Saturday, December 9, 2017

Faqihah menulis kisahnya


Zaman kanak-kanak Faqihah
Dipaparkan gambar-gambar Faqihah semasa di zaman kanak-kanaknya. Semua gambar ini adalah aktiviti Faqihah semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di Brighter Future dibawah kendalian Teacher Ruby pada tahun 2004 ketika umur Faqihah 4 tahun.
(Faqihah menulis)

Terdapat 20 mukasurat yang mengandungi gambar-gambar Faqihah. Tak boleh plk di copy paste di sini.





Anak Autisme Perlukan Sokongan Masyarakat Luar

IPOH – Ibu bapa kepada anak istimewa autisme amat berharap masyarakat akan memberi sokongan khususnya menawarkan pekerjaan untuk golongan itu agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain.

Bagi Noorrita Osman, 53, berkata sebagai seorang ibu, beliau sentiasa memikirkan untung nasib anaknya, Siti Nur Ezzati Noorhisham yang kini berusia 23 tahun, agar mampu meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya kerana anak autisme ini perlu diberikan perhatian yang lebih selain memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga mereka.
“Ada dalam kalangan masyarakat akan memandang pelik anak autisme ini, sebab kadangkala mereka akan menjerit jika tidak dapat apa yang mereka mahukan. Jika masyarakat lebih terbuka dan dapat menerima sifat mereka ini, saya pasti anak autisme ini juga mampu berdikari seperti orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada program Grafiti Negaraku Media Massa Bersama Kanak-kanak Autisme di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Cawangan Ipoh di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada pihak NASOM Cawangan Ipoh kerana sepanjang 19 tahun pembelajaran anaknya di persatuan itu, banyak potensi telah ditonjolkan Siti Nur Ezzati antaranya melukis dan memasak.
“Saya berharap pada masa depan, dengan apa yang dia pelajari dapat digunakannya. Saya juga berharap, masyarakat di luar sana dapat menerima anak saya untuk bekerja di mana-mana dengan kemahiran yang dia ada,” katanya.
Rafeah Jamaluddin, 50, juga mengakui, memikirkan masa depan anak lelakinya, Mohammad Faris Ahmad Hafis, 17, sering membuatkan beliau gusar serta sering berdoa agar anaknya itu boleh menjaga diri sendiri dan tidak terpinggir.
Sementara itu, Presiden NASOM Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahrudin berkata masyarakat akan terus menyokong NASOM yang kini mempunyai 600 pelajar di 23 pusat yang dibuka di seluruh negara kecuali Sabah.
Katanya, penerimaan masyarakat terhadap anak istimewa autisme sudah semakin baik berbanding 20 tahun dahulu.
“Kalau dulu masyarakat tidak faham apa itu autisme, apabila banyak pihak termasuk kerajaan dan swasta menerangkan apa itu autisme mereka semakin faham dan sudah ada kesedaran, kalau tidak mereka ingat ia masalah mental atau mistik,” katanya.
Program yang turut dihadiri Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman itu diadakan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kanak-kanak autisme menerusi kreativiti lukisan selain memperluas tanggungjawab sosial korporat.
Selain kanak-kanak autisme, program itu turut menyaksikan penglibatan 100 peserta termasuk pengamal media dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia membuat grafiti berkonsepkan Negaraku di dinding NASOM Cawangan Ipoh. – BERNAMA

Thursday, December 7, 2017

Brighter Future Open Day 2.0

Image may contain: food

Faqihah hadir buat kali ke-2 dalam program dianjurkan.

Brighter Future merupakan tempat Faqihah mendapat pendidikan awal pada umurnya 4 tahun.

Walaupun telah tidak menghadiri program tersebut sejak umurnya 11 tahun, hubungan kami dengan Brighter Future berterusan sehingga kini.

Faqihah juga kerap menghubungi Teacher Ruby, pengasas Brighter Future melalui wasap

Perancangan kami untuk Faqihah bermula tahun 2018 akan menyambung pembelajaran di sini dalam aspek kemahiran sebagai persiapan untuk kehidupan setelah tamat sesi persekolahan nanti.

Dalam perbincangan, Faqihah akan diajar menjadi tenaga pengajar di Brighter Future dan mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu di sana.

Pada peringkat awal, Faqihah akan menghadiri kelas di sana sebanyak 2 hari seminggu. Sesi persekolahan tetap diteruskan seperti biasa untuk tempoh 3 hari seminggu.

Kalau diikutkan menjadi kesukaran untuk kami menguruskan pergerakannya ke sana. Jarak perjalanan jauh yang memakan masa 45 minit dari lokasi tempat tinggal kami.

Demi masa depan Faqihah, kami harus berkorban....

Moga dipermudahkan segala urusan.

Sunday, December 3, 2017

Wasap Parent - Remove

Tercipta sejarah.

SKPI dan Pak Yoep.

Kewujudan wasap parent adalah untuk memudahkan komunikasi ibubapa dan pihak sekolah.

Walaubagaimakan telah disalahgunakan oleh ibubapa.

Kerap berlaku sedemikian sejak pak yoep bertugas di skpi pada tahun 2016.

Tahap kesabaran telah tiada.

Perbincangan dengan guru-guru ppki.

Perbincangan bersama Guru Besar.

Perbincangan bersama Guru Besar, SU Hem PPKI dan Guru Kelas.

Keputusan telah diambil pada 13. 11. 2017 (Isnin).

Dua minggu sebelum tamat sesi persekolahan 2017.

Ibubapa berkenaan telah diremovekan dari wasap parent ppki skpi.

Laporan terperinci telah disediakan.

Ditandatangani oleh Guru Besar.

Standby.

Untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Terutama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini oleh ibubapa yang berkenaan.

Keesokan hari, ibubapa berkenaan amat terkejut dengan tindakan pihak sekolah meremovekannya dari wasap parent.

Ibubapa berkenaan mengambil tindakan drastik untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain dengan alasan anaknya akan dipulaukan oleh guru-guru ppki skpi.

Keputusan ibubapa berkenaan telah dilaporkan kepada Guru Besar. Guru Besar tidak membantah tindakan ibubapa berkenaan.

SKPI merupakan sekolah ke-2 anaknya dalam tempoh 4 tahun.

Menghadapi masalah yang sama di sekolah lama anaknya.

Hubungan yang tidak baik dengan pihak sekolah.

Hubungan tidak baik juga ditempat kerjanya.

Selalu bertukar kerja.

Tidak lama bertugas disesuatu tempat.

Walaupun ibubapa bermasalah, anaknya dilayan dengan sebaik mungkin.

Seperti tiada masalah yang timbul dengan ibubapanya.

Kami bersikap profesional.

Diceritakan di laman ini untuk pengajaran buat diri pak yoep yang ada anak istimewa.

Pengajaran kepada ibubapa anak-anak istimewa yang lain.

Binalah hubungan yang serapatnya dengan pihak sekolah.

Sebarang ada permasalahan, berjumpa dengan pihak sekolah.

Jangan luahkan perasaan di dalam wasap.

Boleh mempengaruhi ibubapa yang lain.

Sesuatu yang tidak benar.

Sesuatu yang tidak pernah wujud.

PPKI SKPI sedaya mungkin akan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua murid ppki tanpa mengira status ibubapa.

Moga tindakan yang diambil akan memberikan kesedaran kepada yang terlibat.


Saturday, December 2, 2017

Hadif Berkhatan 2. 12. 2017 (Sabtu) MBI

    Dah sampai rumah jam 3,00 ptg. Selesai berkhatan jam 2.15 ptg. Tugasan abah & ummi selesai.

    Comments


    Anak abah dah jadi dewasa... Alhamdulillah, majlis berkhatan berjaya. Terima kasih Majlis Bandaraya Ipoh.


    Manja ummi.... Sorang je lagi. Giliran berkhatan bakal tiba... Jeng... Jeng...Jeng....

    Jam 1.05 ptg... Dah giliran ke-19. Tiada kelihatan kerisauan @ ketakutan diwajah hadif untuk berkhatan.


    Comments


    Dah jaga dari Lena...

    Comments
    Berkhatan - Mana tak Lena... Lepas bersiram, bergonjeng, duduk plk dlm bilik beraircorn... Berkampung di mbi mula jam 7.30 pg. Skrg dah jam 12.15 tgh.
     · 
    Sampai tertidur menunggu giliran berkhatan. Baru NOMBOR 13.... Giliran hadif 22.
    LikeShow more reactions
    Comment

    Release tention sebelum berkhatan... Tunggu giliran berkhatan no. 22 (no. terakhir).

     · 
    Dah ready untuk berkhatan...
    LikeShow more reactions
    Comment


    Berkhatan - happy sungguh anak abah.
    Comments
    Berkhatan - Majlis bersiram sebelum berkhatan.


    Comments


    Berkhatan - Hadif berjaya menerima hadiah cabutan bertuah.


    Berarak untuk majlis berkhatan.



    Pengundian & cabutan bertuah majlis khatan hadif. Giliran ke-22 dan terakhir. Jenuh teman menunggu giliran untuk anak bersunat.
    LikeShow more reactions
    Comment


    Lokasi majlis berkhatan hadif.... Anak lelaki ke-2 Pak Yoep. Sebentar lagi...