Saturday, April 19, 2014

Ahli Keluarga Baru Pak Yoep


Gambar Hiasan


Alhamdulillah.

Isteri pak yoep selamat melahirkan anak kami, lelaki. Dilahirkan pada 8/4/14 jam 2.30 petang dengan keadah pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Sebelum pembedahan, perbincangan telah dilakukan antara pak yoep, isteri dan doktor. Keputusan diambil setelah memikirkan beberapa faktor yang boleh membawa kemudaratan kepada isteri atau anak pak yoep kerana anak sebelum ini telah lahir dengan keadah pembedahan.

Cadangan pembedahan juga telah diutarakan oleh doktor pakar semasa kami membuat pemeriksaan kandungan di Hospital Ar-Ridzuan Ipoh.

Segala2nya selamat.

Kini dah hampir 2 minggu kelahirannya.

Asyik mengulang ke klinik kerana KUNING... drp tahap 16 sehingga masuk wad, kini dah capai tahap 11. Nak capai tahap 9 baru discharges oleh DR.

Pemeriksaan 19/4.. dah ada pengurangan ke tahap 9.37. Alhamdulillah. Masih perlu lagi ke klinik pada Isnin ini.

Dah daftar nama anak.. diberi nama UMAR HAZMI sempena gabungan nama sahabat nabi Muhamad s.a.w dan Hazmi bermaksud KETEGASANKU.  Gabungan yang dirasakan bersesuaian.

No comments:

Post a Comment