Monday, August 20, 2018

Klinik Matematik pak Yoep


Klinik Math Pak Yoep masih berfungsi 2018

Secara kecil-kecilan sejak tahun 2015

Kerana...

Fokus kepada kak long 

Menduduki PT3 dan SPM

Tahun 2018 masih beri perkhidmatan

Math Ting 1, 4 dan 5

3 tahun mendatang ini

Aktiviti home tuition terpaksa dihadkan

Untuk beri fokus kepada Haziq

PT3 tahun 2019

SPM tahun 2020

Haziq dah tidak tinggal di asrama

Dikeluarkan akibat kemerosotan

Prestasi akademiknya di SYS

Setakat ini ada perkembangan positif

Tunggu result ujian terkini

Bermula 27 Ogos 2018

Didoakan ada perubahan

Walaupun sedikit...

Saturday, August 18, 2018

Kak Long Kembali dr UM

Minggu pertama di UM

Hari pendaftaran

Hujung minggu kembali tengok kak long

Pertengahan Jun hingga pertengahan Ogos

Baru berjumpa kak long kembali

Cuti pertengahan semester

Selepas menduduki peperiksaan

Nampak dah besar panjang lagi

Melebihi tinggi umminya

Happy jumpa adik-adiknya

Paling happy Faqihah

Sanggup tak sekolah pada Jumaat

Untuk buat persiapan

Sambut kepulangan kak long

Balik tumpang maksu

Sampai dalam jam 2.30 pagi Sabtu

Faqihah tunggu kak long

Hingga sampai

Kejutkan kami yang dah lena.

Thursday, August 16, 2018

Haziq - 2 Bulan di SMKP Ipoh


2 bulan setelah berhijrah dari SMK Sultan Yusof (SYS)

Nampak banyak perubahan positif

Dalam bidang akademik

Seharian kerap bersama buku

Tanpa perlu disuruh

Harap dapat diterjemahkan 

Dalam Ujian 3 

Bakal diduduki pada 27 Ogos 2018

Main???

Isu terbesar menyebabkan kegagalan

Dalam akademik semasa di SYS

Telah dapat dikurangkan

Terhad pada hujung minggu sahaja

In shaa Allah

Perubahan yang ada

Akan dikekalkan... Ameen.

Wednesday, August 15, 2018

Peluang Pendidikan Vokasional Murid Pendidikan Khas


Terdapat 9 syarat mudah yang ditetapkan. 

Rujuk web yang tertera https://epkhas.moe.gov.my di atas.

Diantaranya hanya perlu menguasai 3M sahaja. 

Berilah peluang untuk anak-anak istimewa.

Untuk berdikari demi masa depan mereka lebih baik.

Mereka mampu melakukan.

Thursday, August 2, 2018

Ceramah Pak Yoep ; Menangani anak autisme