. Tapi
anak yang berterusan mengamuk, baling, gigit, tendang dan menjerit-jerit dengan
keputusan ibubapa – itu adalah luar biasa. Muhasabah semula parenting style
anda.
Adakah ibubapa selalu ikutkan sangat kehendak anak?
Adakah ibubapa selalu takut apabila anak mengamuk?
Adakah ibubapa konsisten setiap kali berhadapan dengan situasi amuk?
Bertegas
* Tinggalkan anak sendirian. Elakkan melihat perangai dia.
* Tanamkan dalam hati, “nanti dia bosan dan letih, diamlah tu.”
* Kalau anda jenis ‘cepat tangan’, cepat kurung diri sendiri dalam bilik mandi dan basuh muka @ ambil wudhuk.
* Kalau anda jenis ‘hati kering’, pergi buat benda lain dan berseronok. Sebolehnya biar dia nampak anda dalam keadaan seronok. (Makan ais krim @ buah kegemaran @ keluarkan mainan lama yang dah lama tak nampak)
* Tanamkan dalam hati, “nanti dia bosan dan letih, diamlah tu.”
* Kalau anda jenis ‘cepat tangan’, cepat kurung diri sendiri dalam bilik mandi dan basuh muka @ ambil wudhuk.
* Kalau anda jenis ‘hati kering’, pergi buat benda lain dan berseronok. Sebolehnya biar dia nampak anda dalam keadaan seronok. (Makan ais krim @ buah kegemaran @ keluarkan mainan lama yang dah lama tak nampak)
* Biarkan hingga akhirnya anak yang datang menyerah kalah.
Komunikasi.
Mesti ada saling memahami dan sesi bermaafan antara ibubapa
dan anak.
“Minta maaf dulu dengan umi.”
“Umi pun minta maaf sebab tadi umi tinggi suara kat Ilman.”
“Minta maaf dulu dengan umi.”
“Umi pun minta maaf sebab tadi umi tinggi suara kat Ilman.”
Penerapan agama.
Mana-mana agama pun menekankan kebaikan sikap mentaati
ibubapa. Bagi yang muslim, selalu terangkan kepada anak konsep-konsep berikut:
– anak soleh
– sabar
– syukur
– syaitan yang membisik
– selawat dan istighfar apabila marah
– anak soleh
– sabar
– syukur
– syaitan yang membisik
– selawat dan istighfar apabila marah
Penerangan ini bukan semasa situasi mengamuk. Nanti jadi bebelan semata-mata. Ia mesti diterangkan semasa dalam keadaan biasa-biasa seperti waktu dalam kereta, waktu makan atau sebelum tidur.
* siapa rajin bacakan buku kepada anak-anak? Sila senyum dan
ucap tahniah kepada diri sendiri.
Tapi yang istighfar tu, memang saya dan suami suruh anak
ikut sebut ‘Astaghfirullah hal azim’ lepas anak sedikit bertenang. Walaupun
Ilman masih pelat 3 tahun, tapi suruhkan saja dia ikut sebut. Yang penting dia
usaha nak sebut.
Setiap anak lain ragamnya. Sebagai anak kedua, saya agak
memahami perangai anak kedua saya ni. Yang penting ialah bagaimana kelakuan
kita selaku ibubapa pada saat situasi tu berlaku? Apa tindakan kita? Apa
keputusan kita?
Tiada siapa yang sempurna. Kita cuma boleh usaha untuk
perbaiki diri dan cuba lagi lain kali supaya kita menjadi lebih baik dari
sebelumnya.
Ini kisah orang yang anaknya tiada masalah bertutur.
Bayangkan betapa berat dugaan bagi ibubapa yang anaknya tak boleh bertutur.
Hanya tahu jerit, baling, tendang, berguling dan gigit orang lain.
Kalau dah 2 tahun masih tak bercakap, bawalah anak berjumpa
speech therapist berhampiran.
Saya menganjurkan bengkel terapi pertuturan di :
1) Kuantan pada 24/12/15, khamis
2) Setapak pada 26/12/16, Sabtu
1) Kuantan pada 24/12/15, khamis
2) Setapak pada 26/12/16, Sabtu
Sumber :
Ruby Speech Therapy
Sms @ whatsapp 0133109703
Sms @ whatsapp 0133109703
No comments:
Post a Comment