Monday, January 15, 2024

Jika nak Kaya.

KUASA COMPOUNDING - CARA MEMBINA KEKAYAAN.

Nak jadi kaya caranya mudah saja - amalkan attitude orang kaya dan sebatikan attitude orang kaya kepada diri sendiri. 

Apakah sebenarnya attitude orang kaya?

1. Orang kaya tidak berbelanja dengan sesuka hati, malah mereka berjimat cermat dan memastikan mereka menyimpan sebahagian pendapatan mereka sebelum mereka belanjakan bakinya.

2. Orang kaya yakin dengan apa yang mereka lakukan kerana mereka faham dan nampak jelas apa yang mereka usahakan. 

3. Wang yang mereka simpan mereka gunakan untuk menghasilkan lebih nilai. Mereka kemudian mengulangi semula proses yang sama yang mereka lakukan sblm itu. Setiap masa mereka diisi untuk menghasilkan nilai dan nilai.

4. Orang kaya juga sabar menunggu hasil dan tidak menikmati hasilnya lebih awal kerana mereka faham rahsia kekayaan.

Apakah rahsia kekayaan? Kuasa compounding.

Apabila pendapatan yang disimpan menghasilkan nilai dan nilai itu pula digunakan untuk menghasilkan lebih banyak nilai dan diulang2 untuk menghasilkan lebih banyak dan lebih banyak nilai, hasilnya akan menjadi berlipat kali ganda - compounding. Compounding ialah nilai menghasilkan nilai yang menghasilkan lebih banyak nilai. Semakin banyak nilai menghasilkan nilai, semakin berlipat ganda hasil yang diperolehi.

Albert Einstein sendiri ialah antara saintis tersohor yang mengakui kelebihan kuasa compounding. Beliau pernah mengeluarkan pernyataan bahawa kuasa compounding ialah kuasa yang paling kuat di alam semesta. Yang membuatkan kuasa compounding menjadi kuat ialah kerana kesannya yang menjadikan sesuatu nilai berkembang secara exponential - nilai menghasilkan lebih banyak nilai.

Oleh itu, jika seorang kaya menggunakan kuasa compounding untuk mencipta kekayaan, ia boleh digambarkan di dalam persamaan di bawah

Kekayaan = simpanan x (1 + kadar peningkatan nilai)^(jumlah tahun)

Salah satu cara untuk menghasilkan kekayaan dengan kuasa compounding ialah melalui investing.

Investing ialah apabila anda melaburkan wang yang anda simpan di dalam satu pelaburan yang menghasilkan kadar keuntungan tahunan tertentu dan keuntungan tersebut dilaburkan kembali pada setiap selang tahun tertentu, ia akan berkembang secara exponential menyebabkan wang yang anda laburkan tadi menjadi berlipat kali ganda.

1. Katakan anda mempunyai simpanan RM10,000 dan kekayaan bagi anda ialah apabila anda mempunyai RM1 juta. Kemudian kadar keuntungan pula ialah 10%, maka jumlah masa diperlukan utk mencapai kekayaan anda.

RM1,000,000 = RM10,000 x (1 + 0.1)^(Jumlah tahun)

Jumlah tahun = 49! Bermaksud anda perlukan 49 tahun untuk menumbuhkan RM10,000 menjadi RM1 juta dgn kadar keuntungan 10%.

2. Katakan anda mempunyai simpanan RM10,000 dan kekayaan bagi anda ialah apabila anda mempunyai RM1 juta. Kemudian kadar keuntungan pula ialah 20%, maka

RM1,000,000 = RM10,000 x (1 + 0.2)^(Jumlah tahun)

Jumlah tahun = 26! Bermaksud anda perlukan 26 tahun untuk menumbuhkan RM10,000 menjadi RM1 juta dgn kadar keuntungan 20%. maka

3. Katakan anda mempunyai simpanan RM10,000 dan kekayaan bagi anda ialah apabila anda mempunyai RM1 juta. Kemudian kadar keuntungan pula ialah 30%, maka
KUASA COMPOUNDING - CARA MEMBINA KEKAYAAN.

Nak jadi kaya caranya mudah saja - amalkan attitude orang kaya dan sebatikan attitude orang kaya kepada diri sendiri. 

Apakah sebenarnya attitude orang kaya?

1. Orang kaya tidak berbelanja dengan sesuka hati, malah mereka berjimat cermat dan memastikan mereka menyimpan sebahagian pendapatan mereka sebelum mereka belanjakan bakinya.

2. Orang kaya yakin dengan apa yang mereka lakukan kerana mereka faham dan nampak jelas apa yang mereka usahakan. 

3. Wang yang mereka simpan mereka gunakan untuk menghasilkan lebih keuntungan. Mereka kemudian mengulangi semula proses yang sama yang mereka lakukan sblm itu. Setiap masa mereka diisi untuk menghasilkan keuntungan.

4. Orang kaya juga sabar menunggu hasil dan tidak menikmati hasilnya lebih awal kerana mereka faham rahsia kekayaan.

Apakah rahsia kekayaan? Kuasa compounding.

Apabila pendapatan yang disimpan menghasilkan keuntungan dan keuntungan itu pula digunakan untuk menghasilkan lebih banyak keuntungan dan diulang2 untuk menghasilkan lebih banyak dan lebih banyak keuntungan, hasilnya akan menjadi berlipat kali ganda - compounding. Compounding ialah keuntungan menghasilkan keuntungan yang menghasilkan lebih banyak keuntungan. Semakin banyak nilai menghasilkan keuntungan, semakin berlipat ganda hasil yang diperolehi.

Albert Einstein sendiri ialah antara saintis tersohor yang mengakui kelebihan kuasa compounding. Beliau pernah mengeluarkan pernyataan bahawa kuasa compounding ialah kuasa yang paling kuat di alam semesta. Yang membuatkan kuasa compounding menjadi kuat ialah kerana kesannya yang menjadikan sesuatu nilai berkembang secara exponential - nilai menghasilkan lebih banyak nilai.

Oleh itu, jika seorang kaya menggunakan kuasa compounding untuk mencipta kekayaan, ia boleh digambarkan di dalam persamaan di bawah

Kekayaan = simpanan x (1 + kadar keuntungan)^(jumlah tahun)

Salah satu cara untuk menghasilkan kekayaan dengan kuasa compounding ialah melalui investing.

Investing ialah apabila anda melaburkan wang yang anda simpan di dalam satu pelaburan yang menghasilkan kadar keuntungan tahunan tertentu dan keuntungan tersebut dilaburkan kembali pada setiap selang tahun tertentu, ia akan berkembang secara exponential menyebabkan wang yang anda laburkan tadi menjadi berlipat kali ganda.

Jika anda menggunakan persamaan di atas utk simpanan yang berlainan pada kadar keuntungan yang berlainan, hasilnya boleh disimpulkan seperti di bawah

Simpanan = RM10,000

Tahun mencapai kekayaan

= 49 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 26 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 18 tahun @ 30% kadar keuntungan

Simpanan = RM50,000

Tahun mencapai kekayaan

= 32 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 17 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 12 tahun @ 30% kadar keuntungan

Simpanan = RM100,000

Tahun mencapai kekayaan

= 25 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 13 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 9 tahun @ 30% kadar keuntungan

Apakah kesimpulan yang boleh didapati di sini?

1. Semakin banyak simpanan anda yang dilaburkan, kuasa compounding menyebabkan semakin pantas anda menjadi kaya.

2. Semakin tinggi kadar keuntungan investing anda, kuasa compounding menyebabkan semakin pantas anda menjadi kaya.

3. Kuasa compounding menyebabkan perbezaan tahun mencapai kekayaan yang sangat ketara bagi jumlah simpanan dan kadar keuntungan yang berlainan akibat dari pertumbuhan yang bersifat exponential.

Kuasa compounding juga boleh dilihat pada Rule 72. Apa itu Rule 72?

RULE 72.

Rule 72 bermaksud tempoh untuk meningkatkan simpanan anda sehingga menjadi 2x ganda ialah sama dengan apabila anda membahagikan 72 dengan kadar keuntungan anda.

Tempoh simpanan menjadi 2x ganda = 72 / Kadar keuntungan

Tempoh simpanan menjadi 2x ganda bagi kadar keuntungan berlainan

= 7.2 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 3.6 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 2.4 tahun @ 30% kadar keuntungan

Namun, untuk mengaplikasikan kuasa compounding ini, anda perlu pastikan kadar keuntungan anda stabil. Jika kadar keuntungan anda tidak stabil, ia akan merosakkan kuasa compounding dan cita2 anda untuk menjadi kaya mungkin tertangguh lebih lama, atau paling teruk, tak kaya2 langsung.

#buatsahamsampaijadi
#remisiercoachnaji
#empayarsaham
RM1,000,000 = RM10,000 x (1 + 0.3)^(Jumlah tahun)

Jumlah tahun = 18! Bermaksud anda perlukan 18 tahun untuk menumbuhkan RM10,000 menjadi RM1 juta dgn kadar keuntungan 30%.

Jika diteruskan kira2 dgn simpanan pada RM10,000, RM50,000 dan RM100,000, hasilnya boleh disimpulkan seperti di bawah

Simpanan = RM10,000

Tahun mencapai kekayaan

= 49 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 26 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 18 tahun @ 30% kadar keuntungan

Simpanan = RM50,000

Tahun mencapai kekayaan

= 32 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 17 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 12 tahun @ 30% kadar keuntungan

Simpanan = RM100,000

Tahun mencapai kekayaan

= 25 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 13 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 9 tahun @ 30% kadar keuntungan

Apakah kesimpulan yang boleh didapati di sini?

1. Semakin banyak simpanan anda yang dilaburkan, kuasa compounding menyebabkan semakin pantas anda menjadi kaya.

2. Semakin tinggi kadar keuntungan investing anda, kuasa compounding menyebabkan semakin pantas anda menjadi kaya.

3. Kuasa compounding menyebabkan perbezaan tahun mencapai kekayaan yang sangat ketara bagi jumlah simpanan dan kadar keuntungan yang berlainan akibat dari pertumbuhan yang bersifat exponential.

Kuasa compounding juga boleh dilihat pada Rule 72. Apa itu Rule 72?

RULE 72.

Rule 72 bermaksud tempoh untuk meningkatkan simpanan anda sehingga menjadi 2x ganda ialah sama dengan apabila anda membahagikan 72 dengan kadar keuntungan anda.

Tempoh simpanan menjadi 2x ganda = 72 / Kadar keuntungan

Tempoh simpanan menjadi 2x ganda bagi kadar keuntungan berlainan

= 7.2 tahun @ 10% kadar keuntungan

= 3.6 tahun @ 20% kadar keuntungan

= 2.4 tahun @ 30% kadar keuntungan

Namun, untuk mengaplikasikan kuasa compounding ini, anda perlu pastikan kadar keuntungan anda stabil. Jika kadar keuntungan anda tidak stabil, ia akan merosakkan kuasa compounding dan cita2 anda untuk menjadi kaya mungkin tertangguh lebih lama, atau paling teruk, tak kaya2 langsung.

#buatsahamsampaijadi
#remisiercoachnaji
#empayarsaham

Friday, January 12, 2024

Hantu BOTA

 "Bota Berasal Dari Nama Raksasa Yang Suka Budak Tak Pakai Seluar?"

Bota, Perak. Mungkin ramai yang tak tahu asal usul nama tempat ni walaupun dah selalu biasa dengar nama dia. Mungkin korang akan terkejut sebab Bota ni berasal dari nama raksasa.
Nama asal Bota sebenarnya Berahman Indera serta menjadi pusat pemerintahan Sultan Perak ke-12, Sultan Alauddin Mughayat Shah sekitar tahun 1720 hingga 1728 dan sultan-sultan lain.
Nama Bota ni diambil dari kisah mitos yang diceritakan secara lisan dari generasi ke generasi.
Bota dikatakan merupakan raksasa atau gergasi yang wujud di kawasan tu sekitar abad ke-18. Dia hidup dalam tanah dan menyembunyikan diri daripada orang ramai.
Bota digambarkan merupakan seekor makhluk gergasi yang berwarna seakan-akan tanah menyerupai lumpur di tepi-tepi sawah padi.
Menurut Sir William George Maxwell menerusi bukunya In Malay Forest, kadang-kadang Bota ni akan keluar cari makan lagi-lagi bila waktu senja.
Yang peliknya, Bota ni suka sangat dengan budak-budak yang tak pakai seluar. Kalau Bota ni jumpa, memang dia akan culik budak tu nak buat makan. Memang orang-orang sana pun menyalahkan si Bota ni jadi punca budak-budak kampung tu hilang.
Versi lain pula kata, Bota ni nama binatang. Bota akan dibawa oleh Sultan Perak semasa mengembara ke tempat-tempat yang sangat jauh.
Macam mana boleh datang nama Bota Kiri dan Bota Kanan serta dipisahkan oleh Sungai Perak?
Ia datang dari bahagian kapal Sultan Perak di Sungai Perak semasa menuju ke hulu. Yang bahagian kanan kapal dipanggil Bota Kanan, yang dibahagian kiri kapal dipanggil Bota Kiri.
Versi lain pulak kata, Bota ni culik seorang janda kaya sebab suka janda tu, kemudian muncul pemuda yang nak selamatkan janda tu. Lepas bertempur, pemuda tu bunuh dan kerat badan si Bota jadi tiga bahagian.
Nak mengingatkan peristiwa ni, kawasan badan dan kepalanya dinamakan Kampung Bota Kiri dan Kampung Bota Kanan. Bahagian ekornya pula dinamakan Kampung Ekor Bota.
Walaubagaimanapun, cerita berkenaan raksasa Bota ni hanyalah mitos nak takutkan budak-budak supaya jangan balik rumah lepas Maghrib. Sama la macam kita masa dulu dimomokkan dengan kena sorok dek Hantu Kopek.
Apa-apapun kalau singgah di Bota, jangan lupa bawak balik "Doyan" dan jenguklah Pusat Konservasi Tuntung di sana. Comel-comel belaka tuntung ni. Jangan cari si Bota tu pulak.
Oleh: Azizul Farhan
___

Thursday, January 11, 2024

Program Gotong-royong BANJAR 2024



Tarikh: 12 Jan 2024 (Jumaat)
Masa: 10.00-12.00 tgh
Tempat: Blok PPKI

AKTIVITI:

1. Ketua Panitia kenalpasti BBM panitia masing-masing.
2. Ketua Panitia/murid menempatkan BBM ke lokasi ditetapkan.

TENTATIF PROGRAM:

10.00 Taklimat PKPK
10.15 Ketua Panitia/murid kenalpasti BBM masing-masing.
10.45 Ketua Panitia/murid menempatkan BBM ke lokasi ditetapkan
11.45 Bersurai

JAWATANKUASA:

Penyelaras: Cik Fatimahwati
Kumpulan 1 (KM/UD) – Pn Marsemmawati
Kumpulan 2 (SN/BM) - Pn Nazarina
Kumpulan 3 (PSV) - Cik Fatimahwati
Kumpulan 4 (SN/KH) - Pn Nazarina
Kumpulan 5 (MT/KH) – Pn Umar Mageswari
Kumpulan 6 (PI) – Pn Fadilah
Kumpulan 7 (BI/PM/MZK) – Pn Shirley
Kumpulan 8 (Manja) – Pn Fatin Nabilah/PKPK

AGIHAN MURID
1. Ditetapkan oleh Penyelaras Program.
2. Setiap kumpulan - 2/3 murid
3. Murid MANJA/Low Funtion tidak terlibat.

AGIHAN PPM
1. PN ASMARINA - Kelas Mulia
2. PN MARDIAH – Disleksia@Bilik Masakan
3. PN ROPIZA – Bilik Bacaan
4. PN AZNAH – Permata Ilmu/Stor Sukan


LOKASI PENEMPATAN SEMENTARA BBM (Cadangan)

1. Kelas Disleksia/Bilik Masakan -  KM/UD/BM/BI
2. Bilik Bacaan – PSV/MT/SN/KH
3. Kelas PdPC

a)  Manja – KM/UD
b)  Mesra – BM/BI
c)  Ehsan – PSV/MT
d)  Mulia – SN/KH

4.  Bilik Permata Ilmu - PI/PM
5.  Bilik Bacaan - TMK/MZK
6.  Stor Sukan - PJK

CADANGAN PENEMPATAN BBM SESI 2024/2025 (Guru Besar)
- Bilik Permata Ilmu (BBM yg jarang digunakan)
- Pembelian Rak/Almari

PENEMPATAN BBM DI LOKASI DITETAPKAN
- Dilaksanakan oleh PPM semasa cuti persekolahan akhir tahun sesi 2023/2024

Saturday, January 6, 2024

MINGGU PENDIDIKAN KHAS

 

PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPAYANG, FAIR PARK.

 

 

1.    PENDAHULUAN

Pihak sekolah khususnya Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas Integrasi sentiasa berusaha untuk mendedahkan murid-murid Pendidikan Khas kepada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mengembirakan mereka.

Program Minggu Pendidikan Khas adalah satu aktiviti yang bertujuan untuk memupuk semangat keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.  Selain daripada itu juga, program ini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh PKBP.

Ianya juga bertujuan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian murid disamping memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Disamping itu, bakat dan potensi murid dapat diserlahkan melalui aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

 

2.    OBJEKTIF

1)    Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.

2)    Mewujudkan amalan bekerjasama tolong menolong dalam suasana muhibah secara sedar dan terancang

3)    Mempertingkatkan kemahiran akademik melalui aktiviti yang dijalankan.

4)    Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat masing-masing.

5)    Memupuk semangat keyakinan diri murid untuk berhadapan dengan guru dan rakan.

6)    Menyediakan ruang untuk kanak-kanak khas memperlihatkan kebolehan sedia ada mereka. 

7)    Melahirkan murid PKBP yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 

 

 

 

 

3.    TARIKH

29.01.2023 hingga 02.01.2023

 

 

4.    TEMPAT

               i.        Dewan PPKI,

              ii.        Kelas PPKI,

            iii.        Padang SKSK,

            iv.        Kantin Sekolah.

 

 

5.    KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Pendidikan Khas Sek. Keb. Seri Kepayang ( 34  orang murid )

 

6.    SUMBER KEWANGAN

a)    PCG Teras 1

b)    PCG Teras 2

c)    PCG Sejarah

d)    PCG BSS

 

7.    JADUAL AKTIVITI PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN KHAS

HARI

TARIKH

AKTIVITI

ISNIN

 

29 Jan 2023

 

1. Majlis Perasmian.

a)    Perasmian oleh Guru Besar

b)    Taklimat Minggu Pendidikan Khas

c)    Persembahan murid PPKI

 

2.    Aktiviti Panitia Agama dan Panitia Moral

 

Masa : 8.00 pagi – 9.30 pagi

     Aktiviti : Explorace

 

3.    Aktiviti Sejarah

 

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Aktiviti yang dijalankan :

a)            Kuiz Sejarah

b)            Pertandingan Mewarna Lokasi Bersejarah

c)            Pertandingan Nyanyian Patriotik

 

 

 

 

SELASA

 

30 Jan 2023

 

 

Hari Bertemu Waris

 

1.    Mesyuarat badan Permuafakatan Ibubapa

2.    Sesi Sidang RPI

3.    Penyerahan PBD Akhir Tahun

4.    Sesi Menandatangani Program Inklusif 2024

 

 

RABU

 

 

 

31 Jan 2023

 

 

 

Jamuan Akhir Tahun

 

 

KHAMIS

01 Feb 2023

 

1.  Aktiviti Panitia Bahasa Melayu

Masa : 8.00 pagi – 9.30 pagi

     Aktiviti : :

i.              Permainan cari kata

ii.            Kotak beracun

iii.           Menyusun Gambar dengan perkataan

 

2.  Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris

 

Masa : 10.30 pagi – 12.00 tengahari

Aktiviti :

i.              Puzzle

ii.            Spelling Bee

iii.           Word and sentence making

JUMAAT

02 Feb 2023

1.    Aktiviti Panitia Pengurusan Kehidupan

 

Masa : 8.00 pagi – 9.30 pagi

Aktiviti : :

i.              Pertandingan Melipat Baju

ii.            Pertandingan Mengenakan Butang Baju

iii.           Pertandingan mengikat tali kasut

 

2.    Pertandingan stacking cup

 

Masa : 10.30 pagi – 12.00 tengahari

ISNIN

03 Feb 2023

 

Majlis Penutup Minggu Pendidikan Khas

 

Semua aktiviti dijalankan dengan pengawasan semua guru dan pembantu pengurusan murid.

8.     AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN KHAS

 

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat                                          :  En. Syahrul Nizam bin Zulkflee                   

Pengerusi                                         :  En. Ahmad Rodi bin Zainuddin

Naib Pengerusi 1                             :  Pn. Adibatun Nailah Binti Mohamed Shith

Naib Pengerusi 2                             :  En. Samsol Kamal b. Yahya

Naib Pengerusi 3                             :  En. Fazli Bin Mohd Zain

Setiausaha                                       :  Cik Fatimahwati bt. Mohd Khusaini

Penolong Setiausaha                     :  Pn. Uma Mageswari a/p Subramanian

Bendahari                                         :  Cik Suhairin bt. Sallehudin

 

JAWATANKUASA KERJA

Buku Program                                  :  Cik Fatimahwati bt. Mohd Khusaini

Pengacara Majlis                             :  Pn. Fadilah binti Umar

Jurugambar                                      :  Pn. Masermmawati bt. Masbek

                                                               Semua guru dan PPM

Dokumentasi                                    :  Cik Fatimahwati bt. Mohd Khusaini

Persembahan Murid                        :  Pn. Shirley Knaggs

                                                               Pn Aznah binti kamaruddin

Siaraya                                              :  En. Zulkernain b. Abdul Rashid

Persiapan Tempat Aktiviti               :  En Zulkernain b. Abdul Rashid

   Semua guru panitia dan PPM

Makanan                                           :  Pn. Masermmawati bt. Masbek

                                                               Semua PPM

Hadiah                                               :  Pn. Nazarina binti Abdul Rahman

                                                               Pn. Fatin Nabilah binti Hisham

                                                               Cik Suhairin binti Sallehudin

                                                               Cik Mardiah binti Hamid

                                                               Pn. Ropiza binti Hamzah

                                                               Pn Asmarina binti Mazlan

Kawalan Murid                                 :  Pn Uma Mageswari a/p Subramaniam

   Semua Guru dan PPM

 

9.    ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1  HADIAH BAGI PANITIA AGAMA DAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

2

30.00

60.00

Tempat Kedua

2

20.00

40.00

Tempat Ketiga

2

10.00

20.00

Jumlah

 

 

RM120.00

 

9.2  HADIAH BAGI PERTANDINGAN SEJARAH

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

3

30.00

90.00

Tempat Kedua

3

20.00

60.00

Tempat Ketiga

3

10.00

30.00

Jumlah

 

 

RM180.00

 

 

 

 

 

 

9.3 HADIAH BAGI PANITIA BAHASA MELAYU

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

1

30.00

30.00

Tempat Kedua

1

20.00

20.00

Tempat Ketiga

1

10.00

10.00

Jumlah

 

 

RM60.00

 

9.4 HADIAH BAGI PANITIA BAHASA INGGERIS

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

1

30.00

30.00

Tempat Kedua

1

20.00

20.00

Tempat Ketiga

1

10.00

10.00

Jumlah

 

 

RM60.00

 

9.5 HADIAH BAGI PANITIA PENGURUSAN KEHIDUPAN

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

1

30.00

30.00

Tempat Kedua

1

20.00

20.00

Tempat Ketiga

1

10.00

10.00

Jumlah

 

 

RM60.00

 

9.6 HADIAH BAGI PERTANDINGAN STACKING CUP

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

2

30.00

60.00

Tempat Kedua

2

20.00

40.00

Tempat Ketiga

2

10.00

20.00

Jumlah

 

 

RM60.00

 

 

 

 

 

9.7  HADIAH KESELURUHAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

2

30.00

60.00

Tempat Kedua

2

20.00

40.00

Tempat Ketiga

2

10.00

20.00

Jumlah

 

 

RM60.00

 

9.8 BARANG KEPERLUAN BAGI AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Perkara

Kuantiti

Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Sumber Kewangan

Warna pensil

4

20.00

80.00

 

 

 

 

 

 

TERAS 1

Gam

1 kotak

20.00

20.00

Gam UHU

8 kotak

6.00

60.00

Gam gluestick

2 kotak

15.00

30.00

Pemadam

1 kotak

30.00

30.00

Pensil 2B

2 kotak

10.00

20.00

Kertas A4

20 Rim

10.00

200.00

JUMLAH

RM440.00

 

RM454.00

 

Kertas Lukisan

2 rim

50.00

100.00

 

Manila kad

2 set

20.00

40.00

 

Gunting besar

4

5.00

20.00

 

Kertas A4 (Warna)

2 rim

25.00

50.00

 

Riben kecil

4

4.00

16.00

 

Marker pen

4 kotak

40.00

160.00

 

Paper clip

4 kotak

2.00

8.00

 

Sharpener ( mesin )

2

20.00

40.00

 

Masking tape

4

5.00

20.00

 

Fail poket ( kertas )

35

1.00

35.00

 

 

JUMLAH

 

 

RM489.00

 

 

RM1491.00

 

 

JUMLAH KESELURUHAN

 

 

RM929.00

 

 

RN1945.00

 

JUMLAH KESELURUHAN

 

 

 

 

 

 

9.9 Rumusan Perbelanjaan

Bil

Perkara

Perbelanjaan

Jumlah Perbelanjaan

Sumber Kewangan

1.

Hadiah Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris

Tempat 1 – 1xRM30.00=RM30.00

Tempat 2 – 1xRM20.00=RM20.00

Tempat 3 – 1xRM10.00=RM10.00

RM60.00

 

 

PCG Teras 1

2.

Alatan Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris

Rujuk Senarai di para 9.8

RM440.00

 

JUMLAH

 

RM500

RM514.00

3.

Hadiah Aktiviti

a)    Panitia Pendidikan Islam

b)    Panitia Pendidikan Moral

c)     Panitia Bahasa Melayu

d)    Panitia Kemahiran Manipulatif

e)    Panitia Pengurusan Diri

Tempat 1 – 5xRM30.00=RM150.00

Tempat 2 – 5xRM20.00=RM100.00

Tempat 3 – 5xRM10.00=RM50.00

RM300

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PCG Teras 2

4.

Alatan Aktiviti

a)Panitia Pendidikan Islam

b)Panitia Pendidikan Moral

c)Panitia Bahasa Melayu

d)Panitia Kemahiran Manipulatif

e)Panitia Pengurusan Diri

Rujuk senarai di para 9.8

RM489.00

5.

Hadiah Keseluruhan Minggu Pendidikan Khas

Tempat 1 – 2xRM30.00=RM60.00

Tempat 2 – 2xRM20.00=RM40.00

Tempat 3 – 2xRM10.00=RM20.00

RM120.00

 

 

JUMLAH

 

RM909.00

RM1791.00

5.

Aktiviti Pantia Sejarah

1.     Pertandingan Nyanyian Patriotik

2.     Kuiz Sejarah

3.     Pertandingan Mewarna Tempat Bersejarah

Tempat 1 – 3xRM30.00=RM90.00

Tempat 2 – 3xRM20.00=RM60.00

Tempat 3 – 3xRM10.00=RM30.00

RM180.00

Sejarah

 

JUMLAH

 

RM180.00

RM478.00

6.

Hadiah pertandingan Stacking Cup

Tempat 1 – 2xRM30.00=RM60.00

Tempat 2 – 2xRM20.00=RM40.00

Tempat 3 – 2xRM10.00=RM20.00

 

 

 

JUMLAH

 

RM120.00

RM136.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10. Penutup

Adalah menjadi harapan agar majlis ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan. Keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan diharapkan dapat merealisasikan aturcara  yang dirancang sepanjang minggu ini dijalankan. Segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

 

Disediakan oleh                                           Disemak oleh

 

 

………………………………….                   ………………………………….

Cik Fatimahwati bt. Mohd Khusaini          En. Ahmad Rodi bin Mohamed Zainuddin

Setiausaha Panitia PPKI                            Penolong Kanan PPKI

Sek. Keb. Seri Kepayang                           Sek. Keb. Seri Kepayang

 

 

Disahkan oleh

 

 

………………………………………

En. Syahrul Nizam bin Zulkflee

Guru Besar

Sek. Keb. Seri Kepayang