Monday, December 21, 2015

Bila anak mengamuk - Besikap tegas


Sunday, December 20, 2015

Adakah Anak Saya Boleh Normal?

Pengenalan
Autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu 'autos' yang bermaksud sendiri. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Sumber : http://www.unicef.org/malaysia/health_education_8055.html

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme
Masalah autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Antara kemahiran yang mengalami gangguan akibat daripada autisme ialah;
  • Kemahiran pertuturan dan komunikasi
    • Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran untuk memahami percakapan, bertutur dan menyatakan kehendak. Pertuturan mereka mungkin terhad kepada satu patah perkataan. Kebiasaannya mereka membuat bunyi atau perkataan yang tidak bermakna dan tidak boleh difahami (jargon). Kanak-kanak autisme juga boleh mengalami ekolalia, iaitu, pengulangan perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.
  • Kemahiran interaksi sosial
    • Tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan individu lain merupakan ciri utama kesukaran interaksi sosial kanak-kanak autisme. Mereka sukar untuk bertentangan mata dan tidak menyahut apabila dipanggil. Kanak-kanak autisme sukar bergaul dengan kanak-kanak lain dan sering bermain sendirian.
  • Tingkah laku dan emosi
    • Tingkah laku tidak wajar serta berulangan seperti mengibas tangan dan melompat tanpa tujuan merupakan antara ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak autisme. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang mencederakan diri sendiri dengan menggigit dan menghantuk kepala ke dinding. Mereka juga boleh menunjukkan emosi seperti ketawa, menangis dan menjerit seorang diri tanpa sebab.
  • Sensori atau sentuhan fizikal
    • Terdapat kanak-kanak autisme yang sensitif kepada bunyi bising, sentuhan dan rasa. Mereka juga mungkin mempunyai tabiat menjilat, memasukkan barang dalam mulut, menggigit atau mencium sesuatu. Kebanyakan kanak-kanak autisme tidak suka disentuh, dipegang atau dipeluk. Ada juga di antara mereka yang memilih makanan kerana masalah sensori badan dan bahagian mulut.
  • Kemahiran kognitif
    • Kanak-kanak autisme sering dikaitkan dengan perkembangan kognitif yang lewat berbanding kanak-kanak usia sebaya. Kebanyakannya mempunyai tahap IQ yang lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Hal ini menyebabkan terdapat kanak-kanak autisme yang sukar memahami konsep-konsep tertentu terutamanya konsep abstrak seperti emosi.
  • Kemahiran bermain
    • Kanak-kanak autisme tidak memahami konsep bermain secara betul. Mereka sering membaling mainan, memasukkan mainan ke dalam mulut dan kadang-kala merosakkannya. Mereka mempunyai minat yang terhad kepada alat mainan dan sering bermain dengan mainan yang sama berulang kali.
Sumber gambar: http://agift.my/charity-partners/57

Rawatan Autisme
Dari sudut perubatan, masih belum terdapat ubat yang boleh merawat autisme. Kanak-kanak autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.
Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja.
Sumber: http://jppp.hukm.ukm.my/JPPP%20Bahasa/new_page_4.htm

Terapi Pertuturan-Bahasa
Terapi pertuturan-bahasa diberikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau Terapis Pertuturan-Bahasa. Terapi ini diberikan kepada kanak-kanak autisme bagi membantu kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi. Matlamat terapi yang diberikan adalah untuk mengoptimumkan fungsi komunikasi kanak-kanak autisme.
Terapi pertuturan-bahasa bagi kanak-kanak autisme merangkumi:
  • Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif
Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
Penilaian dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi kanak-kanak autisme. Berdasarkan hasil penilaian, Terapis Pertuturan-Bahasa membuat diagnosis kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi serta berbincang dengan ibu bapa/penjaga mengenai matlamat terapi yang dijalankan.
Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
Terapi akan dijalankan mengikut matlamat yang telah dibincangkan bersama-sama ibu bapa/penjaga. Antara matlamat terapi yang penting bagi kanak-kanak autisme ialah:
 Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC)
Sebahagian besar kanak-kanak autisme memerlukan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) bagi membantu mereka berkomunikasi dan menyatakan kehendak. Kaedah AAC amat membantu kanak-kanak autisme yang tidak boleh bercakap atau mempunyai pertuturan yang terhad. Antara kaedah AAC yang sering digunakan dalam membantu kanak-kanak autisme adalah komunikasi bergambar atau Picture Exchange Communication System (PECS). (Komunikasi pilihan: Tanpa Bercakap)
Kesimpulan
Kesimpulannya, terapi pertuturan-bahasa yang diberikan kepada kanak-kanak autisme bertujuan untuk memastikan mereka mendapat kemahiran yang sewajarnya bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan individu lain pada tahap yang optimum. Ini boleh mengurangkan ciri-ciri autisme yang terdapat pada kanak-kanak. Kanak-kanak autisme pada tahap ringan berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan normal seperti kanak-kanak lain sekiranya mendapat rawatan multidisiplin seawal usia dua (2) hingga tiga (3) tahun. Kanak-kanak autisme pada tahap sederhana dan teruk pula, kebiasaannya adalah sukar untuk mencapai tahap perkembangan normal.
Rujukan
  1. Bee, H. & Boyd, D. (2004). The Developing Child. (10th Ed.). Boston: Pearson.
  2. Gardner, J., Grant, J. & Webb, P. (2001). Autism for All Teachers. WA: KLIK Enterprises.
  3. Janzen, J.E. (1996). Understanding the Nature of Autism. A Practical Guide. Texas: Therapy Skill Builders.
  4. Paul, R. (2001). Language Disorders from Infancy through Adolescence. (2nd Ed.) USA: Mosby.

Sumber - http://www.myhealth.gov.my/

Autisme dikacamata Ibu

Banyak sudah info yang saya paparkan dalam laman ini. Untuk kali ini mohon kerjasama diharapkan kaum ibu dapat curahkan sesuatu dalam ruangan komen dibawah tentang tajuk di atas agar dapat dikongsikan bersama pengalaman yang ada dengan kaum ibu yang baru nak berjinak-jinak dengan autisme.

Aspek yang mohon dijawab adalah seperti dibawah (Meminjam topik perbincangan program Sembang Milo O anjuran.. Tak pasti pulak pak yoep) 

1. Apa yang anak kita rasa ?
2. Bagaimana membina hubungan dengan anak?
3. Pengenalan ringkas kepada kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dengan anak.
4. Adaptasi gaya hidup keluarga.


Silakan puan...

Kalau malu nak tulis dalam ruangan komen dibawah, boleh email pak yoep alkindi5919@yahoo.com.

Mohon kerjasama ya....


Friday, December 18, 2015

ARTIS buka sekolah kanak-kanak istimewa

AHMAD IDHAM buka sekolah kanak-kanak istimewa
MEMBESARKAN anak sulung yang tergolong sebagai kanak-kanak kurang upaya (OKU) telah membangkitkan semangat pengarah dan penerbit filem popular Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 44, membuka sebuah sekolah khas bagi menyediakan sistem pendidikan dan terapi sempurna buat golongan itu. 
Sekolah khas yang diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre itu bakal terlaksana apabila pendaftaran awal dibuka awal Januari tahun depan.
Nama sekolah tersebut diambil sempena nama anak sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 15, yang mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
Sekolah tersebut juga mendapat sokongan penuh isterinya, Amy Aziz,39, yang bertindak sebagai pengetua bersama dua rakan kongsi dari Singapura iaitu Mr. K, Pengetua Saint Claire Special Education serta Kelvin Ng Kang Wen. Kedua-duanya juga merupakan pengarah di pusat yang sama. 
“Sebelum ini, saya dan isteri tempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura. Selama dua tahun di sana, nampak perkembangan baik dan sihat dengan sistem pembelajaran dan terapi yang disediakan.
“Perkembangan sihat itu telah memberi Firdaus berjalan dan bertutur dengan baik dan boleh difahami walaupun agak perlahan.
“Dari situlah tercetus idea membuka sekolah khas ini. Lagipun, isteri sudah ada pengalaman 14 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.
“Sekolah ini khusus untuk mempersiapkan diri kanak-kanak OKU menempuh dunia luar di samping beri harapan mereka juga mampu berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain.

Ahmad Idham dan isteri, Amy bersama anak sulung, Ahmad Firdaus yang mengalami kesukaran berjalan serta bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
Ahmad Idham dan isteri, Amy bersama anak sulung, Ahmad Firdaus yang mengalami kesukaran berjalan serta bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
“Kita sediakan sistem pembelajaran dan terapi yang betul. Adalah menjadi impian saya dan isteri untuk melaksana sistem pembelajaran dan terapi buat kanak-kanak OKU ini dan saya juga berharap usaha ini mendapat sokongan kerajaan,” kata Idham ketika ditemui Mangga Online di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Disember.
Selain Firdaus, Idham dan isteri mempunyai tiga anak lain iaitu Ahmad Aydeel, 11, Kintan Myra,9 dan Ahmad Khaliff, 5.

Ahmad Idham sudah mahir melakukan terapi untuk anak sulung.
Ahmad Idham sudah mahir melakukan terapi untuk anak sulung.
idham firdaus 4
Sementara itu, Amy menambah sekolah tersebut khusus buat kanak-kanak istimewa berusia antara empat hingga 20 tahun. Ia bakal memulakan operasi pada pertengahan Januari depan dengan sokongan empat tenaga pengajar berkelayakan dalam pengkhususan kanak-kanak istimewa di peringkat global.
“Bukan hanya untuk pembelajaran sempurna malahan tiga terapi yang betul iaitu fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan.
“Buat masa ini kami ada empat tenaga pengajar di samping membuka pengambilan sebanyak 20 kanak-kanak OKU dahulu. Ianya bakal berkembang sehingga 50 pengambilan pada satu masa dengan penambahan tenaga pengajar,” ujar Amy.
Pengarah filem box office Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit itu juga mengharapkan pembukaan sekolah khas tersebut turut dapat membuka mata ibu bapa lain di luar sana agar tidak ‘menyembunyikan’ anak-anak OKU.
“Di sekolah ini, ibu bapa turut didedahkan cara betul menjaga dan melakukan terapi kepada anak-anak OKU.

Ahmad Idham dan isteri buka sekolah khas bagi beri pendedahan khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU.
Ahmad Idham dan isteri buka sekolah khas bagi beri pendedahan khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU.
“Kenapa mesti nak malu memiliki anak OKU? Rasa malu itu seolah-olah menidakkan kurniaan Tuhan. Saya kecewa dengan sikap ibu bapa lain yang menyembunyikan anak OKU dan tidak mendedahkan mereka pada kehidupan luar.
“Sekolah khas ini saya dan isteri buka juga bertujuan untuk beri pendedahan pada ibu bapa lain yang mempunyai anak OKU,” jelas Idham lagi.
Beliau juga adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Idham Film Academy (AIFA) yang beroperasi di Nusajaya, Johor Bahru dan cawangan kedua bakal dibuka di The Strand, Kota Damansara, tidak lama lagi.
Eden Firdaus Special Need Centre terletak di bangunan dua tingkat, di Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Sumber - Manggaonline

Bengkel IEP @ Terengganu

Kelab Anak Autisme Perak (Offline)


Pendaftaran rasmi Kelab Anak Autisme Perak 2016 dibuka mulai sekarang. Sila beri maklumat berikut :

Nama anak:
Umur anak:
Sekolah:
Nama ibubapa:
Email:

#‎Ibubapa akan dihubungi melalui email masing-masing.
#‎Maklumat di atas boleh diposkan diruangan komen @ Email Pak Yoep


SENARAI AHLI BERDAFTAR

Mohamad Ashraf bin Mohd Izhan ,
4 thn ,

Ahmad Danish Asyraf Bin Ahmad Rozi
7tahun 7 bulan


Irdina Maya
Ahmad Amzar Ardhani bin Ahmad Hafiz
6 tahun


Nama anak; Yusra Haziq Bin Norafiza
8 tahun 2016



Thursday, December 17, 2015

Autisme sering berimaginasi

Pak Yoep nak kongsi satu isu baru yang menjadi persoalan dalam minda ibubapa iaitu iamginasi anak-anak autisme.
Bedasarkan pengalaman, tingkahlaku ini merupakan suatu tingkahlaku yang pasti ada disebahagian besar kanak-kanak autisme.
Jika diamati, kelainan yang bakal menjadi tanda tanya orang sekeliling. Berbeza dengan kanak-kanak lain. Mungkin... mereka akan kata ... Gila ke budak ni?
 Ceritanya

MASALAH - Sering berimaginasi & Ciri-ciri Disleksia

Sya ada ank umurnya 8tahun menghidap easpeger autisme. doktor beritahu keadaanya x brp serius
Cuma yg merisaukan sya..mcm mna nak membantu utk mengelakkan dari dirinya suka berimaginasi sprt dlm cerita dogeng.... dia juga suka berlakon dan buat skrip sendiri seolah dia di alam fantasi...
Dari segi pembelajaran Alhamdulillah..walau x cemerlang sprt pelajar lain, sya bangga sbb dia cepat tangkap apa yg diajar guru..cuma time exam or latihan ikut mood dia...doktor ada mention hal begini pada sya
Masalah yg kedua...dia selalu memakai kasut dan selipar terbalik.. dia tahu itu salah, tp ttp juga mcm tu smpai lah ditegur...agak2 knp ye dan mcm mna cara nak atasinya...?
Yg seterusnya, anak sya ni terlmpau sensitif...langsung x blh ditegur atau dimarahi, dia akan cepat sentap....
Mohon diberi pandangan dan pendpat...terima kasih ye admin..

Sumber - Visitor Posts Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep

Antara komen ahli Kelab Anak Autisme

Siti Haslinah Anak aspeger synd ni diketahui memang mudah terikut apa yg dlihatnya terutama movie atau creta tv yg dia suka tengok.. sampai skrip n jln ceta pun dia boleh hafal.. anak sya 5thn begitulah perangainya.. caranya ialah saya duduk sama2 menonton brsma dia dan xplain apa yg yes dan no dlm ceta yg dlihatnya.. memanglah berulang2 dibuat barulah dia faham.
Begitulah juga kes makai kasut.. mesti dlihatkn contoh yg betul dan dtegur dngn snyum dan guruan dibuat berulang2 jugalah.. inshallah dia akan perbetulkn yg salah..
Anak saya belajar memang ikut mood.. jadinya cikgunya tpksa dterangkn apa dia suka supaya dpt mnarik minatnya..yg pnting cikgu fhm dan mahir mngendalikn anak2 bgini.
Memang bagus anak puan fhm bila dtgur n dmrh itu tndanya dia faham expresi keadaan.. saja tinggal ialah cara tegurn mestilah dngn kesabaran dan mengikut keadaan.. takkanlah bila dia main pisau kita tak marah kannn.. jngn lupa bagi pujian dan pelukan sebagai ganjaran perlakuan baik dia.
Kunci utama ialah SABAR dan Tenang...
Saya hanya berkongsi yg saya tahu sedikit mngenai ank2 begini. Mudah2an dapat membantu puan...
Jangan lupa beri dorongan dimana dia mahir atau cenderung.. dia akan happy dan otaknya kurang stress membolehkn dia berfikir dengan lebih baik.
UnlikeReplyMessage36 hrs
Rosanda Ismail Saya setuju tu...ank saya mild autism...cemerlang dlm belajar...ada satu ketika....cikgu math sanggup tuko ajar kelas laun semata mata x dpt nak tackle dia seorang....sebagai ibu bapa yg ada ank istimewa ni kena selalu tanye cikgu....apa oun kunci nye ialah sabar....
LikeReplyMessage5 hrs
KELAB ANAK AUTISME
Write a reply...
Vne Saimin Ank sy mcm ni jg..umur 10thn ppun..dia xpndi bljr,membaca..tp intnet dia pndi..wlpn dia xpndi membaca..dia pndi jg type lagu yg dia suka kt youtube..dia tgok tv mmg dia suka ikut..lompat2,teriak2..tp dia pndi pki bju n kasut sndri..xtbalik pn..bljr mmg ikut mood..yg herannya dia no.3 dlm kelas akhir tahun ni..sykrla
LikeReplyMessage16 hrs
Nurul Faddilah anak saya pun easpeger...berumur 8 thn..sama mcm di ceritakan..bantu dia dan sokong apa saja kecenderungannya..mereka bijak..tetapi kadangkala sikapnya yg hiperaktif menjadikan saya seorang yg penyabar kpda anak syurga ini ..dekat dgn al-quran ...insyaAllah..Allah selalu membantu hamba yg selalu berdoa demi kebaikan..aamiin.