Tuesday, February 6, 2024

Hak murid OKU

Salam Sejahtera.

Saya ada anak bersekolah PPKI.Perjalanan daripada Tahun 1 (kelas perdana) hinggalah dimasukkan ke PPKI sangat2 struggle. Guru pukul dia, kawan2 sekolah pukul dia, guru2 dan ppm2 tidak mengendahkan pertanyaan dan aduan dia. 

Sudah banyak kali saya adukan melalui SISPAA tapi tiada juga maklumbalas. Sekarang, sekolah baru lagi dia. Sudah 3 buah sekolah dia pigi, saya tidak cereewet tapi saya kenal anak saya. Anak saya tidak ada masalah komunikasi, tidak ada masalah pembelajaran. Sekolah lama dia tahun 2021 yang cadangkan pindahkan ke ppki, sedangkan saya merayu supaya bagi masa supaya anak saya dapat biasakan diri di sekolah (baru seminggu sekolah tahun 1).
Sekolah terbaru ni (thn 4 sdh dia) anak saya cerita guru tidak mengajar. Jadi dorang dalam kelas dari pagi smp balik, cuma duduk dan buat lukis2 di buku masing2 seja. Bila saya tanya kenapa tidak belajar, cikgu tidak kasih benar belajar. Lepas tu dorang bergaduh sesama sendiri dalam kelas, guru tu sibuk diluar pintu. Masuk2 sja kelas, tanpa soal siasat dia tuduh sembarangan. Saya hubungi pihak atasan sekolah tersebut, dorang minta saya sabar dan kasih pindah anak saya pigi kelas lain yg lebih tinggi, tahun 6. Dalam diam2 di sana pun kalau saya mo cakap bahasa scientific dia, mentally abuse juga. Dan sama juga kena pukul juga oleh murid lain. 

Persoalan saya, kenapa guru biarkan? Kenapa guru tidak boleh handle dengan baik? Guru ppki kan ada training...berbeza dengan guru perdana. Tapi kenapa bertindak macam guru perdana? 

Bila saya bertanya, guru tu memanas. Tidak mo jawap call, saya terpaksa ambil video anak saya bercakap untuk dia terangkan keadaan yang terjadi untuk sy jadikan bukti sekiranya perlu. Saya mohon guru2 PPKI, anak2 PPKI juga adalah manusia, malah mereka lebih tinggi darjat daripada kita semua. Murid2 ppki termasuklah anak2 yg kurang bernasib baik tidak dpt bersekolah, adalah anak syurga. Menyakiti anak2 oku ni dilaknat Tuhan.Buat apa kerajaan mulakan sekolah ppki ni? Kan utk mo bantu anak2 oku

Sumber - XXX

No comments:

Post a Comment