Thursday, February 8, 2024

Pabila PPM Bersuara

Pembantu Pengurusan Murid.

Bagi para guru pula harus faham PPM bukan kuli kepada guru...guru dan PPM harus berganding bahu untuk melaksanakan tugasan baik di kelas pra atau pn asrama.

Cikgu Dan PPM harus sedar murid-murid adalah client kita di sekolah.Tanpa mereka jawatan kita tak akan wujud.Saya terpanggil utk memberi komen kerana skrg saya bertugas di kelas pra.

Gurunya bukan main lagi mengambil kesempatan....tpi sya diam & bersabar. Seolah2 dia memperlakukan sya seperti org kuli dan gaji dia yg bayar.

Makan pun tumpang makanan untuk budak pra...pinggan mangkuk lepas makan pun tak pandai nk cuci sendiri.

Mungkin dia anggap Pembantu Pengurusan Murid bukan utk mengurus murid tetapi utk menjadi pengurus guru.

Ramai guru melatah apabila melihat PPM bergaya. Tpi apa salahnyakn? Duit masing2 yg punya.

Buat guru2 yg tak memahami erti sebenar jawatan PPM jgn hentam sebarangan...sekali PPM sepakat mogok(especially pra) nak ke para guru turun dapur memasak,mengemas,cuci tandas,sapu mop lantai,lap cermin,potong ikan,ayam...dan paling best sekali lap muntah murid2??

Sanggup wahai guru2 sekalian?? Pastinya tidak sanggup bukan...so apa kata sekali-sekala beri la penghargaan dan pujian kepada penjawat awam yang berjawatan PPM, tanpa PPM maka pincang la sebelah tangan si guru.

Dan si guru harus sedar kita adalah sama-sama makan gaji..bukannya nak bersikap bossy. =)



No comments:

Post a Comment