Sunday, August 31, 2014

Anak autisma malang


Rasanya dah terlalu lama x menulis di wall ni.. bukan dah lupa tapi hanya menjadi pembaca setia.. Haqimi (7thn) pn so far xbanyak buat perangai pelik, malah terus menerus berkembang dengan positif dari segi akademik. Cuma dari segi sosial perlu kerja keras agar boleh masuk ke dalam kumpulan kanak-kanak tipikal. Sekarang ni Qimi hanya terus join bila nampak budak2 bermain xpecially kejar2.. dia akan terus lari bersama dengan gelak ketawa seperti dah kenal bertahun. Budak2 lain pulak seperti biasa akan rasa pelik, lebih2 lagi bila tanya nama Qimi hanya tersengih dan buat xtahu. Perkataan "budak gila" dah imune di telinga umi Qimi ni. Namun apa yang terjadi semalam di kampung benar2 buat hati ni sedih.. Qimi balik berlari dikejar 3 budak lelaki tetapi bila dia berpaling ke belakang bajunya penuh darah dari kepalanya yang luka. Penuh panik umi panggil Qimi yang masih ketawa berlari kerana ingat budak2 tu bermain dengannya. Mulanya ingat kena kawat duri sebab Qimi suka kejar kucing tapi rupanya kepalanya di baling batu. Ya Allah!! sucinya hati anak ini yang menyangka mereka kawan yang bergurau dengannya. Ya Allah!! sedihnya hati umi melihat anaknya dibuli sedemikian rupa. Subuh tadi umi ini menangis memikirkan masa depan Haqimi, mengharap biar anak ini "pergi" dulu sebelum kami.. Tapi dady Qimi dengan tenang mengatakan Allah sebaik2 perancang.. Ya Allah!! hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu.. peliharalah anak ini dan berilah yang terbaik untuknya.. AMIN..
(Maaf sebab menulis terlalu panjang)

No comments:

Post a Comment